bongsu?
yap. kali ni nak citer pasal bongsu. kalau dalam family,
yg bongsu ni la paling org sayang dan selalu family manjakan.
ciap panggil adik plak 2. *sampai da tua pun still panggil adik*
dari pengamatan aku la kan, perangai2 anak bongsu ni ada yg xsah kalau xda.
antaranya :
1)kalau nak something kan, dia kena dapat jugak
2)ada perangai marah2 xtentu pasal
3) tapi kalau time dia baik 2 memang sangat la baik
jap2,,
sebenarnya aku bukan nak citer pasal ADIK BONGSU la. ni nak citer pasal GIGI BONGSU la. haha.
kepada yg tak tahu,
*gigi bongsu ni adalah gigi geraham ketiga yg tumbuh pada usia sekitar 18-30 tahun*
|
ni ha gambar gigi bongsu aku.*okei aku tipu* |
dua minggu yg lepas aku telah mengalami beberapa simptom antaranya :
1) sakit gigi yang amat
2) bengkak gusi
3) sakit kepala tahap migrain *mcm pernah migrain je aku*
aku yg biasa sakit gigi ni wat bodo je la.
yela, ingat sakit gigi biasa.
tapi memang sakit gigi kali ni super duper sakit lagi.
kadang2 sampai rasa nak demam pun ada.
dengan sakit kepala lagi. berdenyut2 kepala aku.
bila simptom2 ni da datang memang aku da tak boleh nak wat pe dah.
kena tidor sambil tutup pipi ngn bantal.
kadang2 aku letak pipi aku kat lantai yg sejuk 2.
biasa kalau sakit gigi aku wat cenggitu la.
tapi kali ni tak jalan weh.
aku pun pikir, ape kena gigi aku ni? sakit melampau plak beliau.
setelah aku tanya beberapa org pakar yg tak bertauliah,
akhirnya aku dapat tahu yg aku ni sebenarnya sakit gigi nak tumbuh gigi bongsu.
*waa,da tak bleh tambah tinggi da*.
selepas sminggu bertarung nyawa,*mak aih oberrr*
keluarlah adik bongsu gigi aku.*gigi atas*.
bila tengok kat cermin, kecik je gigi nya. sakit nak tumbuh 2 kanmain lagi.
2 baru satu ye kawan2. ada tiga lagi yg menunggu masa nak keluar.
sekarang ni tengah cuba nak keluar geraham bongsu bawah pulak.
memandangkan sekarang ni study week,
so aku da prepare awal2 ubat tahan sakit dan minyak angin.
yela, kang tgh study datang simptom2 kat atas, xstudy la jawabnya.
tapi ni da kira ok la kan sebab sakit2 je, ada yg sampai demam2 tak leh bangun tau.
pastu aku baca kat intenet, ada yg sampai kena operate sbb gigi bongsu tumbuh tak betul.
kadang2 xcukup space utk tumbuh sampai kena cabut gigi lain.
eeeei,, ngeri plak dengar.
p/s: kepada sape2 yg mengalami simptom2 kat atas, maknanya anda da nak tumbuh gigi bongsu. jadi, banyak2 la bersabar kerana ianya salah satu ujian Allah juga:)