Tuesday, 22 May 2012

special day !!

assalamualaikum ~

untuk pengetahuan semua, hari ni adalah hari yang saaangat special.
yeke?ada ape?

"besday aku ke?"
"dah lama lepas okei !"

"emmm,, anniversary ea?"
" hello, aku tak kawen lagi eh."

takdela, sebenarnya hari ni adalah 1 REJAB.


















so? ape yang special sangat?
haaa, mestila special sebab setahun sekali je ada. tak gitu?
bulan rejab ni sangat special sebab ia adalah bulan Allah.
selain itu jugak, banyak peristiwa2 hebat telah berlaku di bulan rejab antaranya :


  • hijrah pertama
  • isra' dan mikraj
  • perang Tabuk
  • pembebasan Baitul Maqdis
  • kelahiran Imam As-Syafi'e

jadi kita sebagai umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan2 sunat seperti :

  • berpuasa
  • bersedekah
  • membaca Al-Quran
  • berzikir

Insyaallah kita akan mendapat keberkatan di bulan rejab ini dengan memperbanyakkan amalan2 sunat kat atas ni. selain itu, hati kita juga akan menjadi tenang dan terasa dekat dengan Allah.

p/s: sama-sama la kita merebut peluang yang ada untuk beribadat kepada Allah:)