Sunday, 24 June 2012

.exam.

asslamualaikum.

okei,, minggu ni ad dua paper lagi kena hadapi sblom cuti semester. hostel plan da semakin kosong sbb ramai yg da balik. kebanyakan yg xabes exam agy dak2 fst. jadi paham2 la mood nak study pun kureng  sgt! esok organic chem and i have no idea about the question that will be ask.*oh my english*
aku akan cuba jgk study sampai masuk dlm kepala otak aku ni,, yg selebihnya aku serahkan kpd Allah. moga2 aku dipermudahkan segala urusan esok. amin~

p/s: hari ni hepy sbb spain layak ke separuh akhir:)

Tuesday, 19 June 2012

kawan makan kawan~


 Assalamualaikum.
kawan makan kawan????? errkk!!

sila abaikan gamba di atas sebab aku bukan nak citer pasal kawan makan kawan dalam erti kata golongan kat atas 2. ngeri plak aku tengok. huhu.

Biasanya  kita takrifkan istilah kat atas sebagai perbuatan khianat seorang kawan kepada kawan mereka sendiri. Siapa yang pernah kena memang parutnya akan kekal sampai bila2. Chewah! Ahaha. Yela, kalau orang len yg buat x kisah sangat la kan, ni bila kawan kita sendiri yg buat kat kita memang rasa sakit hati 2 lain macam sikit. Ia juga boleh disamakan dgn peribahasa seperti :

*musuh dalam selimut*
*gunting dlm lipatan*
*harapkan pagar, pagar makan padi*

emm,, ada lagi ke eh? 2 je kot.
Okei, ni nak bagi contoh situasi kawan makan kawan.

1) Kita ada masalah dan kongsikan  dengan kawan kita dengan harapan dia boleh bagi kata2 semangat kat kita. Lagipun org kata bila kita citer masalah kat seseorang, sedikit sebanyak beban yg kita tanggung 2 akan hilang. Kita jugak percaya yg kawan kita 2 boleh simpan rahsia kita. Tapi, suatu hari kita dapat tahu yg org sekeliling sibuk bercakap2 hal kita. Masa 2 perasaan kita? Sangat sedeh kan?

2)Kat depan kita kawan kita 2 bukan main baik. Dia macam biasa je ngan kita. Tapi hakikat sebenarnya dia  ada xpuas hati ngan kita. Kat belakang dia duk sibuk mengumpat hal kita ngan kawan2 kita yang lain.

3) Kita biasa study sama2 ngn kawan kita tue. Pape yg maklumat yg kita dapat atau tahu kita pasti akan share dgn kawan kita 2. Kalau boleh kita nak berjaya sama2 ngn kawan2 kan. Suatu hari kita miss satu kelas sbb ada hal. Esoknya kita pergi kelas dan tetiba ada test. Kita pun da terkejut beruk sbb tak tau. Emm,, kawan kita wat bodoh je. Sakitnya hati Tuhan je tau kan?

Haa, 2 la antara situasi kawan makan kawan yg biasa berlaku di sekeliling kita. Xde kaitan dgn sape2 pun sebenarnya, sekadar imaginasi semata2 dan berdasarkan pemerhatian aku. Hehe. Memang xpatot kan seorang kawan buat kat kawan dia cenggitu. kalau boleh cuba elakkan jadi golongan kawan yg makan kawan ni. 

pada pendapat aku la kan, drpd sakitkan hati kawan macam 2, baik jadik macam kawan kita kat gamba atas je. senang makan terus. xde beza pun perbuatan khianat kat kawan dgn perbuatan kat ats 2. kan? marilah kita sama2 usaha jadi kawan yg lebih baik okei!

p/s: nak exam jap lagi tapi menyempat plak buat entry ni. muahaha:)

Sunday, 17 June 2012

jawapan yang tak munasabah~


Suatu hari aku keluar ngn kawan2 pegi tesco. Biasala time study week perangai nak jalan2 tetiba mai. Kotorang plan nak keluar makan je tapi dah nama pompuan xsah kalo x window shopping. Jalan2, kendian salah sorang kawan aku teringat yg dia nak cari ubat kat farmasi. So, kitorang empat sekawan pun masukla kat satu2 nya farmasi yg ada kat situ.

