Saturday, 26 May 2012

celebrate bday !

Assalamualaikum

semalam sempat celebrate bday my fren. 
hepy besday my fren!!

ucapan kejap :

sblom 2 kami nak mintak maaf,,
sbb telah menyiksa batin hang dgn komplot kami.*hehe*
xdela kejam sgt kan? heee:) 
hang untong sbb utk bday kali ni xda maen tepung tau.*tension n jeles*
kitorg bagi special solution je kat hang. muahahaha*gelak jahat*
tp xpe sbb tangan hang je yg rasa benda 2.
yela,, nak hadiah kena la bekorban cket kan?

berbalik kpd citer aku, plan celebrate bday ni da beberapa hari dilancarkan.
kami ramai2 komplot xnak wish bday kat kwn aku 2.

simptom2 yg dialami bday girl apabila kwn2 rapat tak wish bday :

 nanges sorang2 atau hampir nak nanges*bagi yg kuat semangat*

tak bleh tido di malam bday
 status yg sedeh2  je kat fb*gelak guling2 bila baca*

 jumpa kat blok pun buat tataw* dahsyaaat woo*


then, kitorang wat tataw je dgn simpton2 yg dialami beliau. 
kitorg biar je dulu dia layan perasaan sampai sehari beberapa hari. *jaat betoi*
malam kejadian, tiga drpd kami (geng yg xwish) ready dengan makanan2 dan kek. 
sorang lagi jadik pelakon terbaik dgn berdrama bagai. 
yela, nak ajak turun malam2 buta bukan benda senang. 
nampaknya idea isi air kat water cooler membantu.*hehe*
bila dorang da otw balik, kitorg pun buat2 ajak makan same2 kat bangku depan blok.
bila bday girl dah mai,, kitorng pun ramai2 nyanyi...

hepy bday to you,,,
hepy bdayto you...

sampai habis.*malas plak aku nak tulis*
reaksi bday girl?
pelakon terbaik la org pertama yg kena baling dengan jajan.*haha*
kitorang bertiga selamat.*heeee*
pastu makan2 macam besa je. 
bday girl pun da hepy.
dan,,,,, sebelom tutup majlis, ada satu lagi komplot cabaran menunggu.
tapi dah kira nasib baik bday girl kali ni sbb xde adegan baling2 tepung.
kali ni kitorg bagi 'special solution'.
tapi bukan untuk mandikan bday girl pun.

kitorng wat cenggini,,
untuk dapatkan hadiah, 
bday girl kena berkorban dengan mencari barang 
kat dalam bekas yg mengandungi special solution 2..

antara ramuan special solution ialah:

serbuk kari
salad
milo yang da expired
tulang2 ayam
serunding
sagun

dan yang paling besttt,, BUDU sebanyak 3/4 botol.*kakhkahkah*
memang busuk gila ah solution 2.

setiap hadiah ada kod yg berlainan dan bday girl perlu carik.
macam hadiah aku, dia kena carik gelang getah. 
memang sampai bawah la bday girl kena masukkan tangan.*haha padan muka*

setelah bertungkus lumus,,*hampir nak termuntah*
berjaya jgk bday girl dapatkan barang2 kat dalam bekas special solution 2.
kesimpulannya, plan bday kali ni berjaya dengan jayanya.*heeeee*

p/s: sape2 yang xda idea nak celebrate bday bleh la try cara ni:)




Tuesday, 22 May 2012

special day !!

assalamualaikum ~

untuk pengetahuan semua, hari ni adalah hari yang saaangat special.
yeke?ada ape?

"besday aku ke?"
"dah lama lepas okei !"

"emmm,, anniversary ea?"
" hello, aku tak kawen lagi eh."

takdela, sebenarnya hari ni adalah 1 REJAB.


















so? ape yang special sangat?
haaa, mestila special sebab setahun sekali je ada. tak gitu?
bulan rejab ni sangat special sebab ia adalah bulan Allah.
selain itu jugak, banyak peristiwa2 hebat telah berlaku di bulan rejab antaranya :


  • hijrah pertama
  • isra' dan mikraj
  • perang Tabuk
  • pembebasan Baitul Maqdis
  • kelahiran Imam As-Syafi'e

jadi kita sebagai umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan2 sunat seperti :

  • berpuasa
  • bersedekah
  • membaca Al-Quran
  • berzikir

Insyaallah kita akan mendapat keberkatan di bulan rejab ini dengan memperbanyakkan amalan2 sunat kat atas ni. selain itu, hati kita juga akan menjadi tenang dan terasa dekat dengan Allah.

p/s: sama-sama la kita merebut peluang yang ada untuk beribadat kepada Allah:)


Wednesday, 16 May 2012

DERMA DARAH !

