Sunday 25 March 2018

Khazanah Bernilai

Godek godek laptop, bukak google akhirnya terjumpa khazanah lama masa study. Tidak ku sangka blog aku masih wujud dan boleh di bukak. Kahkah.

Bila baca balik entry lama, wah tak sangka Mekya yang dulu seorang yang ada bakat menulis dan punya masa terluang yang banyak.

Alang-alang dah jumpa khazanah alam yang sangat  bernilai ini, rasa macam nak menulis balik. Haha. Al maklumla, sejak semakin berumur ni, rasa macam lagi banyak masa terluang. Tiap kali weekeend, mereput kat rumah je seketul Mekya. Sadis sungguh hidup sekarang. Haha.

Babai. Adios~

Tuesday 28 April 2015

CATATAN KEMBARA KASIH DI LANZHOU, CHINA - part 2


Assalamualaikum..

Sekarang ni dah masuk bulan April. Bila recall balik dah setahun rupanya kembara kami ke lanzhou, China. Sempena 1st anniversary ni, aku nak sambung la catatan ke Lanzhou yang dah setahun aku tulis dan kononnya nak sambung tapi tak sambung2. Haha. Al maklumlah, menulis ni semangat dia datang bukan selalu, ada musim jugak. 

6/4/2014
Pagi pagi lagi kitorang kena turun bawak semua barang sebab nak check out. Dalam tengahari dah nak naik train. Aku ngan 4 orang lagi member keluar awal siket sebab nak pegi cari breakfast untuk yang lain. Kami plan nak beli roti kat kedai halal yang kami makan semalam. Sampai2 dorang cakap takde jual roti. Omg~ so kami nak makan ape??  Last2 kami ternampak roti ala2 roti tempayan dalam plastik dan decide untuk beli roti tue sebab da takde pilihan lain.

Begamba dengan roti~ 

Then, kitorang gerak ke railway station dengan bas. Sesampainya kat sana.,, mak oih ramai gila orang. Memang crowded. Time si Grace uruskan tiket train, kitorang terpaksa tunggu kat luar station. Masa tue jugak la macam macam situation jadi. Ada ramai pengemis datang kat tempat kitorang. Memang takot gila memula. Pastu ada peniaga cuba untuk jual barang kat kitorang. Maybe sebab tahu yang kitorang tourist kan.  Powerbank  ada, gelang ada. Macam macam la ada. Sepanjang menunggu jugak aku perhatikan pengguna jalan raya kat sana sebab masa tu kitorang dekat dengan jalan raya. Berdasarkan pemerhatian aku la, dorang memang takde undang undang jalan raya la aku rasa. Sebab yang bawak motor memang tak pakai helmet. Yang bawak kete pulak.. MasyaAllah Tuhan je tau. Hoii ngeri aku tengok. Suka suki je masuk line orang. Tapi yang hairannya takde plak excident. Bawak keta lintang pukang tapi tak excident. Pelik tapi benar. Satu lagi yang aku paling tak suka dorang ni memang sukaaaaa sangat horn keta. Bising gila. Kadang kadang nak tercabut jantung sebab terkejut tapi dorang horn bukan sebab marah, lebih kepada nak greet dan bagi orang alert kot. Berbeza sangat dengan negara kita kan? Horn sebab nak marah sambil mencarut . Hahaha.

Chengdu Railway Station~

Nampak duk tepi jalan aje~

Pengalaman naik train kat sana memang unforgettable memory sungguh. Station dia hari tue memamng agak crowded. Memang agak susah nak jalan dalam group. So terpaksalah berlari lari anak kat sana. Masing masing ikut orang depan. Belum naik train kitorang da buat keretapi dulu.  Memula relaks je tapi lepas tengok orang sana berlari lari kitorang pulak jadi pysco dan ikut berlari. Haha. memang tragis habis.Kitorang rushing dengan masing masing bawak luggage yang berat. Masa tue rasa nak nangis. Nak tergelak pun ada. Dalam hati,, penyeksaan apakah ini?? Haha. Nak cari seat pulak satu hal. Naik train semua orang pandang kitorang. Yela, lain dari dorang memang la pandang. lepas naik kejap je train tue terus jalan. Patotla dorang lari, memang da lewat pun. Fuhh.. nasib baik, kalau tak memang good bye je la. Kisah tadi dah tragis tapi pengalaman atas train ni lagi extreme dan  penyeksaan sebenar ke atas kami bermula. Physically and mentally. Haha.

Rupa tiket train 21 jam~
21 jam kat atas train. Terlalu banyak suka duka yang kitorang lalui.. first skali nak citer pasal seat. Kitorang beli tiket hard sleeper. Tempat tidur tapi agak open. Ada je yang lagi private tapi sebab nak jimatkan kos terpaksa pilih yang hard sleeper. Maksudnya orang lalu lalang boleh tengok je kita tido. Huishh, memula memang la tak selesa.  Tapi aku nyenyak je tido. Hehe. sebab aku punya seat level 3, so takdela orang nampak aku tido camana pun. Hehe. yang masalah mereka yang level bawah. Sangat tak selesa nak tido.


3 level tempat tido dia~
kat sini la kami habiskan masa 21 jam~

Satu gelas milo share reramai, ukhuwah sangat~

Pastu problem utama kitorang kat atas train adalah TOILET!! Memang pikir dua tiga kali sebelum masuk. kalau boleh tahan memang tahan. Haha. tak sanggup nak masuk lelama. 21 jam aku kat atas train aku boleh kira berapa kali aku masuk, tue pun sebab nak amik wudhuk. So terpaksala kan. Kami cuba mengurangkan minum air. Sebab nanti nak wee wee la pulak. Hehe. sepanjang perjalanan, macam macam kitorang buat supaya masa berlalu dengan pantas. Bergosip, menyanyi, bernasyid, sesi  tazkirah, semua ada..

Kat atas train, kami solat jamak qasar dengan cara duduk sebab takde surau disediakan. So, kami buat surau sendiri tutup pakai kain batik. Hehe. Pakaian segala bagai kami tawakkal aje, moga moga bersih untuk buat solat. Kalau nak citer bab bersih kat atas keretapi, kat negara China plak, memang sampai bila tak solat kan? Kami tawakkal je. 21 jam kat atas train memang tak mandi. Hihihihi.

Tempat yg tutup ngan kain batik ni la surau kami~ (abaikan budak baca komik running man)

Menu kitorang kat atas train termasuklah megi, biskut kering cicah milo, sup campbells dan minuman 3 in 1. Memang tue je la yang mampu untuk survive kat atas train. Ada je jual nasi tapi kompem2 la tak halal kan? Seharian tak makan nasi, perut memberontak gak la kejap. Hehe. tapi kena tahan sebab dah takde makanan lain. Pastu ape lagi ea nak citer pasal train? Haa.. ada jugak yang best kat atas train ni. Pemandangan dari tingkap sepanjang perjalan,, Subhanallah!! Cantik sangat.  Ada gunung-ganang, sungai, bunga-bunga.. memang tak terucap kecantikan ciptaan Allah ni. 

Makanan ruji atas train~



ni view dari train~

to be continue...


p/s: photo credit to geng LA LANZHOU ^_^