Saturday 23 November 2013

comeback~

Lama sungguh rasanya tak menulis kat sini. Macam macam da ada kat chat box. Iklan itu la,, iklan ini labiasalah blog kalau tak berpenghuni, banyak benda boleh menumpang. Macam kes villa nabila kat johor sana *eh tetiba* tapi sebut pasal villa nabila kan,, ish tak patot betul budak tue. satu malaysia kecoh.

Miasa la, typical malaysian *include aku* memang suka sangat dengan ceciter misteri. Macam yg kononnya berlaku kat villa nabila tempoh hari. Tapi yg paling aku simpati mak bapak budak tue la. Bukan main bimbang dengan anak mereka. Rupa rupanya.. hish tak tau nak kata.

Okei.. berbalik kepada citer aku. ye la aku yg lama tak menghupdate belog tadi. Sebenanya aku sekarang tersaaaaangat la bizi. Mengalahkan pm time nak pilihanraya kot. Kawan kawan aku pun sama. Kenkadang emosi dorang bak kapal yg dilanda ombak. Selalu jugak aku tersilap timing tegur dorang. *hihihi* sorry guys. silap timing~ ^^

Biasala ,, semua orang ada masa yang dorang tak boleh nak senyum. yela,, tak kan tengah moody, marah , sedih still nak senyum?? Even aku sendiri pun sama jugak. Cuma jangan biarkan emosi effect keje dan hidup kita sudah. Nak fefiling siket ape salahnya.. hehe

Beberapa minggu  je lagi aku akan habiskan pengajian untuk sem 5, maksudnya final dah around the corner kot. So study smart la wahai diriku..

p/s: tajuk entry kenmain lagi comeback bagai. content dia?? hihihi

annyeong~
*bajet korea la sangat*


Monday 30 September 2013

remp-it

dulu fenomena rempit agak famous di malaysia sehinggakan banyak citer citer melayu memaparkan citer yang berkaitan rempit contohnya kl menjerit, remp-it, adnan sempit dan banyak lagi. mat mat rempit pun agak femes dan naik saham masa tue sebab ramai yang cakap cakap pasal dorang. kat sekolah pulak isu rempit jadi bahan utama pengajaran sebab jadi soklan spot untuk upsr. pendek kata semua orang dah tahu dan arif dengan maksud rempit. so tak payah la aku susah susah nak explain panjang lebar kan? hikhik *tue je motip aku sebenarnya*

tapi sekarang ni isu rempit tak lagi menjadi topik hangat perbincangan atau cerita kedai kopi dah. sekarang sumer duk sibuk pasal isu minyak naik woo. jugak isu tembak menembak yang semakin menjadi jadi kat malaysia. *da macam kat thailand pulak*

disebabkan isu ni semakin suram la. lalu aku mengambil keputusan untuk mengambil alih kerja mat mat rempit di malaysia. haha. takdela,, semalam aku keluar ngn kawan aku naik moto pergi makan makan. esaited sebab tak pernah naik moto malam kat sini. hihi. biasa keluar naik keta, ni naik moto lain rasa dia. tapi betol la teori aku, ramai mat rempit da pencen sebab da tak femes kan. sebab masa naik moto takde pulak aku nampak mat mat moto berkeliaran kat jalan raya. Alhamdulillah. takde la takot sangat kan aku sebagai seorang perempuan nak bawak moto * atau bonceng moto* hehe

tapi tetap kena ambik langkah berjaga-jaga semasa naik moto malam. pastikan anda tidak melalui jalan yang sunyi dan gelap. pastu side mirror kena ada dan sentiasa awasi belakang anda. mana la tahu kot la ada yang mengekori anda. jangan bawak slow sangat nanti senang pulak orang nak dekati anda. tapi bawak laju sangat pun tak digalakkan jugak, kang ada lubang kat depan tak sempat pulak nak elak. tak pasal pasal terjun lobang. ha sape yang dapat sakit? kita jugak kan..

so berhati- hatila di jalan raya, tak kisah la anda bawak moto atau kereta. atau apa saja kenderaan kat atas muka bumi ni. jangan fikir jalan raya ni kita punya ye. keselamatan jalan raya tanggungjwab kita bersama :)
dan akhir kata sebagai renungan kita bersama...




Sunday 22 September 2013

thesis??