Semalam kat university aku ada buat program food product development atau nama pendeknya fpd. Program ni khusus untuk third year students course aku iaitu food biotech bagi melancarkan product makanan yang mereka buat. Wah, nanti aku pun kena buat product jugak. Tak sabar rasanya. Hehe.

Okei dah. Bukan nak citer pasal fpd la, nak citer pasal derma darah. Selain ada aktiviti rasa2 makanan *aku xsempat rasa satu pun :(*, ada jugak aktiviti derma darah, bukan dara eh ! Derma darah ni terbuka kepada semua yang nak derma dan layak menderma. 

Antara syarat2 layak menderma ialah :

1) umur mestilah 18 tahun dan keatas.*tapi kalo dah tua sgt pun tak digalakkan kot*
2) berat pulak mesti lebih 45kg.
3) sihat tubuh badan.*maknanya tak boleh kalo demam ke, sakit kepala, sakit gigi dan selesema.
4) pada gegirl yang uzur syar'ie pun tak boleh eh.

Ha, ni baru syarat2 umum. Kalau da pass belum tentu dapat derma lagi tau. Ni macam ujian saringan je. Lepas isi borang kena buat ujian darah dulu. Yela, mana tau ada penyakit ke apa, takkan nak bagi darah yang tak sihat kepada pesakit. Tambah sakit la orang tu nanti. Ujian darah termasuk la check tahap HB darah, paras gula dalam darah. Semua tu kena menepati tahap yang dorang nak iaitu berada pada tahap normal. Kalau hb darah kena lebih 12.5. Paras gula tu tak sure pulak. Blood pressure pun dorang check jugak. Da macam buat medical chek-up dah.

Bila da pass sumer, barulah boleh derma darah. Mula2 suntik ubat dulu pakai jarum kecik. Rasa dia mestila macam kena gigit semut je kan? Pastu nurse masukkan jarum yang besar dan panjang kat lengan. Memang ngeri la tengok. Kalau tak kuat semangat boleh pengsan kot. Jarum ni disambung ngan tube untuk salurkan darah ke dalam bag darah. Wah! Excited sangat tengok darah mengalir masuk beg darah. Lebih kurang 5 minit, penuh satu bag. Sekejap kan? Tapi ada je yang lama, setiap orang berbeza mengikut tekanan darah kot.*main hentam je aku*

Excited je aku cerita sal derma darah, sebenarnya aku tak derma darah pun. Hehe. Aku bukan takut tapi tak pass syarat no.2 la. Bila agaknya aku nak gemuk? Makan da banyak tapi berat badan tak pernah nak naik. Lagi turun ada la. Tension betul !

Pada yang berjaya menderma darah 2, aku ucapkan syabas dan tahniah sebab bukan semua orang ada peluang nak derma darah ni. Lagipun derma darah ni dapat banyak pahala tau, selagi darah tu mengalir kat badan orang yang terima darah kita, selagi 2 la kita dapat pahala. Bestnya! 

p/s : nak cuba naikkan berat badan, mana tau dapat derma darah jugak nanti !

Friday, 11 May 2012

LAB CHEMISTRY TERBAKAR !!

Haha. Jangan nervous dulu baca tajuk kat atas.
 Takdela terbakar sampai kena panggil bomba pun. 
Saja nak gempak lebih. Hehe.

Semalam macam biasa ada lab analytical chemistry. 
Tengah syok buat experiment, tiba-tiba aku tengok dorang bising2. 
Pastu aku nampak api menyala agak besar jugakla kat atas meja expriment. 
Dahsyat woo. Sume dah panic, tak tau nak buat ape. 
Lab assistant pun terkejut. mungkin tak pernah jadi dlm sejarah kot. Haha. 
Ganaih betoi dorang wat exp. sampai terbakar. *mentang2 dah last lab practical*. Haha. 
Tak pernah lagi seumur hidup aku buat exp. sampat terbakar ni. 
Paling teruk pun pecah test tube. *minggu lepas punya exp*. Hehe.

Then salah sorang dak kuliah kitorang dgn pantas amik alat pemadam kebakaran 
dan meredakan keadaan kelam kabut 2. 
Fulamak,, jadi hero kejap ye. Bangga la tew. 
Pastu, asap pun dengan hepinya mula tersebar di ruang2 udara lab. 
Uhuk2. sumer da stat batuk dah. Asap dia busyuk la. Bau chemical. Huhu.

Nak dijadikan citer aku ada bawak masuk handset semalam
.*bukan biasa pun bwk masuk gak ke?* Emm,, jap nak pikir. Heee(^_^)
So, sempatla merakam detik bersejarah itu. Yuhuu! 
Tapi malas plak nak upload video memandangkan wifi kat hostel yg lembab  bak siput khinzir. 
*sopan kan saya?*

Gambar pun da kira okei la kan? Meh kita tgk gambar2 kejadian...



