Wednesday 15 January 2014

Exotoxin~

Exotoxin? Pernah dengar tak? Exotoxin ni sejenis toxin yang di produce oleh certain microorganism dan di releaskan semasa proses metabolism dorang. Benda ni kalau contaminate kat makanan walau secoit memang boleh bagi effect kat kita. Contohnya kalau kita kena food poisoning. Haa,, boleh jadi sebab benda alah ni la.  TAPI,, niat aku bukan nak citer pasal benda alah ni. Terlalu educated pulak entry aku. Muahahaha.

EXOTOXIN – TOXIN =????

Jawapan dia adalah?

EXO !!

Pandai je sume jawab. Bravo !!!

Menatang apa pulak EXO ni? Ni nak tunjuk siket ..

Jeng je jeng…






EXO ni la maksud aku. Group k-pop. Lambat aku neh. Orang lain dah berzaman minat EXO. Tapi takpe,, 

hidup harus diteruskan. Kekekeke.

Entah macamana aku boleh terjebak dan terkena infection EXO ni. Tapi yang pasti orang yang bertanggungjawab membawa ajaran EXO kepada aku adalah salah sorang kawan aku.. hohoho

Memula dengar lagu dorang takde la sedap mana pun. Tapi bila dah banyak kali dengar,, “eh sedap pulak lagu ni”. Lebeh kurang macam tue la reaction aku. Ditambah dengan muka dorang yang comel comel lagi la BEST aku rasa lagu dorang. Muahahahaha.

EXO ni group member dorang dua belas orang okei. Memang naik confuse jugak aku tiap kali tengok video klip dorang. Nak cam muka ngn ingat nama lagi. Padahal tak penting pun tapi bila dah minat nak jugak at least ingat nama. Kikikiki.

Dalam ramai ramai duablas orang tue,,

yang paling aku suka chanyeol. Uhuhuhu.

Ni ha gambaq dia…


Sebab dia comel dan dalam EXO showtime dia cheerful and happy-go-lucky person.

So aku nak amik spirit dia,, nak ceria ceria selalu.

Macam poyo jer. Hahahaha.

Kalau bab vocal, aku suka baekhyun.

Suara dia mantoppp. Chang yeol rap je.

 takde nyanyi sangat.

Ni haa baek hyun..


Tapi kan kalau sebut k-pop mesti ada sesetengah orang berpendapat yang k-pop bagi pengaruh yang tak baik. Pada aku la,, tak semua aspek k-pop tue bagi pengaruh tak baik kat kita. Depends dekat masing masing la kan sebab Allah da bagi akal sorang satu. Kita amik yang baik cukup dan yang tak baik tolak tepi. Macam EXO, kita boleh tiru dorang dari aspek kerjasama. Bayangkan nak bekerja dengan dua belas orang yang macam macam perangai dalam satu group. Mesti sangat susah kan? So, kita boleh amik inspiration dari team spirit dorang.

Bab dengar lagu dan layan video video dorang pulak, pastikan jangan sampai terabai tanggungjawab kita especially dengan Allah. Minat pun jangan berlebih lebih. Semua benda pun kalau kita buat berlebih lebih mesti ada side effect dia. Contohnya gula. gula memang penting untuk badan kita untuk bagi tenaga tapi kalau terlebih amik makanan yang tinggi gula , boleh sebabkan masalah diabetis pulak. So, mesti kena berpada pada.

Okei.. cukuplah dulu setakat ni aku citer pasal EXO. Nak citer banyak pun aku bukan tahap peminat fanatic lagi. newbie je. kekeke.  Akhir kata daripada aku,, stay calm and love EXO~  ^_^

p/s: Sape minat EXO? Angkat kaki laju laju. Hehe.

annyeong~

photo : google image 

Tuesday 14 January 2014

erti sebuah kemerdekaan~

"Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Tidak dinafikan,, 

ramai dari kalangan kita yang mampu ucapkan slogan yang sangat bermakna di atas.

