Saturday 22 December 2012

perempuan dan gambar~

Assalamualaikum.

kali ni aku nak citer pasal tajuk kat atas.
suka begambar tak?
mesti suka kan?
lebih2 lagi gegurl sekalian,,
kompem suka snap gambar.
tak kira tempat,masa dan keadaan,,
mesti nak bergambar.
asal ada camera 
*tak kira la camera phone ke apa*
sume jalan...

tapi kan,,
selalu je bila kita dah pose lawa2,,
ada je yg nak menyibuk masuk gamba kta 2,,
geram betol !!
contohnya....


ce tengok kat belakang. 
menyibuk je pengantin nak inteprem.

tu satu hal,,
kes lain., 
kenkadang tukang amik gamba plak wat hal.
silap buat mode record la plak..
kita kenmain lagi senyum,,
kentut, nafas sume tahan..
boleh plak silap..

tak pun,,
ada kes yang macam kat bawah ni...


nampak tak imej kat sebelah kanan atas?
haa..kacau betol la.
sapela yang jadi cameraman ni.
memang nak mintak penampar.
*maybe ni cameraman yang kurang mahir ^^*

pastu,,
pompuan kalau amik gamba mesti macam ni..

A : dah nak snap ni. satu, dua, tiga ! klik~

B : nak tengok, nak tengok (dengan muka excited)

A : ala tak cantik la.

B : lagi skali,, lagi skali.. (teros pose lagi)

A : okei. satu dua tiga ! klik~


....dan begitula seterusnya.
sampai puas hati barula berhenti.
kan?kan?

tapi aku ngn kawan selalu je ingatkan diri,,
dah kalau memang rupa macam ni,,
amik seratus kali pun takdenya jadi rupa neelofa..

moral of da story,,
kita harusla selalu bersyukur dengan apa yang kita ada,,
contohnya rupa paras yang Allah kurnia kat kita,,
bersyukur je dengan apa kita miliki,,
kalau cantik Alhamdulillah,,kalau kurang siket,,
takpe,,fikir macam ni,,
biar tak berapa cantik,,
yang penting dalaman kena cantik:)

p/s : study week da mula. tapi aku mula update blog plak.hehe



Sunday 16 December 2012

aku stress??


orang cakap tak elok mengeluh sebab masalah.
tapi aku nak jugak mengeluh kali ni.
aku susah nak stress.
exam pun aku jarang sangat nak stress
*except for organic chem ngn pyhsics*
tapi sebabkan esaimen aku boleh stress.
ctps punya pasal.
rasa nak tido je teros.
tapi fikir ni grup esaimen tak boleh la buat camtu.
sekarang ni plak aku takde selera nak makan nasi.
dua hari lepas aku tak makan nasi.
hari ni je makan siket.
esaimen punya pasal.
bila tengah stress,,
benda kecik pun bleh buatkan kita naik angin.
tapi memang takde niat pun.
aku paham sume orang tengah busy.
btw,,
kena sambung buat esaimen lagi.
edit slide ngn buat food tech lagi.
hadoi.

may Allah ease my way. amin~


Tuesday 11 December 2012

blissful weekend


walaupun tengah busy gila gila, weekend yang lepas aku curi masa kejap balik kampung.rindu sangat nak balik rumah. bukan apa, kepala aku dah tak betul sangat. banyak keje yang belum settle. alih alih aku bawa diri balik rumah. humm. dapat jejak kaki kat rumah rasa lega sangat. segala masalah study dan kerja yang berlambak dengan sendiri hilang dari kepala aku. aku balik sehelai sepinggan je. laptop pun tak bawak balik. aku malas nak pikir esaimen atau hal hal berkenaan dengan belajar. ujung minggu ni je aku kalau boleh nak release tension kat kampung halaman.

dapat balik rumah tiga hari macam macam aku buat. hari sabtu aku pergi dusun buah durian. dah lama tak jejak kaki kat sana sebab durian dah lama tak berbuah. kalau ada pun tak banyak. alhamdulillah musim kali ni durian menjadi. dusun atok aku tu berbukit. maka aku terpaksa pungut durian dari bawah bawak naik atas. dah tu, population pacat pun agak besar aku rasa sebab setapak aku melangkah mesti ada pacat. aku bukan takut tapi yela,, tak kan nak bagi darah kat dorang free kot. habesla darah aku.