Ini adalah antara kesan2 yg boleh dilihat akibat kebakaran yg berlaku semalam.
Fuh,, da macam berita la plak. Hehe.

Cetengok betol2 yg wane kuning tuh, nmpak mcm paip biasa kan? 
Tapi benda 2 la yg menyebabkan kebakaran sbb itu adalah sumber gas. 
Getah yg dorang sambung kat paip gas 2 tiba2 tecabut, sbb 2 la terbakar. 

Test tube stand *wane putih yg ada lubang2 tu*
pun turut sama menjadi mangsa.
 kesian beliau !




Lantai menjadi putih. Ni sebenarnya kesan drpd sembur pemadam api tu.

Lastly, 
pesanan kepada sume dak2 lab, 
berhati-hati la apabila anda berada di lab krn malang tdk berbau. 
Ni baru cket terbakar. 
Tapi x mustahil boleh berlaku letupan kat lab tau ! 
Sebab kat situ kan byk bahan kimia. 
Jadi praktikkan segala langkah2 keselamatan di lab,, 
supaya keselamatan anda terjaga,

Assalamualaikum:)




Tuesday, 8 May 2012

sukenya !!

Gumbiranya ! Hepinya ! 
*xyah nak gedik sgt la kan

Hehe. Akhirnya siap jgk header utk belog senyum ni.

Walaupun xsecantik dan cute sgt mcm header blog lain tapi aku tetap hepy dan puas hati sbb header tu hasil usaha dan kreativiti aku sendiri tau! 

Aku buat pakai adobe photoshop, tu pon blaja melalui intenet. 

Ada la dalam dua tiga jam jugak duk buat benda yg tak brapa berfaedah ni. 

Kalau study da habes satu chapter pun. Hehe.

Nak bagi tau satu rahsia, kalau korang teliti betul2 header kat atas memang banyak sangat la cacat celanya tapi buat tataw je la eh.:)

Yela,, saya kan budak baru belajar. 

Bila ada masa free nanti aku nak buat balik kasi perfect !!

Sekarang ni tak boleh nak mengadap benda alah ni sangat 
sebab exam da dekat,, off cos la study lagi penting utk aku.

k,, daaaaaa !!

Tuesday, 1 May 2012

SUPER SPONTAN !!

Baru habis tengok koleksi2 super spontan dgn roomate. Biasala, esok kan cuti. 1 mei kan hari pekerja. Disebabkan 2 jgkla aku yg bukan pekerja pun dpt cuti dan masih besaq bijik mata walaupun da dekat pukul 3 pagi. Mata masih tak ngantuk. Perut pun tak hilang lagi sakit sbb gelak byk sgt. Ni semua gara2 tgk super spontan, memang lawak sgt2 la. Nak pecah perut gelak. *saja hiperbola cket

Aku sokong kumpulan Angsa Ganas. huhu. sebab kelakar dan best ! Beruang comel pun lawak gak sbb ada Johan. hehe. Tapi yg paling menarik gabungan Zizan ngn Taukeh masa game demostration pasal ubatkan org sakit. Muka Zizan memang kena ngn gaya Taukeh. Best dan sgt lawak !

Tgh syok tgk game dikir barat time episode 5, terperasan yg Zizan nmpak lesu dan tak sihat. Ciap ngn batuk lagi. Pastu aku baru teringat yg aku ada tertengok kt FB gambar Zizan masuk wad. Masa tu aku nak cpt so tak amik tau sgt la. Sbb tajuk dia pun tulis "seorang ahli kumpulan angsa ganas, zizan masuk wad." aku ingat propa semata-mata. Yela, citer 2 kan biasa buat gimik kan. Ingatkan maen2 je. Tapi bila tgk Zizan memang betul2 tak sihat kt show tadi barula aku pecaye yg Zizan betul2 sakit. 

Nak confirmkan, aku try la google pasal Zizan masuk wad. Pastu jumpala gambar ni..



Jadi, memang confirmla Zizan kat wad. Sakit apa tak pasti plak. Ada cakap radang otot. Gastrik la. Macam2, tak tau yg mna satu betoi. Pepon, semoga Zizan cepat sembuh walau apa jua penyakit yg dialaminya. 

Biasala kita manusia bila2 masa saja Allah boleh turunkan ujian kepada kita. Tujuannya hanyalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Kita sebagai hambanya perlulah bersabar dgn segala cubaan darinya. Sakit itu juga salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa2 kita. :)

Peace ya !