Assalamualaikum.

sem ni aku dah start dengar the most fearful word ever. thesis? actually belum kena buat thesis, just persedian untuk buat thesis. tapi,,  rasa terkejut dia stil lebih kurang time tengok citer conjuring kot. takot pastu at the same time sangat confuse sebab tak tahu apa yang sepatutnya kena buat. tapi Alhamdulillah dalam kekalutan aku dah selamat going through the first step which is.. choose a supervisor. 



aku harap pilihan ni the best one. sebab aku kena stick dengan pilihan aku ni sampai final year untuk final project dan thesis. kalau aku silap buat pilihan, maknanya aku terpaksa teruskan jugak sebab dah takde peluang dan pilihan kedua. macamana aku buat pilihan? entah, aku just follow the flow. tak fikir banyak sangat. ramai yang kata nak buat benda ni kena ikut minat tapi nak dapat apa yang kita nak off cos la bukan benda yang mudah.

apa yang aku harapkan,, semoga  aku boleh carry on dengan pilihan yang aku dah buat ni. amin~

Friday 13 September 2013

bilik bertuah..

assalamualaikum

Alhamdulillah masih berpeluang meneruskan pengajian di sem yang baru. sem ni aku perpindah ke kolej kediaman yang baru. huyeee !! emmm,, suasana off cos la da laen tapi overall best sebab aku dapat bilik yang paling besar. master bedroom. huhu. so selesa la jugak sebab duduk pun berdua je dalam bilik ni.

jarak pun sangat okei kalau nak compare dengan tempat ak duduk sem lepas, berkali kali ganda dekat tempat baru ni dengan campus. makanan kat sini pun agak murah tapi tak banyak sangat pilihan tapi okei la sebab bebudak kat sini pun aku tengok jarang sangat beli makanan,, so takdela berebut time nak beli makanan. dorang sume diet kot.

sem ni still dapat rumate yang sama. ehehehe.. * sabor je la* .. kawan kawan yang sekepala ngan aku sume duk tempat lain. kalau boring aku dah tak tau nak pegi lepak kat mana. terperuk je la kat bilik ni nampaknya.  huwaaa.. nak bergosip pun kena tunggu g campus je la.

p/s : bilik bertuah sem ni no 1. hopefully achivement aku sem ni pun terbaik macam no bilik :)


Saturday 15 June 2013

latest kdrama

sebenarnya aku tengah download citer korea ni,, sambil sambil tunggu aku saja nak share beberapa drama korean paling latest dan best best yang aku dah tengok. jom cekidauddd~

1) that winter the wind blows

drama ni best sangat bagi aku walaupun ni citer sedih. biasa aku malas jugak nak layan drama korea yang sedih tapi drama ni sangat best. tajuknya pun winter jadi banyak scene citer ni time winter, cantik sangat. rasa nak je terbang pergi sana masa tengok citer ni.. jalan citer drama ni memang awesome sebab lain dari drama yang dah biasa ada. citer dia pasal seorang perempuan buta yang kaya dan terpisah dengan abang kandungnya semasa kecik sebab perceraian parents dia. lepas ayah dia meninggal tetiba muncul sorang lelaki mengaku sebagai abang dia, oh soo yang hensem. *melting* . hehe. selanjutnya kena la tengok sendiri eh.

2) nail shop paris

drama ni pun best. mostly pasal sebuah nail shop yang sume pekerja dia lelaki dan paling penting hensem. memula aku minat alex,, dah banyak episode baru aku sedar yang kay lagi charming. ohhh,, tak sabar nak tunggu next episode. drama ni tengah main lagi kat tv.. so kena tunggu setiap minggu baru boleh tengok. huhu. yang menariknya si heroin tepaksa menyamar jadi lelaki sebab nak kerja kat nail shop. sebabnya dia ni seorang penulis novel dan dia jadikan alex  sebagai character novel, so nak tak nak kena la siasat pasal mamat tu. tup tup dia fell in love pulak ngan alex dan pada masa yang sama kay plak fell in love dekat dia. huhuhu.. sangat menarik kan? 

