Thursday 22 November 2012

untuk dia~


hari ni sebenarnya besday salah sorang kawan aku.
so aku amik kesempatan ni untuk buat sedikit ucapan.
test,, test..
ehem,,

selamat hari lahir yang ke-20 buat sahabatku,,
nang nor azimah binti long nadzri (harap aku eja betul)
semoga dengan peningkatan umur ni,,
mu akan jadi lebih dewasa,, matured,,sepertimana hok mu hajat,,
*tapi aku lebih prefer mu hok aku kenal loni*
semoga segala impian dan cita2 mu tercapai,,
semoga Allah temukan jodoh yang terbaik untuk mu,,

terima kasih sebab sudi jadi sahabat aku sampai hari ni,,
sudi duk sebelah aku time lecture,,
sudi jalan ngn aku g pkp,,
sudi dengar aku ngumpat,,
sudi bagi aku 'tengok' lab report,,
sudi usha mamat ensem ngn aku,,
*aku pun bleh wat ayat tacing jugak*

dikesempatan ni jugak aku nak mintak maaf,,
kalu ada salah silap,,
terkasar bahasa,,
perbuatan aku yang keterlaluan,,
menyakitkan hati dan sama waktu dengannya..



ni je sempat buat on the spot~


dah siap~



p/s : da lama tak dapat surat,, terharu tapi agak terkilan~


Thursday 15 November 2012

mengantuk?



Kali ni aku nak bagi tips2 nak hilangkan mengantuk kat dalam kelas. Aku dah apply dah tips2 ni. Memang sangat la berkesan. Meh kita tengok sama2.

first skali,, bila da ada rasa mengantuk terus je korang scan setiap ruang kelas atau lecture hall korang. jangan miss walau seinci pun. Cari mereka2 yang mengalami nasib yang sama macam korang tapi pastikan yang up siket. Makna kata mereka2 yang dah terlentok dek kerana mengantuk. Mereka2 yang dah surrender. nak amik gamba buat koleksi pun boleh. Dah tengok aksi2 dorang, insyaAllah rasa mengantuk korang dengan sendirinya hilang.kikiki

takpun, cuba bayangkan korang tengah syok2 tido dalam kelas. tetiba ada orang amik gamba. pastu upload fb,, haha. memang korang automatically akan hilang mengantuk.


tapi kalau rasa2 muka macam ni xkesah la nak tido sekalipun..
hensemnya^^


kalau mengantuk lagi,, korang cuba plak cubit paha sendiri. Tapi lagi best kalau mintak tolong kawan sebelah cubitkan. Kalau sebelah tu lelaki tak payah nak gedik2 mintak tolong ye.*Kan benda lain plak jadi*
cubit sekuat yang boleh, agak2 peha korang biru baru berenti cubit. 
Masa 2 korang takkan mengantuk lagi dah. 
Seyes aku cakap. Believe me okei.hihihi


mengantuk lagi? ni orang ke ape ni? Apa kata korang cuba melukis. Aku selalu je try yang ni. Memang sangat berkesan. tak pandai melukis takpe. Bukan nak suh lukis macam Leonardo da Vinci pun. Korang lukis la pape pun. Conteng2 pun boleh asalkan tangan bergerak. Masa tu la daya imaginasi kita guna dan otak pun berfungsi. Jadi mata kita takdela mengantuk. *men belasah je ni*


ololo comel sangat~


mengantuk jugak? Ni memang kena makan ubat cacing nampaknya. Cuba recall balik bape lama dah korang tak makan ubat cacing? jangan ingat budak2 je kena makan ubat cacing tau ! Kalau nak tahu ubat cacing ni sangat penting dan mesti kena makan. Takdela selalu tapi setiap enam bulan *tak silap aku * kita kena makan. kalau dah banyak sangat ternak cacing kat perut 2, 
korang akan selalu rasa mengantuk, lemah dan takde semangat.


ni haa ubat cacing utk orang dewasa.
*kot la tak kenal*


tapi kalau dah makan ubat cacing pun still mengantuk, ubat dia satu je. korang tidur je la kat dalam kelas.tak payah buat pape. tido je. insyaAllah bila bangun,, akan hilang rasa mengantuk korang tu. 
Huhu, selamat mencuba ^^


Sunday 11 November 2012

kau ada??


hari ni aku nak tunjuk something,

...
............
......
....................
..................................
.............................
....................
.............
.......
......
...
...
..
.



haaa,, unik tak?

first tengok aku konpius,,
ni lampu jalan ke lampu rumah??
nak kata lampu jalan takde tiangnya..
nak kata lampu rumah pattern lampu jalan..
haha,,besar daripada biasa pulak tu..

pepun,,
kau ada???
hahaahahahahahahahhaa

p/s : lampu unik ni sebenarnya aku jumpa kat kem desa mahmood, pasir mas , kelantan. 
takde kena mengena dengan rumah sesape pun.^^