Memula, try carik dulu ubat kot la jumpa. Bila xtau nak beli ubat ape kitorang pun try la tanya kat pharmacist yg keje kat situ. Bagitau ala kadar yg kawan aku ni kulit kaki dia sensitive cket. Xleh kena sabun, xleh jalan tanpa selipar atas lantai. Lebih kurang camtu la. Kulit kaki kawan aku ni macam nipis sangat, kadang2 jadi luka2. Nak tau ape pharmacist 2 jawab?

“ kat sini xde ubat yg boleh tebalkan kulit kaki, just ada ubat yg bleh lembabkan kulit kaki je”. Dengan yakin dia jawab.

Apakah? Kitorang senyap kejap. Aku rasa nak lempang je muka minah 2. Hek eleh, kitorang pun tahu la mana ada ubat yg tebalkan kulit. Ingat kitorang ni bengap sangat ke? Dia syorkan Vaseline padahal kawan aku 2 da habis sebotol Vaseline yg jelly 2 taruk kat kaki tapi xelok2 jugak. Lantakla, last2 kawan aku beli lotion Vaseline yg warna ijau 2.

Tapi bila fikir balik lawak jgk jawapan pharmacist 2. Ada ke jawab cenggitu. Tak munasabah langsung. Kalau jawab kat kanak2 ribena takpela. Ke muka kotorang xcukup matured? Tak tau nak cakap ape ~

p/s: sebelum cakap kena pikir dulu :)

Friday, 15 June 2012

senyumlah !!

asslamualaikum

selamat hari jumaat sume!

sempena hari baik , bulan baik ni marilah kita sama2 top-up amalan kita,

delete dosa2 kita serta renew niat kita ke arah kebaikan.

salah satu amalan mudah yg kita boleh buat ialah dengan SENYUM !

p/s: senyum jer selalu okeh:)





Wednesday, 13 June 2012

koleksi kisah seramku~ngee

assalamualaikum


emmm.. sepanjang 20 thn aku idup ni kan, ada la beberapa peristiwa misteri yg pernah aku lalui tp xda la mengerikan sgt kot kalo nak compare ngn kisah2 org laen. jumpa ngn makhluk halus face to face pun aku tak pernah. kalo stakat makhluk halus cam semut, anai2, lalat 2 selalu. hihi. kadang2 aku pernah terpikir, camane agaknya rupa makhluk halus neh? tapi bila pikir balik,,, syukur Alhamdulillah la sbb xpernah terserempak ngn makhluk2 di alam ghaib 2. sbb ada sesetengah org Allah da bukak hijab pandangannya dan org tersebut akan nampak benda 2 berkeliaran. eiii, ngeri je bunyinya. okei, jum check it out koleksi kisah seramku,,

1) dengar suara perempuan mengilai

peristiwa ni berlaku time aku kanak2 ribena lagi. time 2 aku tgh maen2 ngn spupu spapat aku kat luar   rumah di waktu malam. biasa la kat kg, rumah pun dekat2 je. lagipun ada lampu jalan kt area umah aku jadi xdela takot kan. tengah syok maen2 tetiba aku dgr suara pompuan mengilai datang dari pokok mangga tak jauh dari tempat kitorang tgh lepak. first2 dengar aku wat tatau je sbb ingat aku je yg dengar. lepas 2 dia bunyi lagi. masing2 berpandangan. rupa2 nya semua dengar suara 2. kitorang pun apa lagi, sepantas kilat lari masuk rumah aku sbb paling dekat ngn tempat kejadian. haha. 2 la sape suh maen luar rumah malam2 kan.

2) kena tindih

okei, mesti ramai yg pernah alami benda ni kan? aku pun selalu dgr citer dr kwn2. yg duk kat hostel la biasanya alami benda ni. mula2 aku tak tau ape benda kena tindih ngn hantu ni. mungkin sbb time skolah aku xbiasa duk hostel, pernah tapi setahun je. sampaila aku masuk asasi pd 2010. da duk jauh memang kena duk hostel la kan. time ni la aku stat kena. memang la xrasa takut sgt time kena tapi rasa dia memang xbest sangat. kita macam sedar tapi tak boleh nak wat pape. nak menjerit suara xkuar. bila da terlepas memang agak susah nak lelapkan mata. ada kes yg aku dgr sampai sesak nafas dan nampak benda yg tindih dia. huhu. takotnya~

