Monday, 24 September 2012

cerita pilihanraya kampus AKU !!

Disebabkan sume dok sibuk citer pasal pilihanraya kampus (PRK) ,, 
maka aku pun nak citer jugakla. Hehe. 
Selasa ini , 25/9/12 adalah tarikh mengundi dan ni la first time aku akan mengundi. 
So, ada rasa excited jugak la nak mengundi. 
Jumaat yang lepas, calon2 yang bertanding telah menyampaikan manifesto masing2.
Teringin jugak nak tengok tapi disebabkan aku ni SPR universiti *konon la*,, 
maka,,
 aku dan kawan2 yang laen terpaksa bertungkus lumus menyiapkan tugasan kami iaitu,, 
memasukkan poster2 calon ke dalam plastik. 
Korang yang nak bertanding kitorang plak yang penat. Huh ! 
Poster 2 plak banyak sangaaaaaaaaat ! 
Sorang calon dah 500 poster,
bayangkan kalau dah calon berpuluh2 ?? 
Bak kata pegawai HEP, 
" korang nanti jangan mengigau masukkan poster plak tido nanti". 
Haha. 


ngantuk pun still bergambar ~

ajak bergambar terus je xngantuk ~ nang n fatir


Tak cukup dengan 2,, 
malam esoknya *sabtu*,, 
kitorang kena gantungkan plak poster2 
di fakulti masing2. 
Sepatutnya dari pagi lagi aku kena buat keje,, 
tapi hari 2 aku ada family day di lembah pansung, 
*aktiviti course aku*. 
Balik je dari family day,,
kitorang terus ke campus sebab nak balik hostel memang jauh. 
Memang penat xyah cakap la. 
Dengan mandi pun idok. 
Huhu. 
Untuk fakulti aku *FST*,, 
malam tu ada 9 orang yang turun padang. 
Kitorang memang bertungkus lumus la nak habiskan beribu-ribu poster. 
Calon fakulti je dah seribu lebih,, 
tambah lagi dengan calon umum.. 
Memang penat tak terkata la jawabnya. 
Sambil2 buat kerja kitorang 
bergosip, makan, menyanyi dan macam2 lagi 
sebab nak hilangkan mengantuk. 
Lebik kurang pukul 2,, 
kitorang dah tak x boleh nak buat kerja sebab 
mengantuk dan penat sangat2!
So,,,
dorang *senior* hantar kitorang balik dulu.
*Time kasih sangat2 sebab memahami* Hehe.  
Balik2 je terus syahid. ZzzzzZzz.

Then,,baru je tadi,, berlangsungnya meeting kat kampus *HEP*
. Hari ni meeting sebab nak bahagikan tugas semasa hari mengundi nanti. 
Aku telah ditugaskan di bahagian kolej kediaman 1 bersama kawan aku.
 Nama dia Nang.
*saja nak cakap*. 
Haha. 
Kita tengokla macam mana nanti. 
Boleh ke tidak aku buat kerja.
 Ni first time aku terlibat dengan pilihanraya kampus ni. 
Harap2 semuanya berjalan lancar nanti. :)



Thursday, 20 September 2012

hai new semester:)


Pejam celik, pejam celik, cuti sem yg boleh dikatakan agak lama sudah sampai ke penghujungnya. Hampir dua bulan jugakla aku berada di rumah dan sekarang terpaksa menjejakkan kaki kembali ke alam persekolahan. *bajet muda lateww*.

Sepanjang berada dekat rumah, takde citer best pun yg berlaku. Rutin aku cam kebiasaan kat rumah. Makan dan tido. Sekarang ni dah pun masuk minggu ke-2 kuliah tapi baru ada chance nak update belog yg xde orang baca ni.hehe

Azam sem baru : Aku akan cuba sedaya upaya buat yg lebih baik sem ni. Aku akan pastikan benda2 yg xbest di sem lepas tidak akan berulang kembali. Insyaallah. Hehe. Awal2 sem sem memang semangat melampau tapi bila dah stat lecture, tutor dan segala bagai, terus semangat yg berkobar-kobar ni padam. Huhu.

Di awal sem ni banyak pulak program yg kena involve. Sabtu ni ada family day. Selasa minggu depan pulak hari mengundi. Sabtu depan plak kena join hafoss.( halal food seminar ). Tahun ni kan dah jadi senior, so kena la bajet busy ciket.

Camne pun, aku harap semua yang aku kena buat sem ni dapat berjalan dgn lancar. Moga2 Allah permudahkan urusan aku di sini. amin~