Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Sunday, 17 June 2012

jawapan yang tak munasabah~


Suatu hari aku keluar ngn kawan2 pegi tesco. Biasala time study week perangai nak jalan2 tetiba mai. Kotorang plan nak keluar makan je tapi dah nama pompuan xsah kalo x window shopping. Jalan2, kendian salah sorang kawan aku teringat yg dia nak cari ubat kat farmasi. So, kitorang empat sekawan pun masukla kat satu2 nya farmasi yg ada kat situ.

Memula, try carik dulu ubat kot la jumpa. Bila xtau nak beli ubat ape kitorang pun try la tanya kat pharmacist yg keje kat situ. Bagitau ala kadar yg kawan aku ni kulit kaki dia sensitive cket. Xleh kena sabun, xleh jalan tanpa selipar atas lantai. Lebih kurang camtu la. Kulit kaki kawan aku ni macam nipis sangat, kadang2 jadi luka2. Nak tau ape pharmacist 2 jawab?

“ kat sini xde ubat yg boleh tebalkan kulit kaki, just ada ubat yg bleh lembabkan kulit kaki je”. Dengan yakin dia jawab.

Apakah? Kitorang senyap kejap. Aku rasa nak lempang je muka minah 2. Hek eleh, kitorang pun tahu la mana ada ubat yg tebalkan kulit. Ingat kitorang ni bengap sangat ke? Dia syorkan Vaseline padahal kawan aku 2 da habis sebotol Vaseline yg jelly 2 taruk kat kaki tapi xelok2 jugak. Lantakla, last2 kawan aku beli lotion Vaseline yg warna ijau 2.

Tapi bila fikir balik lawak jgk jawapan pharmacist 2. Ada ke jawab cenggitu. Tak munasabah langsung. Kalau jawab kat kanak2 ribena takpela. Ke muka kotorang xcukup matured? Tak tau nak cakap ape ~

p/s: sebelum cakap kena pikir dulu :)

Wednesday, 13 June 2012

koleksi kisah seramku~ngee

assalamualaikum


emmm.. sepanjang 20 thn aku idup ni kan, ada la beberapa peristiwa misteri yg pernah aku lalui tp xda la mengerikan sgt kot kalo nak compare ngn kisah2 org laen. jumpa ngn makhluk halus face to face pun aku tak pernah. kalo stakat makhluk halus cam semut, anai2, lalat 2 selalu. hihi. kadang2 aku pernah terpikir, camane agaknya rupa makhluk halus neh? tapi bila pikir balik,,, syukur Alhamdulillah la sbb xpernah terserempak ngn makhluk2 di alam ghaib 2. sbb ada sesetengah org Allah da bukak hijab pandangannya dan org tersebut akan nampak benda 2 berkeliaran. eiii, ngeri je bunyinya. okei, jum check it out koleksi kisah seramku,,

1) dengar suara perempuan mengilai

peristiwa ni berlaku time aku kanak2 ribena lagi. time 2 aku tgh maen2 ngn spupu spapat aku kat luar   rumah di waktu malam. biasa la kat kg, rumah pun dekat2 je. lagipun ada lampu jalan kt area umah aku jadi xdela takot kan. tengah syok maen2 tetiba aku dgr suara pompuan mengilai datang dari pokok mangga tak jauh dari tempat kitorang tgh lepak. first2 dengar aku wat tatau je sbb ingat aku je yg dengar. lepas 2 dia bunyi lagi. masing2 berpandangan. rupa2 nya semua dengar suara 2. kitorang pun apa lagi, sepantas kilat lari masuk rumah aku sbb paling dekat ngn tempat kejadian. haha. 2 la sape suh maen luar rumah malam2 kan.

2) kena tindih

okei, mesti ramai yg pernah alami benda ni kan? aku pun selalu dgr citer dr kwn2. yg duk kat hostel la biasanya alami benda ni. mula2 aku tak tau ape benda kena tindih ngn hantu ni. mungkin sbb time skolah aku xbiasa duk hostel, pernah tapi setahun je. sampaila aku masuk asasi pd 2010. da duk jauh memang kena duk hostel la kan. time ni la aku stat kena. memang la xrasa takut sgt time kena tapi rasa dia memang xbest sangat. kita macam sedar tapi tak boleh nak wat pape. nak menjerit suara xkuar. bila da terlepas memang agak susah nak lelapkan mata. ada kes yg aku dgr sampai sesak nafas dan nampak benda yg tindih dia. huhu. takotnya~