3) makhluk dlm video 

peristiwa ni baru je berlaku. awal bulan lepas. nak dijadikan citer aku ngn dua org kawan ni pegi la dekat sebuah tasik kat dalam kawasan u aku jgk tp agak terpencil sbb nak ciapkan esaimen. walaupun seberang tasik 2 dikelilingi hutan, kitorg pegi jgk sbb konsep video kitorng nak wat ni scene dia ala2 hutan gitu. ciap record sume kitorg pun balik. time record 2 memang tak perasan lgsung tapi bila tgh edit2 gamba,, sekali aku nampak something kat dlm video 2. oppss~ masing2 da cuak. tapi nasib baik xda pape berlaku. yela, mana tau ada benda ikot balik ke. nauzubillah~ sebenarnya kat video 2 ada macam imej budak tengah senyum. toyol kot. atau mungkin jgk imaginasi aku je. wallahua'llam~

 ni ha video. boleh la tgk sendiri.

video

cukupla setakat ni dulu aku menulis. sebenarnya curi masa study kejap ni sbb da tepu sgt kepala otak. hehe.


p/s: kalo jumpa hantu jgn lari sbb mereka jgk ciptaan Allah macam kita :) ada bran ke? hehe^^

Friday, 8 June 2012

bongsu


bongsu? 
yap. kali ni nak citer pasal bongsu. kalau dalam family, 
yg bongsu ni la paling org sayang dan selalu family manjakan. 
ciap panggil adik plak 2. *sampai da tua pun still panggil adik*
dari pengamatan aku la kan, perangai2 anak bongsu ni ada yg xsah kalau xda. 
antaranya :

1)kalau nak something kan, dia kena dapat jugak
2)ada perangai marah2 xtentu pasal
3) tapi kalau time dia baik 2 memang sangat la baik

jap2,,
sebenarnya aku bukan nak citer pasal ADIK BONGSU la. ni nak citer pasal GIGI BONGSU la. haha. 
kepada yg tak tahu,
 *gigi bongsu ni adalah gigi geraham ketiga yg tumbuh pada usia sekitar 18-30 tahun*

ni ha gambar gigi bongsu aku.*okei aku tipu*


dua minggu yg lepas aku telah mengalami beberapa simptom antaranya :

1) sakit gigi yang amat


2) bengkak gusi
3) sakit kepala tahap migrain *mcm pernah migrain je aku*


aku yg biasa sakit gigi ni wat bodo je la. 
yela, ingat sakit gigi biasa. 
tapi memang sakit gigi kali ni super duper sakit lagi. 
kadang2 sampai rasa nak demam pun ada. 
dengan sakit kepala lagi. berdenyut2 kepala aku. 

bila simptom2 ni da datang memang aku da tak boleh nak wat pe dah. 
kena tidor sambil tutup pipi ngn bantal. 
kadang2 aku letak pipi aku kat lantai yg sejuk 2. 
biasa kalau sakit gigi aku wat cenggitu la. 
tapi kali ni tak jalan weh. 

aku pun pikir, ape kena gigi aku ni? sakit melampau plak beliau. 
setelah aku tanya beberapa org pakar yg tak bertauliah, 
akhirnya aku dapat tahu yg aku ni sebenarnya sakit gigi nak tumbuh gigi bongsu.
*waa,da tak bleh tambah tinggi da*. 

selepas sminggu bertarung nyawa,*mak aih oberrr*
keluarlah adik bongsu gigi aku.*gigi atas*. 
bila tengok kat cermin, kecik je gigi nya. sakit nak tumbuh 2 kanmain lagi. 
2 baru satu ye kawan2. ada tiga lagi yg menunggu masa nak keluar. 
sekarang ni tengah cuba nak keluar geraham bongsu bawah pulak. 

memandangkan sekarang ni study week, 
so aku da prepare awal2 ubat tahan sakit dan minyak angin. 
yela, kang tgh study datang simptom2 kat atas, xstudy la jawabnya. 
tapi ni da kira ok la kan sebab sakit2 je, ada yg sampai demam2 tak leh bangun tau. 
pastu aku baca kat intenet, ada yg sampai kena operate sbb gigi bongsu tumbuh tak betul.
kadang2 xcukup space utk tumbuh sampai kena cabut gigi lain. 
eeeei,, ngeri plak dengar. 


p/s: kepada sape2 yg mengalami simptom2 kat atas, maknanya anda da nak tumbuh gigi bongsu. jadi,    banyak2 la bersabar kerana ianya salah satu ujian Allah juga:)