Friday 30 March 2012

weekend

Alhamdulillah,,,baru minggu ni dpt menikmati weekend dlm erti kata yg sebenar.. rasa cam nak tido je spnjang hari. nak qada' yg mna tido xckup 2.haha. sem ni penat sgt2. xdela sgt2 tapi rasa cam xterurus cket hdup ni,,makan pun xteratur,camana la nak mncapai target misi menanbah berat badan ni? da makin kurus ada la. bestnya kalau tiap kali weekend mcm ni..ni tak,,weekend je kena g program 2 la,, bengkel la, mcm2. sepatutnya ary ni ngn esok ada bengkel kat hulu langat tp tunda dulu,, nasib baik. keje byak lg yg blum ciap. report writing tak buat pape pun lg,, tetiba miss ckp antar next week. OMG! maksudnya kena ciapkan mggu ni la.tapi xkesah pun sbb next week dah stat cuti! xsaba nak balik umah.:)

p/s: home,,i'm coming ~

Friday 23 March 2012

HOSPITAL

Assalamualaikum
*bukan entry senyum~

Walaupun da dekat 2taon duk kt negeri 9,,, tapi semalam la 1st time aku jejakkan kaki kat hospital. Hospital kat seremban 2,,da xingat nma ape, Tunku Jaafar xcilap. tue pun sbb tman member pegi sana. dia ada 'date' ngn doktor. aku lbeh kurang cam pengiring la. tapi best jgk la sbb xyah pegi kelas dan xpayah nak buat lab kimia analisis. itu yg penting.hehe. kitorang mmg hepy gila la sbb xyah pegi kelas kan, ciap plan g nk g shopping lagi. yela dah alang2 kat seremban kan. tup2...ada ujian upenya Allah nak kasi kat kitorg,, 2 la,,org tua2 penah pesan, jgn gembira sgt nanti kita menangis. terbuktilah bahawa nasihat org dulu2 ni ada benarnya. membe aku 2 terpaksa dtg blik esoknya, tahan kat wad 2 hari utk tambah zat besi katanya. time 2 jgk kitorng rasa mcm nak nanges sbb sabtu ni ada program. memang kitorg da plan nak pegi. Allahuakbar!. sesungguhnya Allah sebaik2 penentu segala. kita hanya boleh merancang. dalam kesedihan 2 kitorg smpat lg pegi melilau dkat terminal 1.. sudah lumrah pegi mall, duit pasti melayang punya. aku beli beg ngn kasut.hehe. membe aku pun beli beg jgk tp beg je! melayang duit aku. huhu. then kitorg blik dgn perasaan yg bercampur baur. Hepy + cedeyh. sampai kat hostel xyah ckp la,, penat tahap tenuk sgt. makan, solat n tido!

Pagi tadi seawal jam 7.30,, kitorg da ciap2 trun dgn beg yg agak berat n besar di penuhi baju2. nak berkampung kat hospital la katakan. dua hari je pun. tapi dua hari kat hospital xsama dgn dua hari kat umah. sangat menyeksakan~ da ada pengalaman jaga ank buah kat hospital. hari ni sekali lagi ktorg terpaksa ponteng kelas. Asif ustaz! bukan sengaja, urgent punya kes. Smpai sana,, lps buat sgala prosedur nak msuk wad, membe aku 2 d tmpatkan d wad 2A. aku ingat aku boleh la teman dia kat hospital, yela, biasa kat hospital dkt negeri aku leh je sorang teman pesakit. alih2 aku tggu kat luar je. waktu melawat baru bleh msuk. dekat ngn 3jam kot aku duk kat luar wad nak tggu waktu melawat. boring 2 Tuhan je tahu. penat duduk aku bangun, lps 2 berdiri, jalan2 trun tgkat bawah. usha2 doktor pelatih kat situ *bleh tahan la*, berbual ngn makcik2, tlg aunty chinese sorg 2 guna phone, pendek kata mcm2 la aku buat spnjg 3 jam tue. ternyata kat hospital ni smangt perpaduan sgt la kuat. memang xde lgsung deskriminasi dan semangat perkauman kat sini. hari ni jgk aku dpt tgk sndiri contoh2 istilah yg aku blaja dlm hubungan etnik. tanggapan aku kat bangsa lain pun da sdikit sbyk berubah. hehe.

Setelah pikir masak2 aku buat keputusan utk balik hostel. Aku sebenarnya berat hati jgk nk tinggalkan membe aku 2 *ikhlas ke idok ni ?? hee* tp masalahnya malam nanti aku nk merempat katne? Kalau hospital kat kg aku bleh la *maju la sgt kg aku*.,, ada la cket keberanian walau xbrapa byk. ni kat tempat org, aku xtau mcm mna dia punya persekitaran. Nak amik pas penjaga mmg xlyk sbb membe aku bkn kategori sakit tenat or critical. Apela undang2 kat hospital neh, xbest langsung. Lepas jumpa membe ape sume aku pun bertolak balik. Naik teksi k ktm seremban, naik ktm ke ktm nilai. last skali naik teksi lg skali ke hostel *alone*. Penat sangat. Yg aku nmpak hanyalah katil aku yg xbrapa nk empuk tp sgt la aku perlukan skrang ni. InsyaAllah esok aku akan ke program 2. Walaupun cdeyh sbb ingat kat membe yg kat hospital,, aku pegi jgk sbb da byar kan. nanti bleh cter dkat dia, bagi dia jeles. haha

p/s: ''sesungguhnya kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.''