3) makhluk dlm video 

peristiwa ni baru je berlaku. awal bulan lepas. nak dijadikan citer aku ngn dua org kawan ni pegi la dekat sebuah tasik kat dalam kawasan u aku jgk tp agak terpencil sbb nak ciapkan esaimen. walaupun seberang tasik 2 dikelilingi hutan, kitorg pegi jgk sbb konsep video kitorng nak wat ni scene dia ala2 hutan gitu. ciap record sume kitorg pun balik. time record 2 memang tak perasan lgsung tapi bila tgh edit2 gamba,, sekali aku nampak something kat dlm video 2. oppss~ masing2 da cuak. tapi nasib baik xda pape berlaku. yela, mana tau ada benda ikot balik ke. nauzubillah~ sebenarnya kat video 2 ada macam imej budak tengah senyum. toyol kot. atau mungkin jgk imaginasi aku je. wallahua'llam~

 ni ha video. boleh la tgk sendiri.


cukupla setakat ni dulu aku menulis. sebenarnya curi masa study kejap ni sbb da tepu sgt kepala otak. hehe.


p/s: kalo jumpa hantu jgn lari sbb mereka jgk ciptaan Allah macam kita :) ada bran ke? hehe^^

Friday, 8 June 2012

bongsu


bongsu? 
yap. kali ni nak citer pasal bongsu. kalau dalam family, 
yg bongsu ni la paling org sayang dan selalu family manjakan. 
ciap panggil adik plak 2. *sampai da tua pun still panggil adik*
dari pengamatan aku la kan, perangai2 anak bongsu ni ada yg xsah kalau xda. 
antaranya :

1)kalau nak something kan, dia kena dapat jugak
2)ada perangai marah2 xtentu pasal
3) tapi kalau time dia baik 2 memang sangat la baik

jap2,,
sebenarnya aku bukan nak citer pasal ADIK BONGSU la. ni nak citer pasal GIGI BONGSU la. haha. 
kepada yg tak tahu,
 *gigi bongsu ni adalah gigi geraham ketiga yg tumbuh pada usia sekitar 18-30 tahun*

ni ha gambar gigi bongsu aku.*okei aku tipu*


dua minggu yg lepas aku telah mengalami beberapa simptom antaranya :

1) sakit gigi yang amat


2) bengkak gusi
3) sakit kepala tahap migrain *mcm pernah migrain je aku*


aku yg biasa sakit gigi ni wat bodo je la. 
yela, ingat sakit gigi biasa. 
tapi memang sakit gigi kali ni super duper sakit lagi. 
kadang2 sampai rasa nak demam pun ada. 
dengan sakit kepala lagi. berdenyut2 kepala aku. 

bila simptom2 ni da datang memang aku da tak boleh nak wat pe dah. 
kena tidor sambil tutup pipi ngn bantal. 
kadang2 aku letak pipi aku kat lantai yg sejuk 2. 
biasa kalau sakit gigi aku wat cenggitu la. 
tapi kali ni tak jalan weh. 

aku pun pikir, ape kena gigi aku ni? sakit melampau plak beliau. 
setelah aku tanya beberapa org pakar yg tak bertauliah, 
akhirnya aku dapat tahu yg aku ni sebenarnya sakit gigi nak tumbuh gigi bongsu.
*waa,da tak bleh tambah tinggi da*. 

selepas sminggu bertarung nyawa,*mak aih oberrr*
keluarlah adik bongsu gigi aku.*gigi atas*. 
bila tengok kat cermin, kecik je gigi nya. sakit nak tumbuh 2 kanmain lagi. 
2 baru satu ye kawan2. ada tiga lagi yg menunggu masa nak keluar. 
sekarang ni tengah cuba nak keluar geraham bongsu bawah pulak. 

memandangkan sekarang ni study week, 
so aku da prepare awal2 ubat tahan sakit dan minyak angin. 
yela, kang tgh study datang simptom2 kat atas, xstudy la jawabnya. 
tapi ni da kira ok la kan sebab sakit2 je, ada yg sampai demam2 tak leh bangun tau. 
pastu aku baca kat intenet, ada yg sampai kena operate sbb gigi bongsu tumbuh tak betul.
kadang2 xcukup space utk tumbuh sampai kena cabut gigi lain. 
eeeei,, ngeri plak dengar. 


p/s: kepada sape2 yg mengalami simptom2 kat atas, maknanya anda da nak tumbuh gigi bongsu. jadi,    banyak2 la bersabar kerana ianya salah satu ujian Allah juga:)


Saturday, 26 May 2012

celebrate bday !