kebetulan plak masa aku balik sepupu aku baru je bersalin. dia duk ngan nenek aku. so, petang petang aku berangkat ke rumah nenek aku sebab nenek aku plak baru je lepas operate. so tak larat nak jaga sepupu aku berpantang. aku tak buat ape pun.tengok je. baby kecik sangat. tak berani aku nak pegang.

malam plak, aku pegi kedai makan akak aku. tolong tolong mana yang patut. kalau takde costumer kitorang duk kat luar. gosip gosip. tengpk tv sampaila pukul 12 kami tutup kedai. syok sebenarnya. biasa kalau kat hostel time macam ni aku tengah serabut pikirkan esaimen. kat rumah. aku bebas...bebas..

waktu waktu lain pulak aku habiskan masa layan kerenah anak buah dan anak anak sepupu. yang kecik boleh je aku melayan . tapi yang besar siket memang selalu kena ngn aku. nakal sangat. dah macam macam binatang yang ada kat rumah aku mati. anak ayam, hamster, kura-kura. sume jasa dorang la. ish budak2 ni. nak marah lebih2 kang mak plak yang terasa hati.

ni budak banyak cakap~
yang baju biru memang tak makan saman ~

antara makanan yang sempat aku makan kat kampung :

  •  makan nasi kerabu rm3 yang ada ayam besar.
  •  pizza hut
  •  kfc
  •  satay
  •  nasi lemak home made
  •  laksa


pergi bandar toksah cakap la. aktiviti rutin aku kat kampung. pendek kata kat rumah bejalan je kerja aku. memang puas hati dapat balik kampung. sekarang ni rasa bersemangat siket nak siapkan esaimen dan study untuk final. insyaAllah aku boleh !!

p/s : tak sabar nak tunggu cuti sem :)

Wednesday 5 December 2012

Ekspedisi Gunung berembun



Assalamualaikum

Minggu lepas, aku ada mengikuti satu ekspedisi menawan Gunung Berembun. Pernah dengar tak? Gunung berembun ni kat Cameron highland. Ni first time aku hiking. So, sangat excited dan takot pun ada. Nak citer sedikit info tentang Gunung berembun. Ianya mempunyai ketinggian 1,836m dari paras laut. Secara logiknya mesti sejuk kan? Mesti best kan? Haa,, meh sini nak share pengalaman aku hiking kat Gunung Berembun.

Pengembaraan bermula : 30/11/12

Kami bertolak agak lewat. Lebih kurang 11.30 malam baru bertolak keluar dari nilai. Sebab kalau boleh plan sampai sana waktu subuh. So pagi tu boleh terus hiking. Humrm, begitulah perancangannya. Malam tu, kami naik bus baru. Lawa sangat. Siap ada seat belt lagi. hehe. Saja nak bagitau. ^^

dorang excited sebab tak pernah naik bus jalan jauh~

muka takde perasaan~


Dah sampai cameron : 1/12/12

Setelah menempuh pelbagai cabaran, akhirnya kami tiba di cameron highland pada waktu subuh. Kami berenti solat dan makan dekat bandar berinchang kalau tak silap. Dah nama pun cameron, memang sangat sejuk. Lebih sadis time nak amik wudhuk. Eeeeiii, macam pakai air batu. Camanala mereka2 yang duk kat korea boleh tahan sejuk ea? Aku kat cameron pun dah tak tahan.hish.


sejukkkkk~
bajet cool je sume padhal tengah tahan sejuk ~


Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Jabatan perhutanan Cameron Highland. Kat sana ada tersedia camp site dan beberapa kemudahan lain seperti tandas, bilik air dan surau. Kalau nak tau kat sini lagi sejuk sebab dikelilingi dengan hutan hijau .sejuk dan sangat segar. Kat sini kami bercakap pun keluar wap kalau uolls nak tau. Tetiba je rasa macam duk kat obersea. Haha.

