Sunday, 17 June 2012

jawapan yang tak munasabah~


Suatu hari aku keluar ngn kawan2 pegi tesco. Biasala time study week perangai nak jalan2 tetiba mai. Kotorang plan nak keluar makan je tapi dah nama pompuan xsah kalo x window shopping. Jalan2, kendian salah sorang kawan aku teringat yg dia nak cari ubat kat farmasi. So, kitorang empat sekawan pun masukla kat satu2 nya farmasi yg ada kat situ.

Memula, try carik dulu ubat kot la jumpa. Bila xtau nak beli ubat ape kitorang pun try la tanya kat pharmacist yg keje kat situ. Bagitau ala kadar yg kawan aku ni kulit kaki dia sensitive cket. Xleh kena sabun, xleh jalan tanpa selipar atas lantai. Lebih kurang camtu la. Kulit kaki kawan aku ni macam nipis sangat, kadang2 jadi luka2. Nak tau ape pharmacist 2 jawab?

“ kat sini xde ubat yg boleh tebalkan kulit kaki, just ada ubat yg bleh lembabkan kulit kaki je”. Dengan yakin dia jawab.

Apakah? Kitorang senyap kejap. Aku rasa nak lempang je muka minah 2. Hek eleh, kitorang pun tahu la mana ada ubat yg tebalkan kulit. Ingat kitorang ni bengap sangat ke? Dia syorkan Vaseline padahal kawan aku 2 da habis sebotol Vaseline yg jelly 2 taruk kat kaki tapi xelok2 jugak. Lantakla, last2 kawan aku beli lotion Vaseline yg warna ijau 2.

Tapi bila fikir balik lawak jgk jawapan pharmacist 2. Ada ke jawab cenggitu. Tak munasabah langsung. Kalau jawab kat kanak2 ribena takpela. Ke muka kotorang xcukup matured? Tak tau nak cakap ape ~

p/s: sebelum cakap kena pikir dulu :)