3) dating agency cyrano

drama ni baru dua episode aku tengok. so far best. menarik sebab citer dia mengenai satu agensi cari jodoh la lebih kurang tapi semua lelaki yang involve dalam agensi ni tak percaya pada cinta tapi cuba nak satukan cinta. so si heroin macam pelik dengan sikap dorang. pastu... dah tak tau nak describe apa sebab baru tengok dua episode kan. hehe. tapi yang pasti citer ni jjang :)

4) flower boy next door

drama ni keluar awal siket dan aku da lama abes tegok so tak berapa ingat dah. tapi yang aku pasti aku tak puas hati dengan hero dan ending dia. sepatotnya mamat sebelah rumah dia la hero.. dia da lama kot suka kat pompuan tu. dah tu baik, hensem. eiiiii,, memang sedih sebab ending dia tak seperti yang kita expect tapi overall drama ni pun besttt :)

emm.. tue je kot antara drama drama korea yang sempat aku layan. haa,, yang aku belum sempat tengok dan kawan aku cakap best banyak.. antaranya 

*monstar
*i hear your voice
*shark

bye. hepy watching :)


Sunday 9 June 2013

love story

assalamualaikum.

bersempena dengan aku nak exam ni,, jadi macam biasa keinginan untuk menulis entry pun semakin bertambah. terasa seperti ada magnet yang menarik narik aku yang tengah study. lappy aku yang dah agak lama tak di buka seakan melambai lambai mesra ke arah aku.. hahaha. tetiba test ayat ala ala novel.. 

tajuk entry love story,, tapi takdela nak citer pasal kisah cinta sangat. sekadar perkongsian. kalau sebut pasal cinta mesti semua orang imagine benda yang best best je. pastu semua mesti berangan nak ada love story like a fairy tale. kan? kawan aku cakap masa kecik kecik dia pernah berangan nak kawen dengan anak raja. so boleh la jadi princess. tengok,, even budak kecik pun nak love story yang indah indah.. apatah lagi kita kan? eheheheheh *malu*

dah memang menjadi fitrah manusia inginkan kesempurnaan, tapi dah lumrah hidup, tak semua yang kita nak kita akan dapat. contohnya bila kita ada crush atau minatkan seseorang. of cos la kita berangan suatu hari nanti, crush kita tu akan suka jugak dekat kita.


macam dalam gamba kat atas. just imagine your crush are giving you a rose? mesti best gila kan?

tapi lain pulak yang biasa terjadi kat kita.... 



realitinya kita frust menonggeng sebab crush kita suka dekat orang lain. sobs. sobs .(T_T). memang realiti menyakitkan tapi itulah kenyataan. kita tak boleh nak expect love story kita macam novel ataupun drama korea yang suwikk giler macam maen game candy crush sebab semua benda tu hanyalah khayalan dan imaginasi semata mata. pastu pulak kita kena la sedaq diri jugak. kalau pun kita cantik macam princess, tak semestinya putera raja nak pinang kita. kan?

so bersederhanalah dalam memilih pasangan anda. jangan high taste sangat. 
okei,, annyeong~

p/s : tapi kalau ada orang yg ensem+baik+beragama+kaya nak dekat kita apa salahnya..ahahaha :)

Monday 3 June 2013

study week~

study week dah start. 
ramai jugak kawan kawan aku yang berstudy week kat rumah masing-masing.
 aku masih setia kat sini.
 ikutkan hati aku pun nak balik. 
nak jumpa family, nak pegi kenduri kawin, nak pegi jalan jalan. 
tapi aku tak boleh balik.
 tunggu habis exam baru aku balik. huhu. 
bukan apa, kat rumah aku tak study. 

minggu lepas bebudak tamhidi da start daftar masuk sini. 
asal study week je ada la benda kacau. 
tiap malam ada buat program, pastu pasang speaker kuat kuat.
 mesti la rasa terganggu. 
dorang tak fikir langsung pasal kitorang yang bilik tepi cafe ni. 
issshh.

pastu bebudak tamhidi ni suka suki je tegur aku macam ni..

"awak, awak.. kat san ada jual apa eh? nasi ada tak?"

hamboi bahasa adik-adik. 
'awak' dia panggil aku? 
tiga tahun kot beza umur. 
dia tak nampak ke muka aku matured gila ni? 
yela aku tahu aku sangat selekeh tapi mana boleh macam tu. 
sentap tau adik panggil akak macam tu.

lagi,, area hostel sudah dipenuhi the boys. 
so tak boleh mengusha dari tingkap sesuka hati dah.
 silap silap dorang lalu tepi blok. 
pegi buang sampah la.
 macam macam la bebudak ni.
 pendek kata da tak bebas macam dulu dah.

