Semalam kat university aku ada buat program food product development atau nama pendeknya fpd. Program ni khusus untuk third year students course aku iaitu food biotech bagi melancarkan product makanan yang mereka buat. Wah, nanti aku pun kena buat product jugak. Tak sabar rasanya. Hehe.
Okei dah. Bukan nak citer pasal fpd la, nak citer pasal derma darah. Selain ada aktiviti rasa2 makanan *aku xsempat rasa satu pun :(*, ada jugak aktiviti derma darah, bukan dara eh ! Derma darah ni terbuka kepada semua yang nak derma dan layak menderma.
Antara syarat2 layak menderma ialah :
1) umur mestilah 18 tahun dan keatas.*tapi kalo dah tua sgt pun tak digalakkan kot*
2) berat pulak mesti lebih 45kg.
3) sihat tubuh badan.*maknanya tak boleh kalo demam ke, sakit kepala, sakit gigi dan selesema.
4) pada gegirl yang uzur syar'ie pun tak boleh eh.
Ha, ni baru syarat2 umum. Kalau da pass belum tentu dapat derma lagi tau. Ni macam ujian saringan je. Lepas isi borang kena buat ujian darah dulu. Yela, mana tau ada penyakit ke apa, takkan nak bagi darah yang tak sihat kepada pesakit. Tambah sakit la orang tu nanti. Ujian darah termasuk la check tahap HB darah, paras gula dalam darah. Semua tu kena menepati tahap yang dorang nak iaitu berada pada tahap normal. Kalau hb darah kena lebih 12.5. Paras gula tu tak sure pulak. Blood pressure pun dorang check jugak. Da macam buat medical chek-up dah.
Bila da pass sumer, barulah boleh derma darah. Mula2 suntik ubat dulu pakai jarum kecik. Rasa dia mestila macam kena gigit semut je kan? Pastu nurse masukkan jarum yang besar dan panjang kat lengan. Memang ngeri la tengok. Kalau tak kuat semangat boleh pengsan kot. Jarum ni disambung ngan tube untuk salurkan darah ke dalam bag darah. Wah! Excited sangat tengok darah mengalir masuk beg darah. Lebih kurang 5 minit, penuh satu bag. Sekejap kan? Tapi ada je yang lama, setiap orang berbeza mengikut tekanan darah kot.*main hentam je aku*
Excited je aku cerita sal derma darah, sebenarnya aku tak derma darah pun. Hehe. Aku bukan takut tapi tak pass syarat no.2 la. Bila agaknya aku nak gemuk? Makan da banyak tapi berat badan tak pernah nak naik. Lagi turun ada la. Tension betul !
Pada yang berjaya menderma darah 2, aku ucapkan syabas dan tahniah sebab bukan semua orang ada peluang nak derma darah ni. Lagipun derma darah ni dapat banyak pahala tau, selagi darah tu mengalir kat badan orang yang terima darah kita, selagi 2 la kita dapat pahala. Bestnya!
p/s : nak cuba naikkan berat badan, mana tau dapat derma darah jugak nanti !
eh sama la kita!!! teringin nk derma.. tpi xlps syrat no 2 tu!!
ReplyDeletenmpknya kita menghadapi mslh yg sma.. ssh nk naik berat badan =.=
hehe,,tau xpe.org laen sibuk nak kurus..kita plak nak gemok:)
Deletewah cun blog..jom follow my blog, i will follow u later http://nina-wns.blogspot.com/
ReplyDeletemasyeh.boleh jer:)
Delete