Assalamualaikum

semalam sempat celebrate bday my fren. 
hepy besday my fren!!

ucapan kejap :

sblom 2 kami nak mintak maaf,,
sbb telah menyiksa batin hang dgn komplot kami.*hehe*
xdela kejam sgt kan? heee:) 
hang untong sbb utk bday kali ni xda maen tepung tau.*tension n jeles*
kitorg bagi special solution je kat hang. muahahaha*gelak jahat*
tp xpe sbb tangan hang je yg rasa benda 2.
yela,, nak hadiah kena la bekorban cket kan?

berbalik kpd citer aku, plan celebrate bday ni da beberapa hari dilancarkan.
kami ramai2 komplot xnak wish bday kat kwn aku 2.

simptom2 yg dialami bday girl apabila kwn2 rapat tak wish bday :

 nanges sorang2 atau hampir nak nanges*bagi yg kuat semangat*

tak bleh tido di malam bday
 status yg sedeh2  je kat fb*gelak guling2 bila baca*

 jumpa kat blok pun buat tataw* dahsyaaat woo*


then, kitorang wat tataw je dgn simpton2 yg dialami beliau. 
kitorg biar je dulu dia layan perasaan sampai sehari beberapa hari. *jaat betoi*
malam kejadian, tiga drpd kami (geng yg xwish) ready dengan makanan2 dan kek. 
sorang lagi jadik pelakon terbaik dgn berdrama bagai. 
yela, nak ajak turun malam2 buta bukan benda senang. 
nampaknya idea isi air kat water cooler membantu.*hehe*
bila dorang da otw balik, kitorg pun buat2 ajak makan same2 kat bangku depan blok.
bila bday girl dah mai,, kitorng pun ramai2 nyanyi...

hepy bday to you,,,
hepy bdayto you...

sampai habis.*malas plak aku nak tulis*
reaksi bday girl?
pelakon terbaik la org pertama yg kena baling dengan jajan.*haha*
kitorang bertiga selamat.*heeee*
pastu makan2 macam besa je. 
bday girl pun da hepy.
dan,,,,, sebelom tutup majlis, ada satu lagi komplot cabaran menunggu.
tapi dah kira nasib baik bday girl kali ni sbb xde adegan baling2 tepung.
kali ni kitorg bagi 'special solution'.
tapi bukan untuk mandikan bday girl pun.

kitorng wat cenggini,,
untuk dapatkan hadiah, 
bday girl kena berkorban dengan mencari barang 
kat dalam bekas yg mengandungi special solution 2..

antara ramuan special solution ialah:

serbuk kari
salad
milo yang da expired
tulang2 ayam
serunding
sagun

dan yang paling besttt,, BUDU sebanyak 3/4 botol.*kakhkahkah*
memang busuk gila ah solution 2.

setiap hadiah ada kod yg berlainan dan bday girl perlu carik.
macam hadiah aku, dia kena carik gelang getah. 
memang sampai bawah la bday girl kena masukkan tangan.*haha padan muka*

setelah bertungkus lumus,,*hampir nak termuntah*
berjaya jgk bday girl dapatkan barang2 kat dalam bekas special solution 2.
kesimpulannya, plan bday kali ni berjaya dengan jayanya.*heeeee*

p/s: sape2 yang xda idea nak celebrate bday bleh la try cara ni:)




Wednesday, 16 May 2012

DERMA DARAH !

Semalam kat university aku ada buat program food product development atau nama pendeknya fpd. Program ni khusus untuk third year students course aku iaitu food biotech bagi melancarkan product makanan yang mereka buat. Wah, nanti aku pun kena buat product jugak. Tak sabar rasanya. Hehe.

Okei dah. Bukan nak citer pasal fpd la, nak citer pasal derma darah. Selain ada aktiviti rasa2 makanan *aku xsempat rasa satu pun :(*, ada jugak aktiviti derma darah, bukan dara eh ! Derma darah ni terbuka kepada semua yang nak derma dan layak menderma. 

Antara syarat2 layak menderma ialah :

1) umur mestilah 18 tahun dan keatas.*tapi kalo dah tua sgt pun tak digalakkan kot*
2) berat pulak mesti lebih 45kg.
3) sihat tubuh badan.*maknanya tak boleh kalo demam ke, sakit kepala, sakit gigi dan selesema.
4) pada gegirl yang uzur syar'ie pun tak boleh eh.

Ha, ni baru syarat2 umum. Kalau da pass belum tentu dapat derma lagi tau. Ni macam ujian saringan je. Lepas isi borang kena buat ujian darah dulu. Yela, mana tau ada penyakit ke apa, takkan nak bagi darah yang tak sihat kepada pesakit. Tambah sakit la orang tu nanti. Ujian darah termasuk la check tahap HB darah, paras gula dalam darah. Semua tu kena menepati tahap yang dorang nak iaitu berada pada tahap normal. Kalau hb darah kena lebih 12.5. Paras gula tu tak sure pulak. Blood pressure pun dorang check jugak. Da macam buat medical chek-up dah.

