Sunday, 18 March 2012

POTENSI

Assalamualaikum





Hari ni saya nak kongsi input2 yg saya dpt ketika mghadiri bengkel motivator muda Islam semalam. Alhamdulillah bengkel tersebut byk memberi ilmu yg sgt berguna walaupun pada awalnya saya hanya join utk suka2 sebab saya ingat ianya sekadar program motivasi tapi saya silap kerana sebenarnya program tersebut adalah bengkel utk menjadi seorg motivator. haha. saya sekadar tergelak sendiri krn tiada langsung dlm pemikiran saya untuk menjadi motivator,, Yela nak present kat depan kelas pun ketaq kepala lutut lagi. 


Tapi saya tetap mengikuti bengkel 2 sampai habis dan mengambil ape yg disampaikan dan cuba kaitkan dgn minat dan bidang saya serta kehidupan saya. saya juga percaya yg semua org boleh applykan dlm kehidupan msg2 walaupun di bidang dan situasi yg berbeza.


Dalam bengkel tersebut ada habaq, untuk berjaya dalam apa jua yg kita lakukan kita harus memiliki ENERGI dan SINERGI. Semua org telah memiliki energi. Terdapat tiga jenis energi di dalam diri kita iaitu kinetik, potensi, dan internal. Kenetik adalah perbuatan yg kita lakukan melibatkan pergerakan dan semua org nampak. betul? Manakala  internal pula amalan2 rohani yg kita lakukan seperti solat dan puasa.  Semuanya juga dpt dilihat, bukan? Akan tetapi potensi adalah sesuatu yg subjektif dan tdk dpt dilihat. maksudnya di sini setiap orang telah dilahirkan dgn potensi masing2. ia bergantung kpd kita utk menggunakannya atau tidak.


Energi sahaja tidak cukup untuk kita berjaya. Ya, gabungan sinergi akan membawa kita ke arah kejayaan. Sinergi 2 ape ea? okei,, sinergi adalah suatu rangsangan dan dorongan kerana ntuk berjaya kita harus mempunyai pendorong . Tidak kiralah ape sahaja benda yg boleh mndorong kita. Sebagai contoh mudah, esaimen. Bayangkan jika lecturer kita tdk menetapkan due date utk kita menghantar esaimen tersebut, sudah pasti esaimen tersebut tdk akan pernah siap. betul? Jadi ape yg mendorong kita utk siapkan tugasan tersebut? Yup, due date itu sebenarnya dorongan kpd kita dan kita berjaya menyiapkan esaimen tersebut. Selain itu kita harus mengubah mentality dan persepsi kita. Sebelum 2 meh kita cuba game yang dibuat kat bengkel tadi. Ikut step2 kat bawah dgn betul :


1) Angkat kedua2 tangan kedepan ( spt ingin menanggung sesuatu ) *betul ke bahasa?hehe
2) Pejamkan mata anda
3) Bayangkan warna putih
4) Pada masa yg sama tarik nafas dan hembus nafas
5) Lakukan step 3 & 4 selama beberapa saat sehingga anda berasa tenang
6) Bayangkan seketul batu yg berat di letakkan di atas tangan kiri anda
7) Terus bayangkan batu yg lebih besar dan sangat berat di letakkan di tgn kiri anda tersebut
8) Bayangkan beberapa saat batu yg berat di tangan kiri anda
9) Buka mata dan lihat perbezaan kedudukan tangan kanan dan kiri anda


Dah cuba game kat atas ? Best kan? Time saya try game kat atas 2, memang tangan kiri saya rasa saaaangat berat dan lenguh. Maksudnya kat sini, mind set kita sebenarnya yg menyebabkan tangan kita rasa berat walaupun tiada batu di tangan kita. Benda2 positif seperti warna putih dan oksigen juga membantu mendorong mentality kita.


Kesimpulannya, untuk berjaya kita harus menggunakan potensi yg ada pada diri kita dengan cara yg betul. Jadikan pendorong sebagai pemacu kita ke arah kejayaan serta ubah sistem kepercayaann kita dan kawal mentality kita. InsyaAlah kita akan beroleh kejayaan yg kita impikan.


p/s: senyum kerana anda ada potensi untuk berjaya:)


" When you don't give up you cannot fail ''


credit to : Bro Muizzuddin Mukhtar ( pengasas dan perunding latihan & motivasi sepenuh masa di Itqan Partner Training & Consultancy )


No comments:

Post a Comment