study week sume pakat stress.
so sekarang memang kena jaga adab sopan dengan kawan kawan. 
silap cakap, silap perlakuan nanti ada yang terasa dan sewaktu dengannya.
 macam aku pun, 
kat bilik kalau housemate buat benda bodoh siket memang rasa berapi je nak marah. 
biasa tak pun. 

so moral of the story,
 masing masing kena pandai kawal emosi. 
jangan biarkan benda ni menguasai diri kita.

 gud luck final exam sumer :)




Monday 20 May 2013

bilik karel~

Assalamualaikum..

sekarang ni aku berada di library. nak study la kononnya. 
da alang alang bawak lappy, wifi pun ada, 
tak salah kan kalau aku bersuka ria kejap? hehehe. 

esok ada test. 
macam biasa student pemalas macam aku ni confirmla tak habes study lagi.. 
so aku tempahla bilik karel untuk study. setiap library mesti ada kan? 
walaupun aku blaja kat sini da nak masuk tiga tahun 
tapi ni la first time aku masuk bilik karel. ehehe. 
emm,, luas dia boleh la,, tapi just nice untuk study sensorang. 
best. sebab takde orang kacau. 

biasa kalau study week tak sempat nak tempah sebab sampai lewat kat library. 
terpaksala study kat tempat open.
 pastu mula la takleh nak focus sebab sibuk tengok orang. 
kenkadang bising pun ada. 
dan yang paling aku tak suka kat open area aircond dia sejuk sangat.. 
macam kat peti ais pun ada. 
kat bilik karel ni so so. tak sejuk dan tak panas. 
overall okei dan selesa. 

okeilah,, jom start study. banyak chapter lagi nak cover ni.
 babai. fighting~
sebelum tu,,,


bilik karel~ *jakun*

p/s : lain kali nak study kat bilik karel lagi la ^^

Wednesday 24 April 2013

gwiyomi


mesti ramai yang dah tahu pasal gwiyomi ni kan? confirm tau.. sekarang,, fenomena dari korea ni dah mula menular kat negara kita. pada yang tak tahu, gwiyomi ni sebenarnya beberapa 'step cute' yang direka untuk satu lagu. macam macam kan. dulu fenomena gangnam style,, pastu harlem shake. sekarang ni gwiyomi pulak. tapi gwiyomi ni kira okei la kalau nak dibandingkan dengan dua tarian ntah pape tu..


memula aku pun tak tau pasal gwiyomi ni. bila aku pegi umah kawan aku,, ada la sorang kawan aku ni duk tengah usha video kat youtube sambil buat gaya. picit picit muka la,, cium jari bagai. hishh,, ape benda la minah sorang ni buat sebenarnya?? last last aku pun terjebak sama. haha. 

dah macam macam video gwiyomi aku tengok kat youtube. dari budak kecik, pompuan, lelaki sume nak buat video gwiyomi masing masing. sampaikan yang 'auww' pun ada jugak buat video gwiyomi. kalau yang betol betol cute tue memang best je tengok video dorang. tapi kalau yang tak berapa nak cute tue,, rasa nak bagi penampar je. pastu yang terlebih gedik pun ada. macam macam ada. 

pada yang belum pernah tengok video gwiyomi, boleh la tengok kat bawah ni tapi versi cartoon je. so takdela sakit hati sangat kan.. enjoy ^^



kat bawah ni pulak 6 step gwiyomi. so bolehla di praktiskan bersama time boring mahupun sewaktu mengisi masa lapang anda. hehe. senang je...

step 1 - cucuk muka uolss dengan dua jari telunjuk. pastu senyum manja gitu..
step 2 - buat peace dan letak kat kepala dan gerak gerak ciket. 
step 3 - buat macam gaya okei. sama macam dalam gambar. susah pulak nak explain. hehe.
step 4 - gaya dia lebih kurang macam nak tumbuk orang tapi dalam versi cute gitu..
step 5 - buat bentuk love. ala,, sweeet sangat awak. *tetiba meroyan*
step 6 - hah, cium la jari korang sampai cukup enam jari. pastikan jari last tue ibu jari dan buat bunyi 'mmuahh' sekuat hati.



selamat mencuba ^^

Monday 22 April 2013

tabung

Pepatah ada menyebut," sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". 
Macam tu la diibaratkan kalau kita suka menabung. 
Walaupun sikit jumlah duit yang kita menabung,
 makin lama duit tu akan bertambah. 

seingat aku masa aku kanak-kanak ribena dulu,
 aku ni malas menabung tapi beriya nak bukak akaun bank. 
sebabnya,,
 nak tabung bangunan tabung haji tu .hehe. 
Duit tabung aku memang tak sempat nak penuh. 
tapi aku dah amik untuk beli something. 
Hurm,, dari kecik dah tak reti nak berjimat rupanya aku ni.