Bila da pass sumer, barulah boleh derma darah. Mula2 suntik ubat dulu pakai jarum kecik. Rasa dia mestila macam kena gigit semut je kan? Pastu nurse masukkan jarum yang besar dan panjang kat lengan. Memang ngeri la tengok. Kalau tak kuat semangat boleh pengsan kot. Jarum ni disambung ngan tube untuk salurkan darah ke dalam bag darah. Wah! Excited sangat tengok darah mengalir masuk beg darah. Lebih kurang 5 minit, penuh satu bag. Sekejap kan? Tapi ada je yang lama, setiap orang berbeza mengikut tekanan darah kot.*main hentam je aku*

Excited je aku cerita sal derma darah, sebenarnya aku tak derma darah pun. Hehe. Aku bukan takut tapi tak pass syarat no.2 la. Bila agaknya aku nak gemuk? Makan da banyak tapi berat badan tak pernah nak naik. Lagi turun ada la. Tension betul !

Pada yang berjaya menderma darah 2, aku ucapkan syabas dan tahniah sebab bukan semua orang ada peluang nak derma darah ni. Lagipun derma darah ni dapat banyak pahala tau, selagi darah tu mengalir kat badan orang yang terima darah kita, selagi 2 la kita dapat pahala. Bestnya! 

p/s : nak cuba naikkan berat badan, mana tau dapat derma darah jugak nanti !

Friday, 11 May 2012

LAB CHEMISTRY TERBAKAR !!

Haha. Jangan nervous dulu baca tajuk kat atas.
 Takdela terbakar sampai kena panggil bomba pun. 
Saja nak gempak lebih. Hehe.

Semalam macam biasa ada lab analytical chemistry. 
Tengah syok buat experiment, tiba-tiba aku tengok dorang bising2. 
Pastu aku nampak api menyala agak besar jugakla kat atas meja expriment. 
Dahsyat woo. Sume dah panic, tak tau nak buat ape. 
Lab assistant pun terkejut. mungkin tak pernah jadi dlm sejarah kot. Haha. 
Ganaih betoi dorang wat exp. sampai terbakar. *mentang2 dah last lab practical*. Haha. 
Tak pernah lagi seumur hidup aku buat exp. sampat terbakar ni. 
Paling teruk pun pecah test tube. *minggu lepas punya exp*. Hehe.

Then salah sorang dak kuliah kitorang dgn pantas amik alat pemadam kebakaran 
dan meredakan keadaan kelam kabut 2. 
Fulamak,, jadi hero kejap ye. Bangga la tew. 
Pastu, asap pun dengan hepinya mula tersebar di ruang2 udara lab. 
Uhuk2. sumer da stat batuk dah. Asap dia busyuk la. Bau chemical. Huhu.

Nak dijadikan citer aku ada bawak masuk handset semalam
.*bukan biasa pun bwk masuk gak ke?* Emm,, jap nak pikir. Heee(^_^)
So, sempatla merakam detik bersejarah itu. Yuhuu! 
Tapi malas plak nak upload video memandangkan wifi kat hostel yg lembab  bak siput khinzir. 
*sopan kan saya?*

Gambar pun da kira okei la kan? Meh kita tgk gambar2 kejadian...



Ini adalah antara kesan2 yg boleh dilihat akibat kebakaran yg berlaku semalam.
Fuh,, da macam berita la plak. Hehe.

Cetengok betol2 yg wane kuning tuh, nmpak mcm paip biasa kan? 
Tapi benda 2 la yg menyebabkan kebakaran sbb itu adalah sumber gas. 
Getah yg dorang sambung kat paip gas 2 tiba2 tecabut, sbb 2 la terbakar. 

Test tube stand *wane putih yg ada lubang2 tu*
pun turut sama menjadi mangsa.
 kesian beliau !




Lantai menjadi putih. Ni sebenarnya kesan drpd sembur pemadam api tu.

Lastly, 
pesanan kepada sume dak2 lab, 
berhati-hati la apabila anda berada di lab krn malang tdk berbau. 
Ni baru cket terbakar. 
Tapi x mustahil boleh berlaku letupan kat lab tau ! 
Sebab kat situ kan byk bahan kimia. 
Jadi praktikkan segala langkah2 keselamatan di lab,, 
supaya keselamatan anda terjaga,

Assalamualaikum:)




Tuesday, 8 May 2012

sukenya !!

Gumbiranya ! Hepinya ! 
*xyah nak gedik sgt la kan

Hehe. Akhirnya siap jgk header utk belog senyum ni.

Walaupun xsecantik dan cute sgt mcm header blog lain tapi aku tetap hepy dan puas hati sbb header tu hasil usaha dan kreativiti aku sendiri tau! 

Aku buat pakai adobe photoshop, tu pon blaja melalui intenet. 

Ada la dalam dua tiga jam jugak duk buat benda yg tak brapa berfaedah ni. 

Kalau study da habes satu chapter pun. Hehe.

Nak bagi tau satu rahsia, kalau korang teliti betul2 header kat atas memang banyak sangat la cacat celanya tapi buat tataw je la eh.:)

Yela,, saya kan budak baru belajar. 

Bila ada masa free nanti aku nak buat balik kasi perfect !!