Sunday 18 March 2012

POTENSI

Assalamualaikum





Hari ni saya nak kongsi input2 yg saya dpt ketika mghadiri bengkel motivator muda Islam semalam. Alhamdulillah bengkel tersebut byk memberi ilmu yg sgt berguna walaupun pada awalnya saya hanya join utk suka2 sebab saya ingat ianya sekadar program motivasi tapi saya silap kerana sebenarnya program tersebut adalah bengkel utk menjadi seorg motivator. haha. saya sekadar tergelak sendiri krn tiada langsung dlm pemikiran saya untuk menjadi motivator,, Yela nak present kat depan kelas pun ketaq kepala lutut lagi. 


Tapi saya tetap mengikuti bengkel 2 sampai habis dan mengambil ape yg disampaikan dan cuba kaitkan dgn minat dan bidang saya serta kehidupan saya. saya juga percaya yg semua org boleh applykan dlm kehidupan msg2 walaupun di bidang dan situasi yg berbeza.


Dalam bengkel tersebut ada habaq, untuk berjaya dalam apa jua yg kita lakukan kita harus memiliki ENERGI dan SINERGI. Semua org telah memiliki energi. Terdapat tiga jenis energi di dalam diri kita iaitu kinetik, potensi, dan internal. Kenetik adalah perbuatan yg kita lakukan melibatkan pergerakan dan semua org nampak. betul? Manakala  internal pula amalan2 rohani yg kita lakukan seperti solat dan puasa.  Semuanya juga dpt dilihat, bukan? Akan tetapi potensi adalah sesuatu yg subjektif dan tdk dpt dilihat. maksudnya di sini setiap orang telah dilahirkan dgn potensi masing2. ia bergantung kpd kita utk menggunakannya atau tidak.


Energi sahaja tidak cukup untuk kita berjaya. Ya, gabungan sinergi akan membawa kita ke arah kejayaan. Sinergi 2 ape ea? okei,, sinergi adalah suatu rangsangan dan dorongan kerana ntuk berjaya kita harus mempunyai pendorong . Tidak kiralah ape sahaja benda yg boleh mndorong kita. Sebagai contoh mudah, esaimen. Bayangkan jika lecturer kita tdk menetapkan due date utk kita menghantar esaimen tersebut, sudah pasti esaimen tersebut tdk akan pernah siap. betul? Jadi ape yg mendorong kita utk siapkan tugasan tersebut? Yup, due date itu sebenarnya dorongan kpd kita dan kita berjaya menyiapkan esaimen tersebut. Selain itu kita harus mengubah mentality dan persepsi kita. Sebelum 2 meh kita cuba game yang dibuat kat bengkel tadi. Ikut step2 kat bawah dgn betul :


1) Angkat kedua2 tangan kedepan ( spt ingin menanggung sesuatu ) *betul ke bahasa?hehe
2) Pejamkan mata anda
3) Bayangkan warna putih
4) Pada masa yg sama tarik nafas dan hembus nafas
5) Lakukan step 3 & 4 selama beberapa saat sehingga anda berasa tenang
6) Bayangkan seketul batu yg berat di letakkan di atas tangan kiri anda
7) Terus bayangkan batu yg lebih besar dan sangat berat di letakkan di tgn kiri anda tersebut
8) Bayangkan beberapa saat batu yg berat di tangan kiri anda
9) Buka mata dan lihat perbezaan kedudukan tangan kanan dan kiri anda


Dah cuba game kat atas ? Best kan? Time saya try game kat atas 2, memang tangan kiri saya rasa saaaangat berat dan lenguh. Maksudnya kat sini, mind set kita sebenarnya yg menyebabkan tangan kita rasa berat walaupun tiada batu di tangan kita. Benda2 positif seperti warna putih dan oksigen juga membantu mendorong mentality kita.


