dulu fenomena rempit agak famous di malaysia sehinggakan banyak citer citer melayu memaparkan citer yang berkaitan rempit contohnya kl menjerit, remp-it, adnan sempit dan banyak lagi. mat mat rempit pun agak femes dan naik saham masa tue sebab ramai yang cakap cakap pasal dorang. kat sekolah pulak isu rempit jadi bahan utama pengajaran sebab jadi soklan spot untuk upsr. pendek kata semua orang dah tahu dan arif dengan maksud rempit. so tak payah la aku susah susah nak explain panjang lebar kan? hikhik *tue je motip aku sebenarnya*
tapi sekarang ni isu rempit tak lagi menjadi topik hangat perbincangan atau cerita kedai kopi dah. sekarang sumer duk sibuk pasal isu minyak naik woo. jugak isu tembak menembak yang semakin menjadi jadi kat malaysia. *da macam kat thailand pulak*
disebabkan isu ni semakin suram la. lalu aku mengambil keputusan untuk mengambil alih kerja mat mat rempit di malaysia. haha. takdela,, semalam aku keluar ngn kawan aku naik moto pergi makan makan. esaited sebab tak pernah naik moto malam kat sini. hihi. biasa keluar naik keta, ni naik moto lain rasa dia. tapi betol la teori aku, ramai mat rempit da pencen sebab da tak femes kan. sebab masa naik moto takde pulak aku nampak mat mat moto berkeliaran kat jalan raya. Alhamdulillah. takde la takot sangat kan aku sebagai seorang perempuan nak bawak moto * atau bonceng moto* hehe
tapi tetap kena ambik langkah berjaga-jaga semasa naik moto malam. pastikan anda tidak melalui jalan yang sunyi dan gelap. pastu side mirror kena ada dan sentiasa awasi belakang anda. mana la tahu kot la ada yang mengekori anda. jangan bawak slow sangat nanti senang pulak orang nak dekati anda. tapi bawak laju sangat pun tak digalakkan jugak, kang ada lubang kat depan tak sempat pulak nak elak. tak pasal pasal terjun lobang. ha sape yang dapat sakit? kita jugak kan..
so berhati- hatila di jalan raya, tak kisah la anda bawak moto atau kereta. atau apa saja kenderaan kat atas muka bumi ni. jangan fikir jalan raya ni kita punya ye. keselamatan jalan raya tanggungjwab kita bersama :)
dan akhir kata sebagai renungan kita bersama...
No comments:
Post a Comment