Sekarang ni tak boleh nak mengadap benda alah ni sangat 
sebab exam da dekat,, off cos la study lagi penting utk aku.

k,, daaaaaa !!

Tuesday, 1 May 2012

SUPER SPONTAN !!

Baru habis tengok koleksi2 super spontan dgn roomate. Biasala, esok kan cuti. 1 mei kan hari pekerja. Disebabkan 2 jgkla aku yg bukan pekerja pun dpt cuti dan masih besaq bijik mata walaupun da dekat pukul 3 pagi. Mata masih tak ngantuk. Perut pun tak hilang lagi sakit sbb gelak byk sgt. Ni semua gara2 tgk super spontan, memang lawak sgt2 la. Nak pecah perut gelak. *saja hiperbola cket

Aku sokong kumpulan Angsa Ganas. huhu. sebab kelakar dan best ! Beruang comel pun lawak gak sbb ada Johan. hehe. Tapi yg paling menarik gabungan Zizan ngn Taukeh masa game demostration pasal ubatkan org sakit. Muka Zizan memang kena ngn gaya Taukeh. Best dan sgt lawak !

Tgh syok tgk game dikir barat time episode 5, terperasan yg Zizan nmpak lesu dan tak sihat. Ciap ngn batuk lagi. Pastu aku baru teringat yg aku ada tertengok kt FB gambar Zizan masuk wad. Masa tu aku nak cpt so tak amik tau sgt la. Sbb tajuk dia pun tulis "seorang ahli kumpulan angsa ganas, zizan masuk wad." aku ingat propa semata-mata. Yela, citer 2 kan biasa buat gimik kan. Ingatkan maen2 je. Tapi bila tgk Zizan memang betul2 tak sihat kt show tadi barula aku pecaye yg Zizan betul2 sakit. 

Nak confirmkan, aku try la google pasal Zizan masuk wad. Pastu jumpala gambar ni..



Jadi, memang confirmla Zizan kat wad. Sakit apa tak pasti plak. Ada cakap radang otot. Gastrik la. Macam2, tak tau yg mna satu betoi. Pepon, semoga Zizan cepat sembuh walau apa jua penyakit yg dialaminya. 

Biasala kita manusia bila2 masa saja Allah boleh turunkan ujian kepada kita. Tujuannya hanyalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Kita sebagai hambanya perlulah bersabar dgn segala cubaan darinya. Sakit itu juga salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa2 kita. :)

Peace ya !

Wednesday, 25 April 2012

YEAY !! DAPAT EPAL LAGI !!

Hari rabu aku , besela ada lab fizik . lepas ciap wat experiment memang mood kurang okei. tapi untuk minggu ni   xdela tension sangat kot. sebab kitorang banyak gelak je. saja nak hilangkan ketensionan yang berada di tahap maximum.

Tengah ciap2 nak balik kitorang tetiba teringat yang Prof J pesan supaya amik fruits kat pejabat dia. Comel kan prof kitorang? Hari khamis dia akan bagi buah kat kitorang. For this week we got an apple ! Suke2. Hee~ Sebab epal dia sedap dan manis. Rasa dia tak sama dgn epal yang selalu jual kat supermarket 2.

Pepon , thanks prof j !! Walaupun prof mengajar , saya tak berapa faham tapi sebab prof ni sempoi dan baik hati saya takdela kesah sangat. Haha. Saya tahu prof bukan biostatician ,, you are genetician !! ^^
At least hilang cket tension kitorang lepas kuar dari lab physics !! huhu.

ni la gambar epal yg sedap lagi awsome 2..

tengok pun dah sedap kan?


p/s: "sekecil-kecil hadiah pun boleh membuatkan kita tersenyum menerimanya"
kesimpulannya ,, selalulah bagi hadiah kat org tersayang :)

Monday, 23 April 2012

saya mintak maaf DR!

hari ni aku tak tahu kenape dgn mata aku. asyik ngantuk memanjang. biasa pun ngantuk gak tapi hari ni double2 ngantuk especially time kelas analytical chem. awal2 2 okei lagi, da setengah jam belajar, kelopak mata aku rasa berat sgt2 mcm kena jahit tapi rasa sakit 2 tak la. aku pun dgn berat hati merelakan mataku tidur dgn nyenyaknya sampaila 10minit terakhir, mata aku dgn automatiknya tak rasa mengantuk langsung. memang cik tan (nama manja setan) tak suka tgk aku belajar la.


rasa bersalah plak dekat lecturer aku yg sungguh2 mengajar, aku sedap2 je tidur. hehe. saya mintak ampun Dr. insyaAllah len kali saya tak buat lagi.!

p/s: mungkin penat g kem kat hulu langat tak hilang lg kot..^^

Thursday, 19 April 2012

wednesday ooo wednesday~

Asslamualaikum.
*tajuk je omputeh,,yg len bhs ibunda.hehe

Ape kena dgn hari rabu? setiap org, hari rabunya berbeza2. ada yg hepy, ada yg boring, ada yg seronok, xkurang juga yg hampeeeh! biasala lain org lain rutinnya.

