Sunday, 14 October 2012

winter







Masa kecik2 dulu,, aku selalu berangan Malaysia adalah negara empat musim. Musim feveret aku off course la winter. Seronok sangat tengok kat tv, time winter dorang main salji, pakai baju tebal, buat orang salji. Pastu ciap boleh main ice skating lagi. Jeles tau tak.

Masa sekolah menengah plak, aku pasang angan-angan nak sambung belajar kat negara yang ada winter. Contohnya jepun, korea selatan, new zealand dan ireland. Syok kot kalau aku dapat belajar kat sana.

Tapi bila da besar ni,, aku bersyukur sangat sebab malaysia bukan negara empat musim dan aku sekadar belajar kat malaysia. Sebab apa? Rupa-rupanya aku ni sejenis makhluk yang tak tahan sejuk. Haha. Kalau kena air-cond lama siket, mulalah badan aku menggigil. Orang laen steady lagi aku da sejuk semacam dah. Air-cond pun tak boleh tahan, ada hati nak main salji. Memang mati beku la aku. Hehe.

Kadang-kadang aku heran jugak, yela,, apasal la aku ni cepat sangat sejuk kalau nak compare ngan kawan2 aku yang laen? Nak kata aku ni cool-blooded, tak ! Pening jugak pikir. Sampaila aku buat personal wellness analysis minggu lepas kat Halfest. Rupa-rupanya aku punya visceral fat rating sangat rendah. Visceral fat ni sejenis lemak yang meliputi bahagian dinding organ kita. Kalau terlalu rendah, kita akan mudah rasa sejuk, makna kata kita tak boleh tahan sejuk. Ooo,, patutla aku ni cepat sangat sejuk.

Sekarang ni nilai sejuk semacam. Kalau kat Kelantan, sejuk macam ni dah nak banjir. Tapi nilai banjir ke?? Entahla, cuaca sekarang tak menentu. Serius sejuk, sampaikan aku terpaksa pakai cardigan dan stoking di siang hari sebab tak tahan sangat. Huhuhu. ^^


p/s : sekarang ni sedang cuba naikkan tahap visceral fat J