Baru-baru ni aku ada beli tabung.




Dah masuk u ni baru nak start menabung. 
kecik kecik dulu kan malas.
Comei kan tabung aku??
*hihihi*

Last but not least,,,,

Sedikit renungan bersama :

Apa sebabnya kita menabung? dah tentu untuk masa depan kan? Macam tu juga halnya dengan hidup kita kat atas dunia ni sebagai hamba Allah. Setiap hari sebenarnya kita sedang menabung untuk akhirat. Setiap amalan yang kita lakukan akan masuk tabung kita sendiri. Kita akan gunakan hasil tabung kita nanti di akhirat. Pahala dan dosa kedua-duanya boleh diibaratkan sebagai tabungan kita. Namun dosa itu ibarat duit yang dah tak laku. Jadi bayangkan setiap hari apa yang kita isi dalam tabung kita Ya, tabung kita makin bertambah tapi adakah kita pasti tabung kita penuh berisi duit yang laku? Atau dipenuhi duit yang dah tak laku? Di akhirat nanti kita mungkin kaya tapi tiada guna kalau kaya dengan duit yang dah tak laku. 

Oleh itu mari la sama-sama kita muhasabah diri. 
Sesungguhya manusia memang tak lepas dari melakukan dosa. 
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita~amin




Thursday 4 April 2013

Dulu benci sekarang suka?



Assalamualaikum


Ya, dulu benci sekarang suka. *blushing*
Ini bukan entry cinta okei. Saja ja gempak.
Sebenarnya kali ni aku nak citer pasal CRISTIANO RONALDO.
Sape tak kenal pemain REAL MADRID yang hensem lagi femes ni.
Memang ramai kot yang minat dia.

Seyesly aku minat bola sebab player dia hensem. *hehe*
Macam aku minat KAKA
So aku akan sokong pasukan yang KAKA masuk.
Dulu AC MILAN,, 
but now REAL MADRID *huyeeee*

Tapi laen hal dengan CR,,
walaupun dia hensem,,
aku tetap tak minat dia sebab dulu dia main dalam MU,,
 dan aku anti MU.

Tapi akhir-akhir ni,,
banyak citer menarik pasal CR yang aku baca kat internet,,
Dan menyebabkan aku respect dan minat dekat CR,,
very much..

Sama macam aku minat KAKA.
Tapi okei jugak aku minat CR,,
since dia pun main dalam REAL MADRID jugak sekarang.
ngeeee~

Antara citer pasal CR yang aku baca :

Ni bukan citer. 
Gambar ni aku jumpa kat internet.
*masa aku tengah google gambar KAKA*
Omo~ CR pakai kopiah kot.




Aku baca pasal CR yang sanggup 
dermakan kasut emas yang dia dapat untuk Palestine.



     
CR sekarang ni berkawan baik ngan OZIL, 
juga pemaiain REAL MADRID.
 OZIL ni Islam tau,, 
dan yang paling menarik, 
CR keluarkan kenyataan yang dia minat nak belajar
Al Quran sebab dia selalu dengar Ozil baca Al Quran




Pernah sekali CR menolak untuk tukar jersey dengan pemain Israel.
sebagai protes terhadap
tindakan Israel yang menyerang Palestine.



Lepas baca citer-citer tersebut ,,
aku respect sangat dekat CR walaupun dia belum lagi memeluk Islam.
Aku doakan semoga Allah membuka pintu hati CR untuk memeluk Islam.
Semoga dia mendapat Hidayah daripada Allah. 
Amin~


gambar : from pakcik google
p/s : kalau ada test mesti semangat buat entry. apakah?





Sunday 10 March 2013

hobi baru.

Assalamualaikum

Lama  bebenor rasanya tak menulis. Semester baru dah bermula. Hidup aku still macam biasa cuma agak kepenatan disebabkan jadual kuliah yang sangat tak best. Bayangkan setiap hari ada kelas pagi yang pukul 8 dan pada masa yang sama ada kelas malam until 10 pm. Memang tak masuk akal . Habis time bila la aku nak study wei? Petang ? Kirim salam je la nak study petang. Tapi aku kena jugak terima dan anggap benda ni sebagai cabaran.

