Saturday, 29 September 2012

family day FB~

Sabtu lepas, 22/9/2012 ,,
telah diadakan family day foodbiotech, 
bertempat di lembah pansung
Kali ni kitorang 2nd year student 
yang bertanggungjawab handle program ni..
dan yang paling menarik,
 family day kali ni disertai semua batch, 1st year sampai 4th year. 
So meriah la siket kalu nak compare dengan sem lepas. 
Disebabkan tempoh perjalanan agak panjang iaitu sejam setengah, 
jadi dalam pukul 7 pagi kitorang dah kena berkumpul kat 
kolej kediaman acacia. 
Maka,, 
aku ngn kawan2 yang duk kat nilam terpaksala bangun awal
dan dalam kul 6.45pagi semua dah kena siap untuk berkumpul kat acacia. 
Pagi tu aku mengantuk sangat. 
Harusla kan,, 
malam semalamnya aku ada meeting kat hep.
*PRK*


Sampai je kat sana,,
aku terus bergegas ke check point yang telah ditetapkan untuk aku handle.
*xsempat nak usha junior2 ensem ^^* 
Eh, lupa plak nak gitau. 
Family day kali ni aku tak participate, aku jaga check point je. 
Nak try jugak jaga check point. 
Bagi chance kat adik2 junior ngn senior2 plak main. Hehe
Aku jaga check point ngn kawan aku. 
Nama dia fatin.
 *saja nak gitau* 
Kat check point kami,,
 dorang hanya perlu maen game yang paling senang.
 Takde main2 air ataupun minum2 air garam. 
Kat tempat kitorang ni kira macam game minda jugakla. 
Nama game ni ialah silent riders.
*entah betol ke idok aku eja* 
Ala yang macam crossword tu., 
Paling penting,, 
soalan2 yang diberikan memang senang sangat. 
Cuma nak main game ni dorang dilarang bercakap. 
Dah nama pun silent kan? 
Kalau bercakap jugak.....
............
........
.....
...
..
.

inilah padahnya,,
hahaaha
*gelak jaat*


haa,, kan dah kena salotape mulut !


dorang ni banyak sangat cakap. haha



Keh keh keh. 
Memang syok gila dapat salotape mulut dorang. 
Nasib la, sape suh cakap kan? 
Tapi bagus jugak dorang cakap, baru happening ciket. 
Bayangkan kalau sume senyap dan ikut je rules game ni? 
Huh. Tak best tak best ! 
Kepada yang kena salotape tu,, 
sorry la ye, kita nak hepy2 je kan. 
Dorang pun sporting je.
Takde yang  marah2. 
Cayalah korang sume !


Lepas habis sesi pagi 
*running man*,, 
ada sesi makan dan solat
sebelum terus kepada sesi kedua iaitu,, 
berakit dan water confident. 


Disebabkan bilangan kami yang agak ramai dan peralatan yang terhad, 
kami dibahagikan mengikut kumpulan. 
Total sumer 9 grup. 
Aku grup 8. 


Memang berjanggut la nak tunggu turn kitorang. 
So kitorang pegi jalan2 maen air sungai. Hehe. 
Air sungai kat situ sejuk sangaaaaaaaat !



menggedik main air sungai~ haha


Pukul 6,, 
majlis penutup dan sesi bergambar.
 6.30 petang bus dah mula bertolak pulang. 
Huhu. 

Tapi ada satu je citer x best masa otw balik nilai. 
Hurmmm,, 
pak cik bus punya pasal !!

Overall,, 
family day kali ni bestttttttt ;)




Monday, 24 September 2012

cerita pilihanraya kampus AKU !!

