emmm.. sepanjang 20 thn aku idup ni kan, ada la beberapa peristiwa misteri yg pernah aku lalui tp xda la mengerikan sgt kot kalo nak compare ngn kisah2 org laen. jumpa ngn makhluk halus face to face pun aku tak pernah. kalo stakat makhluk halus cam semut, anai2, lalat 2 selalu. hihi. kadang2 aku pernah terpikir, camane agaknya rupa makhluk halus neh? tapi bila pikir balik,,, syukur Alhamdulillah la sbb xpernah terserempak ngn makhluk2 di alam ghaib 2. sbb ada sesetengah org Allah da bukak hijab pandangannya dan org tersebut akan nampak benda 2 berkeliaran. eiii, ngeri je bunyinya. okei, jum check it out koleksi kisah seramku,,
1) dengar suara perempuan mengilai
peristiwa ni berlaku time aku kanak2 ribena lagi. time 2 aku tgh maen2 ngn spupu spapat aku kat luar rumah di waktu malam. biasa la kat kg, rumah pun dekat2 je. lagipun ada lampu jalan kt area umah aku jadi xdela takot kan. tengah syok maen2 tetiba aku dgr suara pompuan mengilai datang dari pokok mangga tak jauh dari tempat kitorang tgh lepak. first2 dengar aku wat tatau je sbb ingat aku je yg dengar. lepas 2 dia bunyi lagi. masing2 berpandangan. rupa2 nya semua dengar suara 2. kitorang pun apa lagi, sepantas kilat lari masuk rumah aku sbb paling dekat ngn tempat kejadian. haha. 2 la sape suh maen luar rumah malam2 kan.
2) kena tindih
okei, mesti ramai yg pernah alami benda ni kan? aku pun selalu dgr citer dr kwn2. yg duk kat hostel la biasanya alami benda ni. mula2 aku tak tau ape benda kena tindih ngn hantu ni. mungkin sbb time skolah aku xbiasa duk hostel, pernah tapi setahun je. sampaila aku masuk asasi pd 2010. da duk jauh memang kena duk hostel la kan. time ni la aku stat kena. memang la xrasa takut sgt time kena tapi rasa dia memang xbest sangat. kita macam sedar tapi tak boleh nak wat pape. nak menjerit suara xkuar. bila da terlepas memang agak susah nak lelapkan mata. ada kes yg aku dgr sampai sesak nafas dan nampak benda yg tindih dia. huhu. takotnya~
3) makhluk dlm video
peristiwa ni baru je berlaku. awal bulan lepas. nak dijadikan citer aku ngn dua org kawan ni pegi la dekat sebuah tasik kat dalam kawasan u aku jgk tp agak terpencil sbb nak ciapkan esaimen. walaupun seberang tasik 2 dikelilingi hutan, kitorg pegi jgk sbb konsep video kitorng nak wat ni scene dia ala2 hutan gitu. ciap record sume kitorg pun balik. time record 2 memang tak perasan lgsung tapi bila tgh edit2 gamba,, sekali aku nampak something kat dlm video 2. oppss~ masing2 da cuak. tapi nasib baik xda pape berlaku. yela, mana tau ada benda ikot balik ke. nauzubillah~ sebenarnya kat video 2 ada macam imej budak tengah senyum. toyol kot. atau mungkin jgk imaginasi aku je. wallahua'llam~
ni ha video. boleh la tgk sendiri.
cukupla setakat ni dulu aku menulis. sebenarnya curi masa study kejap ni sbb da tepu sgt kepala otak. hehe.
p/s: kalo jumpa hantu jgn lari sbb mereka jgk ciptaan Allah macam kita :) ada bran ke? hehe^^
hahaha , nasib baik x sempat ambik video yg aku jatuh...biru kot bahagin 'tut'...hahaha
ReplyDeletetobak x se g dh kat tasik fem uh..haha
haha,,kalu ada nk boh jgk braso vdeo 2.haha
Delete