Kesimpulannya, untuk berjaya kita harus menggunakan potensi yg ada pada diri kita dengan cara yg betul. Jadikan pendorong sebagai pemacu kita ke arah kejayaan serta ubah sistem kepercayaann kita dan kawal mentality kita. InsyaAlah kita akan beroleh kejayaan yg kita impikan.


p/s: senyum kerana anda ada potensi untuk berjaya:)


" When you don't give up you cannot fail ''


credit to : Bro Muizzuddin Mukhtar ( pengasas dan perunding latihan & motivasi sepenuh masa di Itqan Partner Training & Consultancy )


Friday 16 March 2012

john carter

kali ni cik senyum nak bagi cadangan kat sape2 yg merancang nak g tengok movie. xyah pening2 lagi nak pikir. nanti tgkla citer john carter ea. john carter? memang la cter ni cter aksi dan rmai kat luar sana yg xbrapa suka kan tgk cter ganas2 mcm neh tmbah2 lagi pompuan. jgn risau, cter ni memang best sebab ada juga unsur komedi dlm neh.


meh nak cter skit sinopsis dia. cter ni mengisahkan seorang lelaki iaitu john carter la. dia sebenarnya tgh cari sebuah gua yg d precayai dlm 2 ada emas tp secara tak sengaja, tup2 dia tlh berada d planet marikh. kat sini la bermula pengembaraan john carter yg sgt menarik. dia jumpa makhluk asing dan mcm2 lagi la scene yg best. kat sana jugaak dia bertemu dgn seorang puteri marikh yg menjadia tahanan.


bagaimanakah kesudahan cter ni? dapatkah john carter balik semula ke bumi? atau dia tinggal terus je kat sana? puteri 2 plak macamana?
haa,, yg 2 kena tgk la sendiri kalau nak tahu.


p/s : john carter sangat hensem. huhu
jemputla beramai2 tgk cter ni. sume pasti akan tersenyum.
i give 4 star out of 5 star.hehe

last skali, senyum2 la selalu kerana senyum itu sedekah:)

Wednesday 14 March 2012

jenis-jenis senyuman



Sebut pasal senyum ni mesti tak ramai yang perasan yang senyum ni ada banyak jenis.Yela, disebabkan senyum adalah perkara rutin dan perkara normal yang kita slalu buat jadi kita xperasan plak senyum ni ada macam2 jenis. Yekan?


Haa,,senyum ni ada byk jenis antaranya :
     1)senyum kambing
     2)senyum sinis
     3)senyum simpul


Jom kita tengok satu2.

Senyum kambing

Apekebenda plak senyum kambing ni? Senyum macam kambing ke? Hehe. mcm2 yg kita pikir kan? Sebenarnya senyum kambing ni sekadar istilah je. Senyum kambing ni senyum yg lebar sampai ketelinga 2. xbleh nak imagine? haa,ce try buat depan cermin. Rapatkan bibir atas dan bawah pastu senyum selebar-lebarnya. hehe. still xpuas hati? Okei2,,,meh kita tgk gambar kat bawah.


p/s : pinjam gambar ye abang baju merah.hehe
sumber : pak cik google


Ni memang senyum kambing habis la,,, kanmain lagi abang kita ni senyum.hehe..senyum2 jugak tapi jangan plak senyum mcm ni sorang2,, nanti lain plak org sekeliling pikir.

Okei skarang kita tgk plak senyuman seterusnya,,,


Senyum sinis

Kalau mcm senyum kambing tadi memang comel kan? Tapi lain plak dengan senyum sinis ni. Jangan ingat sume senyuman bleh menjernihkan keadaan tau. Senyum sinis ni sangat la bahaya kalau kita applykan kat tempat dan waktu yg xsepatutnya. Silap2 bleh gadoh ngn orang sekeliling. Senyum sinis ni biasanya senyum yg dilemparkan kpd org lain dgn tujuan memperlekehkan org 2.Tapi ada jugak sesetengah daripada kita ni xperasan yg senyuman kita nampak mcm sinis. Emm..camana nak ckp ea.. ada orang 2 dia memang xperasan yg cara dia senyum 2 nampak mcm senyum sinis,, xcaye? Serius ada kes mcm ni.


sumber : pak cik google jgk


Mcm abang kat atas ni,,, Nampak sinis kan senyuman dia walhal dia sekadar bergambar dgn makwe dia (kot),dan xde sebab nak senyum sinis kan?

Jadi korang kena check la cara senyuman msg2  samaada nmpak sinis atau tak. Kalau yg okei 2 alhamdulillah. Tapi camana nak tahu senyuman kita nampak sinis  atau tak? Korang xbleh nak nilai sendiri tp kena la bertanya kpd kwan mahupun family. insyaAllah masih boleh ubah cara senyum 2 kalau memang nampak sinis. Wah,,panjang lebar plak.hehe

Okei,,next..

Senyum simpul

Sebenarnya cik senyum sendiri pun xpasti macamana senyum simpul. Tapi yg cik senyum tahu senyum simpul ni takdela senyum sampai tersimpul2 mulut kita.hehe. rasa2nya senyum simpul ni senyuman yg standart org senyum.  Macam korang2 sume senyum la,,, senyuman  yg paling manis dan paling ikhlas. Insyaallah!

Cukupla dulu rasanya cik senyum citer pasal jenis2 senyuman ni. Banyak lagi sebenarnya tapi yg kat atas 2 yg paling biasa dgn kita la.

Semoga kita mendapat manfaat dari entry ni. Senyum2 lah selalu dan ikhlaskan senyuman kita kerana senyum itu sedekah…J