Wednesday, 8 January 2014

D-I-A-R-Y

walaupun hari ni dah masuk 8 january 2014, rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish hepy new year 2014 ~boom kebabomm bunyi bunga api ^^

masuk tahun baru macam biasa mesti nak pasang azam baru kan? tak lengkap rasanya tahun baru tanpa azam baru tapi pastikan azam baru kita tue benda yang baik. nak buat ke tidak tue lain citer. janji ada plan dan niat nak buat insyaAllah Allah permudahkan jalan kita. satu lagi kalau masuk tahun baru mesti sibuk nak cari planner atau diary kan? lebih lebih lagi mereka mereka yang bekerjaya dan sibuk memanjang tapi sekarang rasanya dah tak ramai yang guna planner atau diary sebab dah ada macam macam gadget canggih. Ada smartphone sebijik pun da cukup. boleh tulis segala aktiviti kita kat dalam tue. siap boleh buat alarm lagi. senang hidup kat zaman serba canggih sekarang ni..

meskipun begitu,, aku sebagai salah seorang pejuang yang cuba memartabatkan tradisi bangsa still guna cara lama. kekeke. setiap tahun aku mesti akan ada satu diary.  Kalau ada diary kita boleh catat segala peristiwa penting yang berlaku so that kita tak lupa. tipu la kalau kita boleh ingat semua yang berlaku sepanjang tahun dan aku rasa ada diary best sebab bila baca balik kita boleh recall setiap benda yang kita tulis. kadang kadang ada masa kita akan rasa “ eh betul ke aku yang tulis ni?” sebab emosi kita berbeza beza time tulis diary. menulis diary jugak boleh jadi salah satu cara untuk meluahkan perasaan. *dah kenape ayat aku macam buat esei bahasa melayu pmr*. bagi aku yang memang tak suka share masalah dengan orang, aku rasa memang cara ni sangat berkesan untuk hilangkan stress aku.

So, kepada sesiapa yang berminat nak tulis diary,, ni aku bagi beberapa tips baik punyeer..


1) Beli sebuah buku nota yang  ketebalan dia cukup untuk setahun. Kalau rasa korang nak menulis hari hari maka beli yang tebal siket. Kang nipis sangat tak sampai sebulan da habes. Harga ikut bajet masing masing. Ahaks.




Ni diary 2013 aku. Abaikan tulisan korea kat atas. Bajet korea kejap. Hehehe. Aku beli sebab ada tulis food product dan ada link dengan course aku. Kononnya nak bagi semangat belajar. hehehe.


2) Then tulis la wishlist ke hape kat page mula mula. 





Ni wishlist aku untuk tahun lepas. Macam biasa separuh je yang berjaya aku buat. Wishlist last tue sesaja  gediks letak sebab masa tue kan tahun baru so rasa dah tua.  Ahaks.


3) Buat calendar. kalau beli planner atau diary memang da ada calendar tapi aku lebih suka buat sendiri bagi colourful siket. then, buat reminder date penting macam besday family n kawan kawan. kalaay aku benda mula mula yang aku mark adalah cuti sem. kekekeke. senang nak beli tiket balik kampung. 






Ni la what I did last January. Same jugak ngn tahun ni. Final exam. Huh. Menyampah


4) kat dalam tue tulis la pape yang korang rasa nak tulis. Nak mengata ke nak jiwang semua boleh. Suka suki kita la sebab diary kita kan. Hehehe.


Haaa.. diary aku memang macam ni penuh dengan contengan. saje fefiling macam diary of wimpy kid kejap. Hehehe.


5) Da habis setahun simpan buat koleksi J




p/s: selamat menulis diary :) 
         esok ada paper.. wish me luck :)

No comments:

Post a Comment