Tuesday, 16 September 2014

Catatan kembara kasih di lanzhou, china

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak share siket pengalaman aku ke Lanzhou, China april lepas. Da lama nak tulis tapi asyik tertangguh aje. insyaAllah boleh dijadikan sedikit panduan untuk mereka2 yang nak melawat Lanzhou. Sebenarnya trip aku ke sana bukanlah untuk tujuan melancong atau berjimba-jimba. hehe. Aku ke sana ikut program fakulti dan lebih kepada community service giteww. So, aku ke sana dengan tanggungjawab dan amanah yang besar. *kepoyoan melanda hikhik*.

Masa aku pergi sana, tragedi MH370 baru je berlaku. Memang perasaan takot ada sebab wujud pulak anti-malaysian kat china sana. Pihak universiti pun sampai buat mensyuarat tergempar sebab masalah ni tapi dengan izin-NYA aku dan kawan kawan yang lain berpeluang menjejakkan kaki di tanah besar China.


5/4/2014

Kami mula berkumpul seawal jam 1 pagi di perkarangan bangunan hal ehwal pelajar. Yela, kan nak jalan jauh. Reramai pulak tue. Mestilah kumpul awal and make sure sume barang cukup dan yang penting tak lambat sampai airport. Kat sana kami start weighing luggage masing masing nak pastikan berat tak overdose. Hihihi. Luggage aku dalam 9.5 kg kalau tak silap. Tapi jangan risau, aku dah standby bag kosong siap siap untuk shopping kat sana. Hehehe. Flight kul 9.15 pagi dan bas untuk ke airport sampai dalam pukul 5.30pagi.

china~ here we come !!!
Jam 5.30 pagi bas sampai dan kami bertolak ke airport. Dalam bas aku tido je. sampai sampai kami solat subuh dan sarapan pagi sebelum check in luggage. Memang agak berkejaran la sampaikan aku tercicir sweater baru. huwaaaa. Tak rasmi lagi tau. Aku beli sebab nak g china la, tup tup tercicir kat airport pulak. Dalam 9 lebih flight depart. Perasaan masa tue bercampur baur. Takot dan excited. Takut sebab kita tak tau keadaan kat sana. Macamana penerimaan penduduk kat sana selapas tragedi MH370 kita tak boleh nak jangka, dan excited sebab ni la first time aku travel luar Malaysia. Flight ke Chengdu amik masa dalam 4jam. Boleh tahan la boring dia, dengan lapar lagi. Kitorang tak order makanan sebab nak jimat kos. Maka bertahan la kitorang selama 4 jam atas flight. 

Bismillah~
Kat airport sebelum nak lepas imegresen memang agak cuak sebab sangat ketat, dengan pandang pelik pulak lepas tahu kitorang orang malaysia. Tapi Alhamdulillah sume dapat lepas. Da lepas imegresen, kitorang dijemput oleh chinese girl called Grace dan dibawa terus ke hotel.

kat depan chengdu airport~

On the way ke hotel sempat la menikmati pemandangan kota Chengdu dari dalam bas buat pertama kalinya. Memang sesuatu yang baru dan asing bagi aku. Fly over dia,, fuhh.. dua kali ganda tinggi dari negara kita. Kebanyakan bangunan dia pulak macam bangunan lama. Kereta kat sana mewah mewah. BMW memang banyak kat atas jalan raya. Maybe sebab kereta kat sana murah. Yang paling menarik kat sana adalah motosikal. Dorang kat sana takde motor besar mahupun RXZ. Even motor macam EX5 pun takde okei. Just skuter. Takde bunyi lagi motor diorang. Memang super duper cute. Ada motosikal yang separuh basikal. Memang comel. So takde la kes nak merempit k hape kan..


nampak x bicycle motor dorang?? *sorry ni je sempat capture*

Kat hotel, kotorang duduk dua orang satu bilik. Agak mewah jugak la. Tapi keadaan hotel agak kurang memuaskan bagi aku. Mungkin sebab cuaca kot. Carpet yang ada kat bilik hotel agak lembab dan menyebabkan bau hapak. Kalau aku tau, awal awal dah ready febreze kot. Dekat almari ada tersedia beberapa instant food macam megi dan soft drink. Memula aku just like waaa bestnya ada makanan free. tapi bila pikir balik pasal halal haram terus tak jadi nak hepy. Entah megi tue pork flavor pun aku tak tau. hehehe.


sekali tengok macam megi mamie pun ada~

Petang tue kitorang keluar mengisi perut yang lapar di sebuah kedai makan halal di kota Chengdu. Cuma mengambil masa 10 minit berjalan dari hotel. Kecik je kedai makan ni dan ada tiga orang pekerja, sorang lelaki dan dua orang perempuan. First2 sampai, aku tengok persekitaran kedai tue. Memang kebersihan agak kurang memuaskan tapi apakan daya, kat sini nak cari kedai makan halal bukannya macam kat Malaysia. So, nak tak nak kena makan jugak.

Tengok menu memang la tak paham sepatah haram sebab tulisan cina, jadi kitorang order men tunjuk gamba  je. Sebagai anak melayu, aku memilih untuk makan nasi. Lapar kottt !! seharian aku tak jamah nasi. Lantak la nasi kat sini camana pun, aku tetap nak makan nasi. First dish aku kat sana memang terbaik. Sepinggan penuh nasi dengan lauk daging entah masak ape aku tak pasti. Rasa dia?? Bagi aku boleh tahan tapi bila makan banyak ada rasa xbest kat lidah. but still I enjoy the food. Mungkin sebab lapar. Haha. pastu ada beberapa dish lain aku rasa yang kawan punya, kebanyakan mee. Fuhhh, lagi kuat aftertaste dia. Ada yang aku cannot go langsung.

nampak tak portion dia? banyak giloss~

Malamnya kitorang tak keluar pun, just berehat. Esok nak jalan jauh naik train ke Lanzhou.

to be continued...)

p/s: It’s a wonderful moment yang tak mungkin dapat aku lupakan. So, I wish to keep it as a memory here.