sebenarnya aku tengah download citer korea ni,, sambil sambil tunggu aku saja nak share beberapa drama korean paling latest dan best best yang aku dah tengok. jom cekidauddd~
1) that winter the wind blows
drama ni best sangat bagi aku walaupun ni citer sedih. biasa aku malas jugak nak layan drama korea yang sedih tapi drama ni sangat best. tajuknya pun winter jadi banyak scene citer ni time winter, cantik sangat. rasa nak je terbang pergi sana masa tengok citer ni.. jalan citer drama ni memang awesome sebab lain dari drama yang dah biasa ada. citer dia pasal seorang perempuan buta yang kaya dan terpisah dengan abang kandungnya semasa kecik sebab perceraian parents dia. lepas ayah dia meninggal tetiba muncul sorang lelaki mengaku sebagai abang dia, oh soo yang hensem. *melting* . hehe. selanjutnya kena la tengok sendiri eh.
2) nail shop paris
drama ni pun best. mostly pasal sebuah nail shop yang sume pekerja dia lelaki dan paling penting hensem. memula aku minat alex,, dah banyak episode baru aku sedar yang kay lagi charming. ohhh,, tak sabar nak tunggu next episode. drama ni tengah main lagi kat tv.. so kena tunggu setiap minggu baru boleh tengok. huhu. yang menariknya si heroin tepaksa menyamar jadi lelaki sebab nak kerja kat nail shop. sebabnya dia ni seorang penulis novel dan dia jadikan alex sebagai character novel, so nak tak nak kena la siasat pasal mamat tu. tup tup dia fell in love pulak ngan alex dan pada masa yang sama kay plak fell in love dekat dia. huhuhu.. sangat menarik kan?
3) dating agency cyrano
drama ni baru dua episode aku tengok. so far best. menarik sebab citer dia mengenai satu agensi cari jodoh la lebih kurang tapi semua lelaki yang involve dalam agensi ni tak percaya pada cinta tapi cuba nak satukan cinta. so si heroin macam pelik dengan sikap dorang. pastu... dah tak tau nak describe apa sebab baru tengok dua episode kan. hehe. tapi yang pasti citer ni jjang :)
4) flower boy next door
drama ni keluar awal siket dan aku da lama abes tegok so tak berapa ingat dah. tapi yang aku pasti aku tak puas hati dengan hero dan ending dia. sepatotnya mamat sebelah rumah dia la hero.. dia da lama kot suka kat pompuan tu. dah tu baik, hensem. eiiiii,, memang sedih sebab ending dia tak seperti yang kita expect tapi overall drama ni pun besttt :)
emm.. tue je kot antara drama drama korea yang sempat aku layan. haa,, yang aku belum sempat tengok dan kawan aku cakap best banyak.. antaranya
*monstar
*i hear your voice
*shark
bye. hepy watching :)