Saturday 15 June 2013

latest kdrama

sebenarnya aku tengah download citer korea ni,, sambil sambil tunggu aku saja nak share beberapa drama korean paling latest dan best best yang aku dah tengok. jom cekidauddd~

1) that winter the wind blows

drama ni best sangat bagi aku walaupun ni citer sedih. biasa aku malas jugak nak layan drama korea yang sedih tapi drama ni sangat best. tajuknya pun winter jadi banyak scene citer ni time winter, cantik sangat. rasa nak je terbang pergi sana masa tengok citer ni.. jalan citer drama ni memang awesome sebab lain dari drama yang dah biasa ada. citer dia pasal seorang perempuan buta yang kaya dan terpisah dengan abang kandungnya semasa kecik sebab perceraian parents dia. lepas ayah dia meninggal tetiba muncul sorang lelaki mengaku sebagai abang dia, oh soo yang hensem. *melting* . hehe. selanjutnya kena la tengok sendiri eh.

2) nail shop paris

drama ni pun best. mostly pasal sebuah nail shop yang sume pekerja dia lelaki dan paling penting hensem. memula aku minat alex,, dah banyak episode baru aku sedar yang kay lagi charming. ohhh,, tak sabar nak tunggu next episode. drama ni tengah main lagi kat tv.. so kena tunggu setiap minggu baru boleh tengok. huhu. yang menariknya si heroin tepaksa menyamar jadi lelaki sebab nak kerja kat nail shop. sebabnya dia ni seorang penulis novel dan dia jadikan alex  sebagai character novel, so nak tak nak kena la siasat pasal mamat tu. tup tup dia fell in love pulak ngan alex dan pada masa yang sama kay plak fell in love dekat dia. huhuhu.. sangat menarik kan? 

3) dating agency cyrano

drama ni baru dua episode aku tengok. so far best. menarik sebab citer dia mengenai satu agensi cari jodoh la lebih kurang tapi semua lelaki yang involve dalam agensi ni tak percaya pada cinta tapi cuba nak satukan cinta. so si heroin macam pelik dengan sikap dorang. pastu... dah tak tau nak describe apa sebab baru tengok dua episode kan. hehe. tapi yang pasti citer ni jjang :)

4) flower boy next door

drama ni keluar awal siket dan aku da lama abes tegok so tak berapa ingat dah. tapi yang aku pasti aku tak puas hati dengan hero dan ending dia. sepatotnya mamat sebelah rumah dia la hero.. dia da lama kot suka kat pompuan tu. dah tu baik, hensem. eiiiii,, memang sedih sebab ending dia tak seperti yang kita expect tapi overall drama ni pun besttt :)

emm.. tue je kot antara drama drama korea yang sempat aku layan. haa,, yang aku belum sempat tengok dan kawan aku cakap best banyak.. antaranya 

*monstar
*i hear your voice
*shark

bye. hepy watching :)


Sunday 9 June 2013

love story

assalamualaikum.

bersempena dengan aku nak exam ni,, jadi macam biasa keinginan untuk menulis entry pun semakin bertambah. terasa seperti ada magnet yang menarik narik aku yang tengah study. lappy aku yang dah agak lama tak di buka seakan melambai lambai mesra ke arah aku.. hahaha. tetiba test ayat ala ala novel.. 

tajuk entry love story,, tapi takdela nak citer pasal kisah cinta sangat. sekadar perkongsian. kalau sebut pasal cinta mesti semua orang imagine benda yang best best je. pastu semua mesti berangan nak ada love story like a fairy tale. kan? kawan aku cakap masa kecik kecik dia pernah berangan nak kawen dengan anak raja. so boleh la jadi princess. tengok,, even budak kecik pun nak love story yang indah indah.. apatah lagi kita kan? eheheheheh *malu*

dah memang menjadi fitrah manusia inginkan kesempurnaan, tapi dah lumrah hidup, tak semua yang kita nak kita akan dapat. contohnya bila kita ada crush atau minatkan seseorang. of cos la kita berangan suatu hari nanti, crush kita tu akan suka jugak dekat kita.


macam dalam gamba kat atas. just imagine your crush are giving you a rose? mesti best gila kan?

tapi lain pulak yang biasa terjadi kat kita.... 



realitinya kita frust menonggeng sebab crush kita suka dekat orang lain. sobs. sobs .(T_T). memang realiti menyakitkan tapi itulah kenyataan. kita tak boleh nak expect love story kita macam novel ataupun drama korea yang suwikk giler macam maen game candy crush sebab semua benda tu hanyalah khayalan dan imaginasi semata mata. pastu pulak kita kena la sedaq diri jugak. kalau pun kita cantik macam princess, tak semestinya putera raja nak pinang kita. kan?

so bersederhanalah dalam memilih pasangan anda. jangan high taste sangat. 
okei,, annyeong~

p/s : tapi kalau ada orang yg ensem+baik+beragama+kaya nak dekat kita apa salahnya..ahahaha :)

Monday 3 June 2013

study week~

study week dah start. 
ramai jugak kawan kawan aku yang berstudy week kat rumah masing-masing.
 aku masih setia kat sini.
 ikutkan hati aku pun nak balik. 
nak jumpa family, nak pegi kenduri kawin, nak pegi jalan jalan. 
tapi aku tak boleh balik.
 tunggu habis exam baru aku balik. huhu. 
bukan apa, kat rumah aku tak study. 

minggu lepas bebudak tamhidi da start daftar masuk sini. 
asal study week je ada la benda kacau. 
tiap malam ada buat program, pastu pasang speaker kuat kuat.
 mesti la rasa terganggu. 
dorang tak fikir langsung pasal kitorang yang bilik tepi cafe ni. 
issshh.

pastu bebudak tamhidi ni suka suki je tegur aku macam ni..

"awak, awak.. kat san ada jual apa eh? nasi ada tak?"

hamboi bahasa adik-adik. 
'awak' dia panggil aku? 
tiga tahun kot beza umur. 
dia tak nampak ke muka aku matured gila ni? 
yela aku tahu aku sangat selekeh tapi mana boleh macam tu. 
sentap tau adik panggil akak macam tu.

lagi,, area hostel sudah dipenuhi the boys. 
so tak boleh mengusha dari tingkap sesuka hati dah.
 silap silap dorang lalu tepi blok. 
pegi buang sampah la.
 macam macam la bebudak ni.
 pendek kata da tak bebas macam dulu dah.

study week sume pakat stress.
so sekarang memang kena jaga adab sopan dengan kawan kawan. 
silap cakap, silap perlakuan nanti ada yang terasa dan sewaktu dengannya.
 macam aku pun, 
kat bilik kalau housemate buat benda bodoh siket memang rasa berapi je nak marah. 
biasa tak pun. 

so moral of the story,
 masing masing kena pandai kawal emosi. 
jangan biarkan benda ni menguasai diri kita.

 gud luck final exam sumer :)