Monday, 3 June 2013

study week~

study week dah start. 
ramai jugak kawan kawan aku yang berstudy week kat rumah masing-masing.
 aku masih setia kat sini.
 ikutkan hati aku pun nak balik. 
nak jumpa family, nak pegi kenduri kawin, nak pegi jalan jalan. 
tapi aku tak boleh balik.
 tunggu habis exam baru aku balik. huhu. 
bukan apa, kat rumah aku tak study. 

minggu lepas bebudak tamhidi da start daftar masuk sini. 
asal study week je ada la benda kacau. 
tiap malam ada buat program, pastu pasang speaker kuat kuat.
 mesti la rasa terganggu. 
dorang tak fikir langsung pasal kitorang yang bilik tepi cafe ni. 
issshh.

pastu bebudak tamhidi ni suka suki je tegur aku macam ni..

"awak, awak.. kat san ada jual apa eh? nasi ada tak?"

hamboi bahasa adik-adik. 
'awak' dia panggil aku? 
tiga tahun kot beza umur. 
dia tak nampak ke muka aku matured gila ni? 
yela aku tahu aku sangat selekeh tapi mana boleh macam tu. 
sentap tau adik panggil akak macam tu.

lagi,, area hostel sudah dipenuhi the boys. 
so tak boleh mengusha dari tingkap sesuka hati dah.
 silap silap dorang lalu tepi blok. 
pegi buang sampah la.
 macam macam la bebudak ni.
 pendek kata da tak bebas macam dulu dah.

study week sume pakat stress.
so sekarang memang kena jaga adab sopan dengan kawan kawan. 
silap cakap, silap perlakuan nanti ada yang terasa dan sewaktu dengannya.
 macam aku pun, 
kat bilik kalau housemate buat benda bodoh siket memang rasa berapi je nak marah. 
biasa tak pun. 

so moral of the story,
 masing masing kena pandai kawal emosi. 
jangan biarkan benda ni menguasai diri kita.

 gud luck final exam sumer :)