Da selesai sesi taklimat dan ice breaking, kami dibahagikan kepada beberapa group kecil. Lebih kurang 6-8 orang setiap grup. Bukan apa, nak mudahkan pergerakan kami time hiking nanti. Masa hiking kami dinasihatkan bawa air dan sedikit snek especially chocolate sebab nak guna banyak tenaga nanti. Kan tak pasal2 pengsan kat atas gunung. 


ready to go ! yeah ! semangat sume~

Okei, bila da ready sume, lebih kurang pukul 10 lebih, kami mulakan pendakian yang dijangka mengambil masa tiga jam. Huh, memang mencabar psikologi nampaknya. On da way nak naik, toksah cakap la. Memang segala bagai cabaran dan onak duri terpaksa kami tempuhi. Haha. tapi nasib baik kat sini sejuk, so takdela berpeluh sangat.  Rasa semput dan penat tetap ada. Penat gila2. awal2 trek dia still landai cuma agak  berair. memang tak best. habis kotor kasut baru i. haha. ada certain tempat tanah dia berlumut. sejuk dan lembut macam carpet. best je pijak. overall, awal2 hiking ni difficulty level dia bagi aku 4/10 kot.


let's go ~


macam carpet kan?


Selepas sejam lebih, kami berenti rehat di persinggahan LBT. kat sini ada disediakan pondok kecil sebagai tempat berehat. first2 kami ingat da sampai puncak sebab rasa dah lama sangat jalan. kejap turun kejap naik. semput den. nak cakap pun dah tak larat. masa ni kami ambil masa untuk refill balik energy yang dah hilang dengan makan chocolate serta minum air. sambil rehat sempat jugak menikmati keindahan alam sebab time jalan mana sempat nak pandang keliling, terpaksa jadi zuhud tengok bawah je sume. bukan apa, kang tak pasal2 jatuh tergolek sebab kat trek banyak akar yang besar2.


haa tengok la akar dia.. besar dan menjala




tak sempai i nak peace ~

selepas lebih 30 minit berehat, *lama gila kot rehat*,, kami meneruskan lagi misi kami untuk menawan gunung berembun ni. jalan punya jalan. nampaknya trek semakin mencabar dengan jalan berselut dan licin. masa ni dah takde jalan landai macam first2 tadi. yang ada cuma jalan yang kadang2 berbatu dan sangat la cerun. fuhhh ! kalau tengok cerun dia memang otomatik akan hilang segala semagat yang ada. difficulty level dia bagi aku 8/10. tak caye? meh nak tunjuk gambar..


omg ~

jalan camni pun bleh jadi trek. kalau tersepit canne??

akhirnya, setelah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian, maka sampaila kami di puncak gunung berembun dengan jayanya. perasaan masa tu,, hepy tapi tak berapa hepy sangat sebab dah terbayang di minda kesusahan yang sama akan aku tempuhi *acece* time nak turun nanti. hoho. tak sanggup. 


semua peserta jelajah siswa~

ni la view dari puncak gunung berembun ~ nyaman


my classmates~

terserlah kepenatan disitu ~


dah puas bergambar bagai. hirup udara segar kat atas gunung. maka kami dengan hati yang tak rela terpaksa  berjalan turun.rasanya nak turun lagi mencabar kot sebab masa ni kaki da stat sakit. jari jemari kaki plak tersangatla pedih sebab banyak pressure kat situ. alahai. pendek kata macam nak naik gunung kali kedua rasa penat dia. masing2 jalan laju gila sebab nak cepat sampai. kepala da tak pikir pape. pikir nak cepat sampai je. memang azab gila la masa turun ni.


ni antara makhluk ciptaan Tuhan yang kami jumpa ~

dalam pukul 3 lebih *kalau tak silap*,, aku sampai balik kat camp site. masa ni la rasa sangat2 lega. tapi yang tak best masalah lain plak datang. kaki ku ke ko uolss ! sakit segala sendi kaki yang ada. apepun, best sangat sebab dapat rasa pengalaman hiking ni. dapat tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. dapat merasai udara nyaman kat hutan. melihat kehijauan hutan. InsyaAllah. kalau ada hiking kat tempat lain lagi aku memang tak nak join dah. da tak sanggup.*hehe*



p/s: lagi best kalau korang rasa sendiri pengalaman hiking kat sana ^^