Tuesday, 1 May 2012

SUPER SPONTAN !!

Baru habis tengok koleksi2 super spontan dgn roomate. Biasala, esok kan cuti. 1 mei kan hari pekerja. Disebabkan 2 jgkla aku yg bukan pekerja pun dpt cuti dan masih besaq bijik mata walaupun da dekat pukul 3 pagi. Mata masih tak ngantuk. Perut pun tak hilang lagi sakit sbb gelak byk sgt. Ni semua gara2 tgk super spontan, memang lawak sgt2 la. Nak pecah perut gelak. *saja hiperbola cket

Aku sokong kumpulan Angsa Ganas. huhu. sebab kelakar dan best ! Beruang comel pun lawak gak sbb ada Johan. hehe. Tapi yg paling menarik gabungan Zizan ngn Taukeh masa game demostration pasal ubatkan org sakit. Muka Zizan memang kena ngn gaya Taukeh. Best dan sgt lawak !

Tgh syok tgk game dikir barat time episode 5, terperasan yg Zizan nmpak lesu dan tak sihat. Ciap ngn batuk lagi. Pastu aku baru teringat yg aku ada tertengok kt FB gambar Zizan masuk wad. Masa tu aku nak cpt so tak amik tau sgt la. Sbb tajuk dia pun tulis "seorang ahli kumpulan angsa ganas, zizan masuk wad." aku ingat propa semata-mata. Yela, citer 2 kan biasa buat gimik kan. Ingatkan maen2 je. Tapi bila tgk Zizan memang betul2 tak sihat kt show tadi barula aku pecaye yg Zizan betul2 sakit. 

Nak confirmkan, aku try la google pasal Zizan masuk wad. Pastu jumpala gambar ni..



Jadi, memang confirmla Zizan kat wad. Sakit apa tak pasti plak. Ada cakap radang otot. Gastrik la. Macam2, tak tau yg mna satu betoi. Pepon, semoga Zizan cepat sembuh walau apa jua penyakit yg dialaminya. 

Biasala kita manusia bila2 masa saja Allah boleh turunkan ujian kepada kita. Tujuannya hanyalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Kita sebagai hambanya perlulah bersabar dgn segala cubaan darinya. Sakit itu juga salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa2 kita. :)

Peace ya !