Wednesday, 24 April 2013

gwiyomi


mesti ramai yang dah tahu pasal gwiyomi ni kan? confirm tau.. sekarang,, fenomena dari korea ni dah mula menular kat negara kita. pada yang tak tahu, gwiyomi ni sebenarnya beberapa 'step cute' yang direka untuk satu lagu. macam macam kan. dulu fenomena gangnam style,, pastu harlem shake. sekarang ni gwiyomi pulak. tapi gwiyomi ni kira okei la kalau nak dibandingkan dengan dua tarian ntah pape tu..


memula aku pun tak tau pasal gwiyomi ni. bila aku pegi umah kawan aku,, ada la sorang kawan aku ni duk tengah usha video kat youtube sambil buat gaya. picit picit muka la,, cium jari bagai. hishh,, ape benda la minah sorang ni buat sebenarnya?? last last aku pun terjebak sama. haha. 

dah macam macam video gwiyomi aku tengok kat youtube. dari budak kecik, pompuan, lelaki sume nak buat video gwiyomi masing masing. sampaikan yang 'auww' pun ada jugak buat video gwiyomi. kalau yang betol betol cute tue memang best je tengok video dorang. tapi kalau yang tak berapa nak cute tue,, rasa nak bagi penampar je. pastu yang terlebih gedik pun ada. macam macam ada. 

pada yang belum pernah tengok video gwiyomi, boleh la tengok kat bawah ni tapi versi cartoon je. so takdela sakit hati sangat kan.. enjoy ^^

video


kat bawah ni pulak 6 step gwiyomi. so bolehla di praktiskan bersama time boring mahupun sewaktu mengisi masa lapang anda. hehe. senang je...

step 1 - cucuk muka uolss dengan dua jari telunjuk. pastu senyum manja gitu..
step 2 - buat peace dan letak kat kepala dan gerak gerak ciket. 
step 3 - buat macam gaya okei. sama macam dalam gambar. susah pulak nak explain. hehe.
step 4 - gaya dia lebih kurang macam nak tumbuk orang tapi dalam versi cute gitu..
step 5 - buat bentuk love. ala,, sweeet sangat awak. *tetiba meroyan*
step 6 - hah, cium la jari korang sampai cukup enam jari. pastikan jari last tue ibu jari dan buat bunyi 'mmuahh' sekuat hati.



selamat mencuba ^^

Monday, 22 April 2013

tabung

Pepatah ada menyebut," sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". 
Macam tu la diibaratkan kalau kita suka menabung. 
Walaupun sikit jumlah duit yang kita menabung,
 makin lama duit tu akan bertambah. 

seingat aku masa aku kanak-kanak ribena dulu,
 aku ni malas menabung tapi beriya nak bukak akaun bank. 
sebabnya,,
 nak tabung bangunan tabung haji tu .hehe. 
Duit tabung aku memang tak sempat nak penuh. 
tapi aku dah amik untuk beli something. 
Hurm,, dari kecik dah tak reti nak berjimat rupanya aku ni.

Baru-baru ni aku ada beli tabung.




Dah masuk u ni baru nak start menabung. 
kecik kecik dulu kan malas.
Comei kan tabung aku??
*hihihi*

Last but not least,,,,

Sedikit renungan bersama :

Apa sebabnya kita menabung? dah tentu untuk masa depan kan? Macam tu juga halnya dengan hidup kita kat atas dunia ni sebagai hamba Allah. Setiap hari sebenarnya kita sedang menabung untuk akhirat. Setiap amalan yang kita lakukan akan masuk tabung kita sendiri. Kita akan gunakan hasil tabung kita nanti di akhirat. Pahala dan dosa kedua-duanya boleh diibaratkan sebagai tabungan kita. Namun dosa itu ibarat duit yang dah tak laku. Jadi bayangkan setiap hari apa yang kita isi dalam tabung kita Ya, tabung kita makin bertambah tapi adakah kita pasti tabung kita penuh berisi duit yang laku? Atau dipenuhi duit yang dah tak laku? Di akhirat nanti kita mungkin kaya tapi tiada guna kalau kaya dengan duit yang dah tak laku. 

Oleh itu mari la sama-sama kita muhasabah diri. 
Sesungguhya manusia memang tak lepas dari melakukan dosa. 
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita~amin




Thursday, 4 April 2013

Dulu benci sekarang suka?



Assalamualaikum


Ya, dulu benci sekarang suka. *blushing*
Ini bukan entry cinta okei. Saja ja gempak.
Sebenarnya kali ni aku nak citer pasal CRISTIANO RONALDO.
Sape tak kenal pemain REAL MADRID yang hensem lagi femes ni.
Memang ramai kot yang minat dia.

Seyesly aku minat bola sebab player dia hensem. *hehe*
Macam aku minat KAKA
So aku akan sokong pasukan yang KAKA masuk.
Dulu AC MILAN,, 
but now REAL MADRID *huyeeee*

Tapi laen hal dengan CR,,
walaupun dia hensem,,
aku tetap tak minat dia sebab dulu dia main dalam MU,,
 dan aku anti MU.

Tapi akhir-akhir ni,,
banyak citer menarik pasal CR yang aku baca kat internet,,
Dan menyebabkan aku respect dan minat dekat CR,,
very much..

Sama macam aku minat KAKA.
Tapi okei jugak aku minat CR,,
since dia pun main dalam REAL MADRID jugak sekarang.
ngeeee~

Antara citer pasal CR yang aku baca :

Ni bukan citer. 
Gambar ni aku jumpa kat internet.
*masa aku tengah google gambar KAKA*
Omo~ CR pakai kopiah kot.




Aku baca pasal CR yang sanggup 
dermakan kasut emas yang dia dapat untuk Palestine.



     
CR sekarang ni berkawan baik ngan OZIL, 
juga pemaiain REAL MADRID.
 OZIL ni Islam tau,, 
dan yang paling menarik, 
CR keluarkan kenyataan yang dia minat nak belajar
Al Quran sebab dia selalu dengar Ozil baca Al Quran




Pernah sekali CR menolak untuk tukar jersey dengan pemain Israel.
sebagai protes terhadap
tindakan Israel yang menyerang Palestine.



Lepas baca citer-citer tersebut ,,
aku respect sangat dekat CR walaupun dia belum lagi memeluk Islam.
Aku doakan semoga Allah membuka pintu hati CR untuk memeluk Islam.
Semoga dia mendapat Hidayah daripada Allah. 
Amin~


gambar : from pakcik google
p/s : kalau ada test mesti semangat buat entry. apakah?