saja nak citer pasal hari rabu aku. sesungguhnya hari rabu aku adalah hari yg paaaaaaling menyeronokkan di abad dan sem ini! (tangan didada mata keatas)

disebabkan adanya lab physics. xsuke, xsuke, xsuke! mak aih gediknya.
tapi seyes tak tipu.dah la aku memang tak minat fizik,experiment pun ,, boring!

dapat plak lab assistants yg macam hape tu.. yg laki, pompuan sama je. memang elok la korg bedua keje kat tmpat sama. perfect two sgt. huh.

bukan nak mengata,, (mengutuk cket je) tapi memang kenyataan yg lab assistants 2 x buat keje yg sepatutnya dorg buat. pah ceroh duk dale bilik! habis time bila ktorg nak tnya? harapkan korg bagitau memang tak la kan?
eeeiii,, geram sgt2.

ni je la yg mmpu buat. nak buat lebih2 nanti org ckp kuang hajo plak.. 
pepon, arap2 dorang kembalila ke pangkal jalan dgn menjalankan tanggungjwb yg telah diamanahkan.

p/s : memang tak boleh senyum bila time lab physics~

Friday, 6 April 2012

Balik Kampung ^_^

Sat ja lagi aku akan berangkat ke kg halamanku yg tercinta, tersayang dan segala jenis terr.. la. Xda la sat sgt. plg tepat,mlm ni naik bus pkul 9mlm. rencananya mcm gitu la tp biasa la bus catar kan, janji kul9,, kul 11 pun xnmpak tayar bus lagi. tapi disebabkan nak balik, terpaksalah tunggu dgn mulut yg tak henti2 mengutuk bus. xpasal2 dpt dosa kering kan?tapi kan, kita sbg mnusia biasa kdg2 kita xperasan benda yg kita buat 2 menambahkan dosa kita yg sedia ada. jadi ingat, mlm ni aku kena control mulut aku dari mengutuk bus yg dtg lambat. InsyaAllah~


barang2 pun belum packing lagi. tak tau sebenarnya nk wat blik ape. huhu. buku nak wat blik ke x? dilema ni selalu je terjadi bila time nk blik umah.tak bwk blik rasa cam nak baca buku kt umah tapi kalau aku bwk blik tak sempat pun nk baca. pejam celik dah seminggu kat umah. buku kemana, study kemana. langsung tak bukak. macam 2 la selalu. Sepatutnya kat umh pun kena study barula bleh jadi best student. patutla result pun biasa2 je sbb tak pernah nak usaha secara luar biasa. huhu. kali ni nak try study la kat umah.InsyaAllah~

okey. i'll be back a week after da mid semester break:)

Monday, 2 April 2012

Kami Juara

Assalamualaikum

Pagi tadi ada sukan virus vs bacteria.hehe. Sukan students food biotech ngn isa, Saja kitorg buat sukan nak merapatkan lagi silaturrahim.best ke?? Bolehla. Seronok la jgk, dpt gelak2, penat 2 memang penat tapi bila sume hepy, kepenatan 2 rasa hilang kejap.cehhh. 


Me and kawan2 bsa3 masuk futsal.haha. xsangka kitorang boleh menang dgn bergaya, 2-0 kot. Hureey. lepas 2 kitorg jdik pasukan sorak plak. Sakit tekak jugakla. Masing2 jerit smpai nak keluar anak tekak.haha, Tapi puas hati sbb game bola tampar menang. Bola jaring ngn bola baling je dak isa menang. Kira seri la 2,masing2 mng dua game.


Muka pun dah belang2 sebab panas. kaki xyah citer r memang sakit. Apasal la sakit jgk kaki aku ni? padahal dah stretching bagai,, alih2 sakit jgk tapi kurang sikit kot kalau nk compare time family day fb mggu lpas. Pepon,, best sgt tadi sbb kami jadi juara FUTSAL !! 