Disebabkan aku malas sangat nak menaip sekarang ni, so aku masukkan gamba je la. aku just nak share hasil kerja aku masa cuti sem yang lepas. sebenarnya ni hobi baru aku. jahit felt craft. hehe. Takdela cantik sangat. Pada awalnya aku berhajat nak buat bisnes jual benda ni tapi disebabkan aku ni takde bakat jadi usahawan dan ramai pulak yang mintak free,, so bisnes aku tinggal angan-angan. Aku sempat jual siket je. Haha. Tapi tak kesah sebab aku seronok je buat benda ni. Yang paling penting aku puas hati. 




yang ni aku sempat jual. siap masuk plastik lagi tau. haha.




angry bird ni aku buat untuk anak sepupu aku. kesian sbb dia  asyik mintak aku buatkan.




banyak-banyak aku buat ni,, owl je sempat jual. yang len sume kena rembat. hish.





klip rambut  ni pulak asyik kena kutip dengan anak buah aku. xsempat nak jual.



ni je la aku sempat buat utk aku sendiri. sedihkan. huhu.


okei.
sekian saja cerita aku .
hehe.

annyeong~

Tuesday 1 January 2013

new year 2013~

Bismillahirrahmanirrahim.

wah. tetiba rasa nerbes je nak tulis entry kali ni. alhamdulillah ! tahun baru menjelang lagi dan kita semua masih berkesempatan menghirup oxygen di bumi Allah ini. sebenarnya takde yang best pun tahun baru ni bagi seorang mahasiswa macam aku ni. yela, final exam tak stat lagi. cuti sem off kos la belum.sekarang ni study week. hari hari study. hari hari baca buku. oh boringnya hidup takde life macam ni *sory terluah perasaan plak kat sini*

sempena tahun baru ni. aku nak ucapkan hepy new year buat semua.

# semoga hari hari mendatang akan dipenuhi dengan warna warna kebahagian dan keceriaan
# semoga hari hari yang mendatang sentiasa berada dalam rahmat dan berkat dari Allah
# semoga hari hari mendatang adalah kejayaan buat kita semua. insyaAllah


biasanya kalau masuk tahun baru orang mesti sibuk dengan azam baru. semuanya semangat dengan azam baru. aku la salah sorang daripadanya. okei,, antara azam aku di tahun baru 2013 :

1) nak dapat dean list 

azam ni memang aku buat tiap tiap sem tapi sampai sekarang belum tercapai. almaklumla, aku ni bukan   pandai sangat.*hoho sedih* awal sem memang semangat tapi bila da dekat exam rasa macam impossible je nak dapat. takpe ada masa lagi. chaiyok~

2) nak beli handset baru

emm, ni memang azam yang agak mengarut. tapi seyes aku kena beli handset baru. bukan sebab nak ngada ngada pakai nset baru tapi nset lama da nyawa nyawa ikan dah. so, hopefully dapat beli nset idaman terus. hehe.

3) nak beli camera

ni pun azam yang entah pape. tapi tak kesah. nak jadikan azam jugak. tak kesah la camera ape pun. janji dapat amik gambar i yang tak berapa nak hot ni. bukan ape. susah jugak kalau ada nak buat esaimen ke ape ke.*konon kan*. tapi camera idaman memang konfem la tak dapat beli lagi.

4) nak jadi lebih baik

ni baru nampak macam azam. tahun ni aku kalau boleh nak jadi yang lebih baik. hamba Allah yang lebih baik. anak yang lebih baik. pelajar yang lebih baik. kawan yang lebih baik. segalanya la aku harap boleh jadi yang lebih baik. bukan senang nak jadi baik ni. moga Allah bantu aku. Amin~

5) nak cari calon

tahun ni aku dah 21 tahun so, aku kena la stat cari calon. habes blaja boleh la kawen. haha. geli lak aih citer pasai ni. ohoho. ni wishlist aku ke? macam tak je. yang ni aku kiv dulu la eh. walopon da umur 21 tahun *coming soon*. rasa macam tak perlu lagi kot buat masa sekarang. fokus blaja dulu ye. sampai masa ada la tu. hehe*malu*


akhir kata sebelum aku sambung study, selamat tahun baru 2013. ampun maaf andai ada salah silap di tahun 2012. doakan supaya aku dapat jawab exam dengan baik ye :)

p/s : mulakan 2013 dengan senyuman:)