Sunday, 10 March 2013

hobi baru.

Assalamualaikum

Lama  bebenor rasanya tak menulis. Semester baru dah bermula. Hidup aku still macam biasa cuma agak kepenatan disebabkan jadual kuliah yang sangat tak best. Bayangkan setiap hari ada kelas pagi yang pukul 8 dan pada masa yang sama ada kelas malam until 10 pm. Memang tak masuk akal . Habis time bila la aku nak study wei? Petang ? Kirim salam je la nak study petang. Tapi aku kena jugak terima dan anggap benda ni sebagai cabaran.

Disebabkan aku malas sangat nak menaip sekarang ni, so aku masukkan gamba je la. aku just nak share hasil kerja aku masa cuti sem yang lepas. sebenarnya ni hobi baru aku. jahit felt craft. hehe. Takdela cantik sangat. Pada awalnya aku berhajat nak buat bisnes jual benda ni tapi disebabkan aku ni takde bakat jadi usahawan dan ramai pulak yang mintak free,, so bisnes aku tinggal angan-angan. Aku sempat jual siket je. Haha. Tapi tak kesah sebab aku seronok je buat benda ni. Yang paling penting aku puas hati. 




yang ni aku sempat jual. siap masuk plastik lagi tau. haha.




angry bird ni aku buat untuk anak sepupu aku. kesian sbb dia  asyik mintak aku buatkan.




banyak-banyak aku buat ni,, owl je sempat jual. yang len sume kena rembat. hish.





klip rambut  ni pulak asyik kena kutip dengan anak buah aku. xsempat nak jual.



ni je la aku sempat buat utk aku sendiri. sedihkan. huhu.


okei.
sekian saja cerita aku .
hehe.

annyeong~

Tuesday, 1 January 2013

new year 2013~

Bismillahirrahmanirrahim.

wah. tetiba rasa nerbes je nak tulis entry kali ni. alhamdulillah ! tahun baru menjelang lagi dan kita semua masih berkesempatan menghirup oxygen di bumi Allah ini. sebenarnya takde yang best pun tahun baru ni bagi seorang mahasiswa macam aku ni. yela, final exam tak stat lagi. cuti sem off kos la belum.sekarang ni study week. hari hari study. hari hari baca buku. oh boringnya hidup takde life macam ni *sory terluah perasaan plak kat sini*

sempena tahun baru ni. aku nak ucapkan hepy new year buat semua.

# semoga hari hari mendatang akan dipenuhi dengan warna warna kebahagian dan keceriaan
# semoga hari hari yang mendatang sentiasa berada dalam rahmat dan berkat dari Allah
# semoga hari hari mendatang adalah kejayaan buat kita semua. insyaAllah


biasanya kalau masuk tahun baru orang mesti sibuk dengan azam baru. semuanya semangat dengan azam baru. aku la salah sorang daripadanya. okei,, antara azam aku di tahun baru 2013 :

1) nak dapat dean list 

azam ni memang aku buat tiap tiap sem tapi sampai sekarang belum tercapai. almaklumla, aku ni bukan   pandai sangat.*hoho sedih* awal sem memang semangat tapi bila da dekat exam rasa macam impossible je nak dapat. takpe ada masa lagi. chaiyok~

2) nak beli handset baru

emm, ni memang azam yang agak mengarut. tapi seyes aku kena beli handset baru. bukan sebab nak ngada ngada pakai nset baru tapi nset lama da nyawa nyawa ikan dah. so, hopefully dapat beli nset idaman terus. hehe.

3) nak beli camera

ni pun azam yang entah pape. tapi tak kesah. nak jadikan azam jugak. tak kesah la camera ape pun. janji dapat amik gambar i yang tak berapa nak hot ni. bukan ape. susah jugak kalau ada nak buat esaimen ke ape ke.*konon kan*. tapi camera idaman memang konfem la tak dapat beli lagi.

4) nak jadi lebih baik

ni baru nampak macam azam. tahun ni aku kalau boleh nak jadi yang lebih baik. hamba Allah yang lebih baik. anak yang lebih baik. pelajar yang lebih baik. kawan yang lebih baik. segalanya la aku harap boleh jadi yang lebih baik. bukan senang nak jadi baik ni. moga Allah bantu aku. Amin~

5) nak cari calon

tahun ni aku dah 21 tahun so, aku kena la stat cari calon. habes blaja boleh la kawen. haha. geli lak aih citer pasai ni. ohoho. ni wishlist aku ke? macam tak je. yang ni aku kiv dulu la eh. walopon da umur 21 tahun *coming soon*. rasa macam tak perlu lagi kot buat masa sekarang. fokus blaja dulu ye. sampai masa ada la tu. hehe*malu*


akhir kata sebelum aku sambung study, selamat tahun baru 2013. ampun maaf andai ada salah silap di tahun 2012. doakan supaya aku dapat jawab exam dengan baik ye :)

p/s : mulakan 2013 dengan senyuman:)