hamper kemenangan~


p/s: maenlah futsal untuk lebih sihat.^^


Friday, 23 March 2012

HOSPITAL

Assalamualaikum
*bukan entry senyum~

Walaupun da dekat 2taon duk kt negeri 9,,, tapi semalam la 1st time aku jejakkan kaki kat hospital. Hospital kat seremban 2,,da xingat nma ape, Tunku Jaafar xcilap. tue pun sbb tman member pegi sana. dia ada 'date' ngn doktor. aku lbeh kurang cam pengiring la. tapi best jgk la sbb xyah pegi kelas dan xpayah nak buat lab kimia analisis. itu yg penting.hehe. kitorang mmg hepy gila la sbb xyah pegi kelas kan, ciap plan g nk g shopping lagi. yela dah alang2 kat seremban kan. tup2...ada ujian upenya Allah nak kasi kat kitorg,, 2 la,,org tua2 penah pesan, jgn gembira sgt nanti kita menangis. terbuktilah bahawa nasihat org dulu2 ni ada benarnya. membe aku 2 terpaksa dtg blik esoknya, tahan kat wad 2 hari utk tambah zat besi katanya. time 2 jgk kitorng rasa mcm nak nanges sbb sabtu ni ada program. memang kitorg da plan nak pegi. Allahuakbar!. sesungguhnya Allah sebaik2 penentu segala. kita hanya boleh merancang. dalam kesedihan 2 kitorg smpat lg pegi melilau dkat terminal 1.. sudah lumrah pegi mall, duit pasti melayang punya. aku beli beg ngn kasut.hehe. membe aku pun beli beg jgk tp beg je! melayang duit aku. huhu. then kitorg blik dgn perasaan yg bercampur baur. Hepy + cedeyh. sampai kat hostel xyah ckp la,, penat tahap tenuk sgt. makan, solat n tido!

Pagi tadi seawal jam 7.30,, kitorg da ciap2 trun dgn beg yg agak berat n besar di penuhi baju2. nak berkampung kat hospital la katakan. dua hari je pun. tapi dua hari kat hospital xsama dgn dua hari kat umah. sangat menyeksakan~ da ada pengalaman jaga ank buah kat hospital. hari ni sekali lagi ktorg terpaksa ponteng kelas. Asif ustaz! bukan sengaja, urgent punya kes. Smpai sana,, lps buat sgala prosedur nak msuk wad, membe aku 2 d tmpatkan d wad 2A. aku ingat aku boleh la teman dia kat hospital, yela, biasa kat hospital dkt negeri aku leh je sorang teman pesakit. alih2 aku tggu kat luar je. waktu melawat baru bleh msuk. dekat ngn 3jam kot aku duk kat luar wad nak tggu waktu melawat. boring 2 Tuhan je tahu. penat duduk aku bangun, lps 2 berdiri, jalan2 trun tgkat bawah. usha2 doktor pelatih kat situ *bleh tahan la*, berbual ngn makcik2, tlg aunty chinese sorg 2 guna phone, pendek kata mcm2 la aku buat spnjg 3 jam tue. ternyata kat hospital ni smangt perpaduan sgt la kuat. memang xde lgsung deskriminasi dan semangat perkauman kat sini. hari ni jgk aku dpt tgk sndiri contoh2 istilah yg aku blaja dlm hubungan etnik. tanggapan aku kat bangsa lain pun da sdikit sbyk berubah. hehe.

Setelah pikir masak2 aku buat keputusan utk balik hostel. Aku sebenarnya berat hati jgk nk tinggalkan membe aku 2 *ikhlas ke idok ni ?? hee* tp masalahnya malam nanti aku nk merempat katne? Kalau hospital kat kg aku bleh la *maju la sgt kg aku*.,, ada la cket keberanian walau xbrapa byk. ni kat tempat org, aku xtau mcm mna dia punya persekitaran. Nak amik pas penjaga mmg xlyk sbb membe aku bkn kategori sakit tenat or critical. Apela undang2 kat hospital neh, xbest langsung. Lepas jumpa membe ape sume aku pun bertolak balik. Naik teksi k ktm seremban, naik ktm ke ktm nilai. last skali naik teksi lg skali ke hostel *alone*. Penat sangat. Yg aku nmpak hanyalah katil aku yg xbrapa nk empuk tp sgt la aku perlukan skrang ni. InsyaAllah esok aku akan ke program 2. Walaupun cdeyh sbb ingat kat membe yg kat hospital,, aku pegi jgk sbb da byar kan. nanti bleh cter dkat dia, bagi dia jeles. haha

p/s: ''sesungguhnya kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.''



Sunday, 18 March 2012

POTENSI

Assalamualaikum





Hari ni saya nak kongsi input2 yg saya dpt ketika mghadiri bengkel motivator muda Islam semalam. Alhamdulillah bengkel tersebut byk memberi ilmu yg sgt berguna walaupun pada awalnya saya hanya join utk suka2 sebab saya ingat ianya sekadar program motivasi tapi saya silap kerana sebenarnya program tersebut adalah bengkel utk menjadi seorg motivator. haha. saya sekadar tergelak sendiri krn tiada langsung dlm pemikiran saya untuk menjadi motivator,, Yela nak present kat depan kelas pun ketaq kepala lutut lagi. 


Tapi saya tetap mengikuti bengkel 2 sampai habis dan mengambil ape yg disampaikan dan cuba kaitkan dgn minat dan bidang saya serta kehidupan saya. saya juga percaya yg semua org boleh applykan dlm kehidupan msg2 walaupun di bidang dan situasi yg berbeza.


