Tuesday, 11 December 2012

blissful weekend


walaupun tengah busy gila gila, weekend yang lepas aku curi masa kejap balik kampung.rindu sangat nak balik rumah. bukan apa, kepala aku dah tak betul sangat. banyak keje yang belum settle. alih alih aku bawa diri balik rumah. humm. dapat jejak kaki kat rumah rasa lega sangat. segala masalah study dan kerja yang berlambak dengan sendiri hilang dari kepala aku. aku balik sehelai sepinggan je. laptop pun tak bawak balik. aku malas nak pikir esaimen atau hal hal berkenaan dengan belajar. ujung minggu ni je aku kalau boleh nak release tension kat kampung halaman.

dapat balik rumah tiga hari macam macam aku buat. hari sabtu aku pergi dusun buah durian. dah lama tak jejak kaki kat sana sebab durian dah lama tak berbuah. kalau ada pun tak banyak. alhamdulillah musim kali ni durian menjadi. dusun atok aku tu berbukit. maka aku terpaksa pungut durian dari bawah bawak naik atas. dah tu, population pacat pun agak besar aku rasa sebab setapak aku melangkah mesti ada pacat. aku bukan takut tapi yela,, tak kan nak bagi darah kat dorang free kot. habesla darah aku.

kebetulan plak masa aku balik sepupu aku baru je bersalin. dia duk ngan nenek aku. so, petang petang aku berangkat ke rumah nenek aku sebab nenek aku plak baru je lepas operate. so tak larat nak jaga sepupu aku berpantang. aku tak buat ape pun.tengok je. baby kecik sangat. tak berani aku nak pegang.

malam plak, aku pegi kedai makan akak aku. tolong tolong mana yang patut. kalau takde costumer kitorang duk kat luar. gosip gosip. tengpk tv sampaila pukul 12 kami tutup kedai. syok sebenarnya. biasa kalau kat hostel time macam ni aku tengah serabut pikirkan esaimen. kat rumah. aku bebas...bebas..

waktu waktu lain pulak aku habiskan masa layan kerenah anak buah dan anak anak sepupu. yang kecik boleh je aku melayan . tapi yang besar siket memang selalu kena ngn aku. nakal sangat. dah macam macam binatang yang ada kat rumah aku mati. anak ayam, hamster, kura-kura. sume jasa dorang la. ish budak2 ni. nak marah lebih2 kang mak plak yang terasa hati.

ni budak banyak cakap~
yang baju biru memang tak makan saman ~

antara makanan yang sempat aku makan kat kampung :

  •  makan nasi kerabu rm3 yang ada ayam besar.
  •  pizza hut
  •  kfc
  •  satay
  •  nasi lemak home made
  •  laksa


pergi bandar toksah cakap la. aktiviti rutin aku kat kampung. pendek kata kat rumah bejalan je kerja aku. memang puas hati dapat balik kampung. sekarang ni rasa bersemangat siket nak siapkan esaimen dan study untuk final. insyaAllah aku boleh !!

p/s : tak sabar nak tunggu cuti sem :)