Tapi berapa ramai yang betul betul faham erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Pada aku erti sebuah kemerdekaan yang sebenar adalah,,

-----------------

------------

--------

-----

----

--





kekekekekekeke ^^

jom senyum lebar lebar :)



Alhamdulillah final exam dah habes.

Tunggu nak angkat beg balik kampung je.

annyeong~




Wednesday 8 January 2014

D-I-A-R-Y

walaupun hari ni dah masuk 8 january 2014, rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish hepy new year 2014 ~boom kebabomm bunyi bunga api ^^

masuk tahun baru macam biasa mesti nak pasang azam baru kan? tak lengkap rasanya tahun baru tanpa azam baru tapi pastikan azam baru kita tue benda yang baik. nak buat ke tidak tue lain citer. janji ada plan dan niat nak buat insyaAllah Allah permudahkan jalan kita. satu lagi kalau masuk tahun baru mesti sibuk nak cari planner atau diary kan? lebih lebih lagi mereka mereka yang bekerjaya dan sibuk memanjang tapi sekarang rasanya dah tak ramai yang guna planner atau diary sebab dah ada macam macam gadget canggih. Ada smartphone sebijik pun da cukup. boleh tulis segala aktiviti kita kat dalam tue. siap boleh buat alarm lagi. senang hidup kat zaman serba canggih sekarang ni..

meskipun begitu,, aku sebagai salah seorang pejuang yang cuba memartabatkan tradisi bangsa still guna cara lama. kekeke. setiap tahun aku mesti akan ada satu diary.  Kalau ada diary kita boleh catat segala peristiwa penting yang berlaku so that kita tak lupa. tipu la kalau kita boleh ingat semua yang berlaku sepanjang tahun dan aku rasa ada diary best sebab bila baca balik kita boleh recall setiap benda yang kita tulis. kadang kadang ada masa kita akan rasa “ eh betul ke aku yang tulis ni?” sebab emosi kita berbeza beza time tulis diary. menulis diary jugak boleh jadi salah satu cara untuk meluahkan perasaan. *dah kenape ayat aku macam buat esei bahasa melayu pmr*. bagi aku yang memang tak suka share masalah dengan orang, aku rasa memang cara ni sangat berkesan untuk hilangkan stress aku.

So, kepada sesiapa yang berminat nak tulis diary,, ni aku bagi beberapa tips baik punyeer..


1) Beli sebuah buku nota yang  ketebalan dia cukup untuk setahun. Kalau rasa korang nak menulis hari hari maka beli yang tebal siket. Kang nipis sangat tak sampai sebulan da habes. Harga ikut bajet masing masing. Ahaks.




Ni diary 2013 aku. Abaikan tulisan korea kat atas. Bajet korea kejap. Hehehe. Aku beli sebab ada tulis food product dan ada link dengan course aku. Kononnya nak bagi semangat belajar. hehehe.


2) Then tulis la wishlist ke hape kat page mula mula. 





Ni wishlist aku untuk tahun lepas. Macam biasa separuh je yang berjaya aku buat. Wishlist last tue sesaja  gediks letak sebab masa tue kan tahun baru so rasa dah tua.  Ahaks.


3) Buat calendar. kalau beli planner atau diary memang da ada calendar tapi aku lebih suka buat sendiri bagi colourful siket. then, buat reminder date penting macam besday family n kawan kawan. kalaay aku benda mula mula yang aku mark adalah cuti sem. kekekeke. senang nak beli tiket balik kampung. 






Ni la what I did last January. Same jugak ngn tahun ni. Final exam. Huh. Menyampah


4) kat dalam tue tulis la pape yang korang rasa nak tulis. Nak mengata ke nak jiwang semua boleh. Suka suki kita la sebab diary kita kan. Hehehe.


Haaa.. diary aku memang macam ni penuh dengan contengan. saje fefiling macam diary of wimpy kid kejap. Hehehe.


5) Da habis setahun simpan buat koleksi J




p/s: selamat menulis diary :) 
         esok ada paper.. wish me luck :)