Dalam bengkel tersebut ada habaq, untuk berjaya dalam apa jua yg kita lakukan kita harus memiliki ENERGI dan SINERGI. Semua org telah memiliki energi. Terdapat tiga jenis energi di dalam diri kita iaitu kinetik, potensi, dan internal. Kenetik adalah perbuatan yg kita lakukan melibatkan pergerakan dan semua org nampak. betul? Manakala  internal pula amalan2 rohani yg kita lakukan seperti solat dan puasa.  Semuanya juga dpt dilihat, bukan? Akan tetapi potensi adalah sesuatu yg subjektif dan tdk dpt dilihat. maksudnya di sini setiap orang telah dilahirkan dgn potensi masing2. ia bergantung kpd kita utk menggunakannya atau tidak.


Energi sahaja tidak cukup untuk kita berjaya. Ya, gabungan sinergi akan membawa kita ke arah kejayaan. Sinergi 2 ape ea? okei,, sinergi adalah suatu rangsangan dan dorongan kerana ntuk berjaya kita harus mempunyai pendorong . Tidak kiralah ape sahaja benda yg boleh mndorong kita. Sebagai contoh mudah, esaimen. Bayangkan jika lecturer kita tdk menetapkan due date utk kita menghantar esaimen tersebut, sudah pasti esaimen tersebut tdk akan pernah siap. betul? Jadi ape yg mendorong kita utk siapkan tugasan tersebut? Yup, due date itu sebenarnya dorongan kpd kita dan kita berjaya menyiapkan esaimen tersebut. Selain itu kita harus mengubah mentality dan persepsi kita. Sebelum 2 meh kita cuba game yang dibuat kat bengkel tadi. Ikut step2 kat bawah dgn betul :


1) Angkat kedua2 tangan kedepan ( spt ingin menanggung sesuatu ) *betul ke bahasa?hehe
2) Pejamkan mata anda
3) Bayangkan warna putih
4) Pada masa yg sama tarik nafas dan hembus nafas
5) Lakukan step 3 & 4 selama beberapa saat sehingga anda berasa tenang
6) Bayangkan seketul batu yg berat di letakkan di atas tangan kiri anda
7) Terus bayangkan batu yg lebih besar dan sangat berat di letakkan di tgn kiri anda tersebut
8) Bayangkan beberapa saat batu yg berat di tangan kiri anda
9) Buka mata dan lihat perbezaan kedudukan tangan kanan dan kiri anda


Dah cuba game kat atas ? Best kan? Time saya try game kat atas 2, memang tangan kiri saya rasa saaaangat berat dan lenguh. Maksudnya kat sini, mind set kita sebenarnya yg menyebabkan tangan kita rasa berat walaupun tiada batu di tangan kita. Benda2 positif seperti warna putih dan oksigen juga membantu mendorong mentality kita.


Kesimpulannya, untuk berjaya kita harus menggunakan potensi yg ada pada diri kita dengan cara yg betul. Jadikan pendorong sebagai pemacu kita ke arah kejayaan serta ubah sistem kepercayaann kita dan kawal mentality kita. InsyaAlah kita akan beroleh kejayaan yg kita impikan.


p/s: senyum kerana anda ada potensi untuk berjaya:)


" When you don't give up you cannot fail ''


credit to : Bro Muizzuddin Mukhtar ( pengasas dan perunding latihan & motivasi sepenuh masa di Itqan Partner Training & Consultancy )


Friday, 16 March 2012

john carter

kali ni cik senyum nak bagi cadangan kat sape2 yg merancang nak g tengok movie. xyah pening2 lagi nak pikir. nanti tgkla citer john carter ea. john carter? memang la cter ni cter aksi dan rmai kat luar sana yg xbrapa suka kan tgk cter ganas2 mcm neh tmbah2 lagi pompuan. jgn risau, cter ni memang best sebab ada juga unsur komedi dlm neh.


meh nak cter skit sinopsis dia. cter ni mengisahkan seorang lelaki iaitu john carter la. dia sebenarnya tgh cari sebuah gua yg d precayai dlm 2 ada emas tp secara tak sengaja, tup2 dia tlh berada d planet marikh. kat sini la bermula pengembaraan john carter yg sgt menarik. dia jumpa makhluk asing dan mcm2 lagi la scene yg best. kat sana jugaak dia bertemu dgn seorang puteri marikh yg menjadia tahanan.


bagaimanakah kesudahan cter ni? dapatkah john carter balik semula ke bumi? atau dia tinggal terus je kat sana? puteri 2 plak macamana?
haa,, yg 2 kena tgk la sendiri kalau nak tahu.


p/s : john carter sangat hensem. huhu
jemputla beramai2 tgk cter ni. sume pasti akan tersenyum.
i give 4 star out of 5 star.hehe

last skali, senyum2 la selalu kerana senyum itu sedekah:)