Wednesday, 24 April 2013

gwiyomi


mesti ramai yang dah tahu pasal gwiyomi ni kan? confirm tau.. sekarang,, fenomena dari korea ni dah mula menular kat negara kita. pada yang tak tahu, gwiyomi ni sebenarnya beberapa 'step cute' yang direka untuk satu lagu. macam macam kan. dulu fenomena gangnam style,, pastu harlem shake. sekarang ni gwiyomi pulak. tapi gwiyomi ni kira okei la kalau nak dibandingkan dengan dua tarian ntah pape tu..


memula aku pun tak tau pasal gwiyomi ni. bila aku pegi umah kawan aku,, ada la sorang kawan aku ni duk tengah usha video kat youtube sambil buat gaya. picit picit muka la,, cium jari bagai. hishh,, ape benda la minah sorang ni buat sebenarnya?? last last aku pun terjebak sama. haha. 

dah macam macam video gwiyomi aku tengok kat youtube. dari budak kecik, pompuan, lelaki sume nak buat video gwiyomi masing masing. sampaikan yang 'auww' pun ada jugak buat video gwiyomi. kalau yang betol betol cute tue memang best je tengok video dorang. tapi kalau yang tak berapa nak cute tue,, rasa nak bagi penampar je. pastu yang terlebih gedik pun ada. macam macam ada. 

pada yang belum pernah tengok video gwiyomi, boleh la tengok kat bawah ni tapi versi cartoon je. so takdela sakit hati sangat kan.. enjoy ^^

video


kat bawah ni pulak 6 step gwiyomi. so bolehla di praktiskan bersama time boring mahupun sewaktu mengisi masa lapang anda. hehe. senang je...

step 1 - cucuk muka uolss dengan dua jari telunjuk. pastu senyum manja gitu..
step 2 - buat peace dan letak kat kepala dan gerak gerak ciket. 
step 3 - buat macam gaya okei. sama macam dalam gambar. susah pulak nak explain. hehe.
step 4 - gaya dia lebih kurang macam nak tumbuk orang tapi dalam versi cute gitu..
step 5 - buat bentuk love. ala,, sweeet sangat awak. *tetiba meroyan*
step 6 - hah, cium la jari korang sampai cukup enam jari. pastikan jari last tue ibu jari dan buat bunyi 'mmuahh' sekuat hati.



selamat mencuba ^^