Wednesday 5 December 2012

Ekspedisi Gunung berembun



Assalamualaikum

Minggu lepas, aku ada mengikuti satu ekspedisi menawan Gunung Berembun. Pernah dengar tak? Gunung berembun ni kat Cameron highland. Ni first time aku hiking. So, sangat excited dan takot pun ada. Nak citer sedikit info tentang Gunung berembun. Ianya mempunyai ketinggian 1,836m dari paras laut. Secara logiknya mesti sejuk kan? Mesti best kan? Haa,, meh sini nak share pengalaman aku hiking kat Gunung Berembun.

Pengembaraan bermula : 30/11/12

Kami bertolak agak lewat. Lebih kurang 11.30 malam baru bertolak keluar dari nilai. Sebab kalau boleh plan sampai sana waktu subuh. So pagi tu boleh terus hiking. Humrm, begitulah perancangannya. Malam tu, kami naik bus baru. Lawa sangat. Siap ada seat belt lagi. hehe. Saja nak bagitau. ^^

dorang excited sebab tak pernah naik bus jalan jauh~

muka takde perasaan~


Dah sampai cameron : 1/12/12

Setelah menempuh pelbagai cabaran, akhirnya kami tiba di cameron highland pada waktu subuh. Kami berenti solat dan makan dekat bandar berinchang kalau tak silap. Dah nama pun cameron, memang sangat sejuk. Lebih sadis time nak amik wudhuk. Eeeeiii, macam pakai air batu. Camanala mereka2 yang duk kat korea boleh tahan sejuk ea? Aku kat cameron pun dah tak tahan.hish.


sejukkkkk~
bajet cool je sume padhal tengah tahan sejuk ~


Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Jabatan perhutanan Cameron Highland. Kat sana ada tersedia camp site dan beberapa kemudahan lain seperti tandas, bilik air dan surau. Kalau nak tau kat sini lagi sejuk sebab dikelilingi dengan hutan hijau .sejuk dan sangat segar. Kat sini kami bercakap pun keluar wap kalau uolls nak tau. Tetiba je rasa macam duk kat obersea. Haha.

Da selesai sesi taklimat dan ice breaking, kami dibahagikan kepada beberapa group kecil. Lebih kurang 6-8 orang setiap grup. Bukan apa, nak mudahkan pergerakan kami time hiking nanti. Masa hiking kami dinasihatkan bawa air dan sedikit snek especially chocolate sebab nak guna banyak tenaga nanti. Kan tak pasal2 pengsan kat atas gunung. 


ready to go ! yeah ! semangat sume~

Okei, bila da ready sume, lebih kurang pukul 10 lebih, kami mulakan pendakian yang dijangka mengambil masa tiga jam. Huh, memang mencabar psikologi nampaknya. On da way nak naik, toksah cakap la. Memang segala bagai cabaran dan onak duri terpaksa kami tempuhi. Haha. tapi nasib baik kat sini sejuk, so takdela berpeluh sangat.  Rasa semput dan penat tetap ada. Penat gila2. awal2 trek dia still landai cuma agak  berair. memang tak best. habis kotor kasut baru i. haha. ada certain tempat tanah dia berlumut. sejuk dan lembut macam carpet. best je pijak. overall, awal2 hiking ni difficulty level dia bagi aku 4/10 kot.


let's go ~


macam carpet kan?


Selepas sejam lebih, kami berenti rehat di persinggahan LBT. kat sini ada disediakan pondok kecil sebagai tempat berehat. first2 kami ingat da sampai puncak sebab rasa dah lama sangat jalan. kejap turun kejap naik. semput den. nak cakap pun dah tak larat. masa ni kami ambil masa untuk refill balik energy yang dah hilang dengan makan chocolate serta minum air. sambil rehat sempat jugak menikmati keindahan alam sebab time jalan mana sempat nak pandang keliling, terpaksa jadi zuhud tengok bawah je sume. bukan apa, kang tak pasal2 jatuh tergolek sebab kat trek banyak akar yang besar2.


haa tengok la akar dia.. besar dan menjala




tak sempai i nak peace ~

selepas lebih 30 minit berehat, *lama gila kot rehat*,, kami meneruskan lagi misi kami untuk menawan gunung berembun ni. jalan punya jalan. nampaknya trek semakin mencabar dengan jalan berselut dan licin. masa ni dah takde jalan landai macam first2 tadi. yang ada cuma jalan yang kadang2 berbatu dan sangat la cerun. fuhhh ! kalau tengok cerun dia memang otomatik akan hilang segala semagat yang ada. difficulty level dia bagi aku 8/10. tak caye? meh nak tunjuk gambar..


omg ~

jalan camni pun bleh jadi trek. kalau tersepit canne??

akhirnya, setelah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian, maka sampaila kami di puncak gunung berembun dengan jayanya. perasaan masa tu,, hepy tapi tak berapa hepy sangat sebab dah terbayang di minda kesusahan yang sama akan aku tempuhi *acece* time nak turun nanti. hoho. tak sanggup. 


semua peserta jelajah siswa~

ni la view dari puncak gunung berembun ~ nyaman


my classmates~

terserlah kepenatan disitu ~


dah puas bergambar bagai. hirup udara segar kat atas gunung. maka kami dengan hati yang tak rela terpaksa  berjalan turun.rasanya nak turun lagi mencabar kot sebab masa ni kaki da stat sakit. jari jemari kaki plak tersangatla pedih sebab banyak pressure kat situ. alahai. pendek kata macam nak naik gunung kali kedua rasa penat dia. masing2 jalan laju gila sebab nak cepat sampai. kepala da tak pikir pape. pikir nak cepat sampai je. memang azab gila la masa turun ni.


ni antara makhluk ciptaan Tuhan yang kami jumpa ~

dalam pukul 3 lebih *kalau tak silap*,, aku sampai balik kat camp site. masa ni la rasa sangat2 lega. tapi yang tak best masalah lain plak datang. kaki ku ke ko uolss ! sakit segala sendi kaki yang ada. apepun, best sangat sebab dapat rasa pengalaman hiking ni. dapat tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. dapat merasai udara nyaman kat hutan. melihat kehijauan hutan. InsyaAllah. kalau ada hiking kat tempat lain lagi aku memang tak nak join dah. da tak sanggup.*hehe*



p/s: lagi best kalau korang rasa sendiri pengalaman hiking kat sana ^^


No comments:

Post a Comment