Disebabkan sume dok sibuk citer pasal pilihanraya kampus (PRK) ,, 
maka aku pun nak citer jugakla. Hehe. 
Selasa ini , 25/9/12 adalah tarikh mengundi dan ni la first time aku akan mengundi. 
So, ada rasa excited jugak la nak mengundi. 
Jumaat yang lepas, calon2 yang bertanding telah menyampaikan manifesto masing2.
Teringin jugak nak tengok tapi disebabkan aku ni SPR universiti *konon la*,, 
maka,,
 aku dan kawan2 yang laen terpaksa bertungkus lumus menyiapkan tugasan kami iaitu,, 
memasukkan poster2 calon ke dalam plastik. 
Korang yang nak bertanding kitorang plak yang penat. Huh ! 
Poster 2 plak banyak sangaaaaaaaaat ! 
Sorang calon dah 500 poster,
bayangkan kalau dah calon berpuluh2 ?? 
Bak kata pegawai HEP, 
" korang nanti jangan mengigau masukkan poster plak tido nanti". 
Haha. 


ngantuk pun still bergambar ~

ajak bergambar terus je xngantuk ~ nang n fatir


Tak cukup dengan 2,, 
malam esoknya *sabtu*,, 
kitorang kena gantungkan plak poster2 
di fakulti masing2. 
Sepatutnya dari pagi lagi aku kena buat keje,, 
tapi hari 2 aku ada family day di lembah pansung, 
*aktiviti course aku*. 
Balik je dari family day,,
kitorang terus ke campus sebab nak balik hostel memang jauh. 
Memang penat xyah cakap la. 
Dengan mandi pun idok. 
Huhu. 
Untuk fakulti aku *FST*,, 
malam tu ada 9 orang yang turun padang. 
Kitorang memang bertungkus lumus la nak habiskan beribu-ribu poster. 
Calon fakulti je dah seribu lebih,, 
tambah lagi dengan calon umum.. 
Memang penat tak terkata la jawabnya. 
Sambil2 buat kerja kitorang 
bergosip, makan, menyanyi dan macam2 lagi 
sebab nak hilangkan mengantuk. 
Lebik kurang pukul 2,, 
kitorang dah tak x boleh nak buat kerja sebab 
mengantuk dan penat sangat2!
So,,,
dorang *senior* hantar kitorang balik dulu.
*Time kasih sangat2 sebab memahami* Hehe.  
Balik2 je terus syahid. ZzzzzZzz.

Then,,baru je tadi,, berlangsungnya meeting kat kampus *HEP*
. Hari ni meeting sebab nak bahagikan tugas semasa hari mengundi nanti. 
Aku telah ditugaskan di bahagian kolej kediaman 1 bersama kawan aku.
 Nama dia Nang.
*saja nak cakap*. 
Haha. 
Kita tengokla macam mana nanti. 
Boleh ke tidak aku buat kerja.
 Ni first time aku terlibat dengan pilihanraya kampus ni. 
Harap2 semuanya berjalan lancar nanti. :)



Thursday, 20 September 2012

hai new semester:)


Pejam celik, pejam celik, cuti sem yg boleh dikatakan agak lama sudah sampai ke penghujungnya. Hampir dua bulan jugakla aku berada di rumah dan sekarang terpaksa menjejakkan kaki kembali ke alam persekolahan. *bajet muda lateww*.

Sepanjang berada dekat rumah, takde citer best pun yg berlaku. Rutin aku cam kebiasaan kat rumah. Makan dan tido. Sekarang ni dah pun masuk minggu ke-2 kuliah tapi baru ada chance nak update belog yg xde orang baca ni.hehe

Azam sem baru : Aku akan cuba sedaya upaya buat yg lebih baik sem ni. Aku akan pastikan benda2 yg xbest di sem lepas tidak akan berulang kembali. Insyaallah. Hehe. Awal2 sem sem memang semangat melampau tapi bila dah stat lecture, tutor dan segala bagai, terus semangat yg berkobar-kobar ni padam. Huhu.

Di awal sem ni banyak pulak program yg kena involve. Sabtu ni ada family day. Selasa minggu depan pulak hari mengundi. Sabtu depan plak kena join hafoss.( halal food seminar ). Tahun ni kan dah jadi senior, so kena la bajet busy ciket.

Camne pun, aku harap semua yang aku kena buat sem ni dapat berjalan dgn lancar. Moga2 Allah permudahkan urusan aku di sini. amin~