Monday 21 July 2014

Ramadhan kareem~

Lama bebenor dah tak merepek kat sini. Sem lepas memang agak busy dengan macam macam benda. Lagipun setiap kali aku nak buat entry baru mesti rasa malas dan malas. Sebenarnya banyak je benda aku nak share kat sini tapi perasaan malas lebih menguasai aku. hehehe.

Sekarang ni bulan ramadhan, da masuk fasa ketiga pun iaitu fasa pembebasan. Fasa ketiga ni paling special sebab ada malam lailatul qadar. Semua berlumba lumba nak buat amal dan memburu malam lailatul qadar. Aku pulak tetiba rajin nak menaip. ish ish ish..

Tahun ni aku berpeluang puasa kat rumah. Alhamdulillah. Cuma seminggu je aku tercampak kat nilai, kononnya nak siapkan thesis. Tapi malangnya barang yang di order tak kunjung tiba, so aku lelaju beli tiket bas balik rumah. hehe. Jenuh nak menunggu. Pergi lab buat bukan boleh buat ape pun. 

Makanya, lepas raya aku kena la masuk lab. huwaa. Sebab aku dah bersenang senang dahulu so kena la bersusah susah  kemudian. Takpe kena berkorban siket demi segulung ijazah. heee :)

p/s: #pray4gaza & #pray4MH17 

No comments:

Post a Comment