Monday, 22 April 2013

tabung

Pepatah ada menyebut," sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". 
Macam tu la diibaratkan kalau kita suka menabung. 
Walaupun sikit jumlah duit yang kita menabung,
 makin lama duit tu akan bertambah. 

seingat aku masa aku kanak-kanak ribena dulu,
 aku ni malas menabung tapi beriya nak bukak akaun bank. 
sebabnya,,
 nak tabung bangunan tabung haji tu .hehe. 
Duit tabung aku memang tak sempat nak penuh. 
tapi aku dah amik untuk beli something. 
Hurm,, dari kecik dah tak reti nak berjimat rupanya aku ni.

Baru-baru ni aku ada beli tabung.




Dah masuk u ni baru nak start menabung. 
kecik kecik dulu kan malas.
Comei kan tabung aku??
*hihihi*

Last but not least,,,,

Sedikit renungan bersama :

Apa sebabnya kita menabung? dah tentu untuk masa depan kan? Macam tu juga halnya dengan hidup kita kat atas dunia ni sebagai hamba Allah. Setiap hari sebenarnya kita sedang menabung untuk akhirat. Setiap amalan yang kita lakukan akan masuk tabung kita sendiri. Kita akan gunakan hasil tabung kita nanti di akhirat. Pahala dan dosa kedua-duanya boleh diibaratkan sebagai tabungan kita. Namun dosa itu ibarat duit yang dah tak laku. Jadi bayangkan setiap hari apa yang kita isi dalam tabung kita Ya, tabung kita makin bertambah tapi adakah kita pasti tabung kita penuh berisi duit yang laku? Atau dipenuhi duit yang dah tak laku? Di akhirat nanti kita mungkin kaya tapi tiada guna kalau kaya dengan duit yang dah tak laku. 

Oleh itu mari la sama-sama kita muhasabah diri. 
Sesungguhya manusia memang tak lepas dari melakukan dosa. 
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita~amin